Senyuman seorang pejuang, selepas enam (6) tahun menunggu perbicaraan yang tak pernah bermula. Akhirnya keputusan berpihak kepadanya. Peguam Tan Sri Shafee Abdullah memaklumkan bahawa Dato' Sri Najib Razak meluahkan rasa gembira dengan keputusan kes SRC2.0 pagi tadi.( 20 Jun 2025) Photo by Nik Mardhiah
Dato' Seri Najib Razak dapat DNAA kes kedua SRC
- Dato' Seri Najib Razak hari ini (Juma'at, 20 Jun 2025) dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd (#SRC).
- Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur K Muniandy membenarkan permohonan yang dikemukakan mantan Perdana Menteri atas alasan kes berkenaan berlanjutan begitu lama, manakala pihak pendakwaan dianggap tidak bersedia memulakannya dalam masa terdekat.
- Untuk rekod, kes yang dibicarakan ini berbeza daripada satu lagi kes melibatkan Dato' Seri Najib Razak dan SRC.
- Dato' Seri Najib Razak yang juga bekas Presiden parti Umno mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram - berjumlah RM27 juta - pada 3 Feb 2019.
Selengkapnya baca disini:
Bersikap adil, jangan ‘stigmakan’ DNAA Dato’ Seri Najib Razak – peguam veteran
"Beliau sangat gembira. Kini beliau boleh tumpu perhatian kepada (kes) 1MDB sahaja," kata Peguam Tan Sri Shafee pada sidang media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini (Juma'at, 20 Jun 2025) Photo by malaysiakini.com/
FORTUNA MEDIA -- Hari ini, Juma'at, 20 Jun 2025, Dato' Seri Najib Razak (DSN) diberi DNAA, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kita cuma hendak jelaskan: Ini bukan kes SRC RM42 juta yang sudah diputuskan sebelum ini. Bukan kes yang bawa DSN ke penjara. Itu kes sudah selesai zaman PM dari UMNO.
Kes hari ini ialah SRC 2.0, kes pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta.
Tertangguh sejak 2019 kerana pihak pendakwa tidak siap-siapkan dokumen.
6 tahun berlalu, kes tak boleh jalan.
Jadi mahkamah beri DNAA. Tetapi bila-bila masa boleh dakwa semula jika pendakwaan bersedia.
Sekarang, mari kita tengok semua kes Datuk Seri Najib Razak (DSN)
- 1. Kes SRC 1.0 (RM42 juta). DSN dihukum penjara 12 tahun (kini 6 tahun selepas pengampunan) DSN Masih dalam penjara, ini kes zaman kerajaan PN / PM, Ismail Sabri.
- 2. Kes Audit 1MDB, DSN dibebaskan sepenuhnya (acquitted) pada Mac 2023, zaman Kerajaan Perpaduan Madani.
- 3.Kes IPIC, dapat DNAA pada November 2024. Zaman Kerajaan Perpaduan Madani juga. Pendakwa gagal serah dokumen sejak 2018.
- 4. Kes SRC 2.0 (RM27 juta), hari ni.. DNAA juga sebab dokumen bukti tak lengkap walau 6 tahun tertangguh. Juga zaman Kerajaan Perpaduan Madani
- 5. Kes 1MDB (RM2.3 bilion) satu-satunya yang masih aktif. Tetapi pendakwaan tutup kes selepas 50 saksi. Pembelaan tutup kes selepas 26 saksi. Hujahan akhir (final argument) bermula Oktober 2025 nanti.
Kesimpulannya, Dato' Seri Najib Razak masih di penjara hari ini bukan kerana kes yang disebut hari ini (Juma'at, 20 Jun 2025). Tetapi kerana keputusan lama yang dibuat zaman kerajaan sebelum ini. Kes-kes yang lain sama ada sudah selesai atau diberi DNAA semasa pentadbiran kerajaan sekarang.
So, sekurang-kurangnya kini Dato' Seri Najib Razak boleh fokus kepada satu-satunya kes terakhir.
Tinggal satu saja lagi kes yang sedang berjalan iaitu 1MDB. Kita terus do'akan semoga ruang keadilan yang sebenar terbuka sepenuhnya buat Dato' Seri Najib Razak, termasuk dalam isu titah tambahan yang masih menunggu jawapan.Insya Allah- 💕Aaamiin Allahumma Aamiin.👐 [HSZ]
Source: facebook.com/Nik Mardhiah
Editor: Helmy El-Syamza
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz
No comments:
Post a Comment