1MDB-Case, Pendedahan Fakta oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

- Namun begitu, Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas - yang secara terbuka mengaku sebagai lantikan politik Pakatan Harapan - telah memaklumkan kepada polis bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan ke atas individu-individu lain dalam pengurusan 1MDB yang masih berada di Malaysia kerana mereka akan dijadikan saksi pendakwaan terhadap Dato' Sri Najib Razak.( Via, Facebook/Najib Razak)
Read More, Legasi DS Najib Razak Terbukti Kini Bawa Pulangan Bermanfaat kepada Rakyat dan Negara Malaysia
FORTUNA MEDIA -- Minggu lepas, Pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Roger Ng enggan hadir ke mahkamah untuk menjelaskan kenapa permintaan Dato' Sri Najib Razak untuk temuduga Roger Ng ditolak.
Minggu ini pula, Kementerian Dalam Negari tolak permintaan Dato' Sri Najib Razak untuk Ketua Polis Negara sekarang hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan berkenaan siasatan mereka terhadap Jasmine Loo dan Roger Ng.
Kedua-dua permintaan ini adalah usaha peguam pembelaan Dato' Sri Najib Razak untuk mendapat keterangan serta hasil siasatan berkenaan Jasmine Loo dan Roger Ng - iaitu satu tindakan yang sangat penting bagi pembelaan Dato' Sri Najib Razak.
Jasmine Loo merupakan peguam kanan dalam 1MDB ketika dana syarikat itu hilang.
Dia yang bertanggung jawab atas pelbagai perjanjian utama yang membawa kepada kehilangan berbilion ringgit dan merupakan individu paling rapat dengan Jho Low.
Roger Ng, bekas pengurus besar Goldman Sachs, pula adalah individu yang telah pun disabitkan bersalah oleh mahkamah di Amerika Syarikat atas kesalahan berpakat dengan Jho Low untuk menipu 1MDB.
Semasa perbicaraan di Amerika, peguam Roger Ng pernah keluarkan kenyataan media bahawa mereka mempunyai bukti-bukti disifatkan sebagai ekskulpatori yang boleh membebaskan Dato' Sri Najib Razak dalam kes 1MDB tetapi bukti tersebut telah dihalang oleh pihak DOJ dan mahkamah daripada diserahkan kepada pasukan pembelaan Najib. (Via, Facebook/NajibRazak)
Read More, Antara Propaganda Fitnah dan Legacy DS Najib Razak Kini Terbukti Bermanfaat [2]

Tun M, Muhyiddin, Daim tidak campur tangan keputusan dakwa Najib - Bekas KPN- Laporan Sinarharian.com.my/
Mahkamah Tinggi di sini hari ini (15 April, 2025) diberitahu bahawa tiada campur tangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dalam keputusan untuk mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, 66, menjelaskan bahawa meskipun taklimat siasatan diberikan kepada ketiga-tiga tokoh politik berkenaan pada 2018, keputusan pendakwaan dibuat sepenuhnya oleh Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas. Beliau berkata, taklimat membabitkan tiga individu tersebut dilakukan secara berasingan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman R Rajagopal pada Mei, Julai dan Ogos 2018. Saksi pembelaan ke-19 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion. Ahmad Akram: Dalam pernyataan saksi, kamu ada menyatakan bahawa PDRM telah memberi taklimat kepada Dr Mahathir atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin (Menteri Dalam Negeri), Tun Daim yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan. Setuju dengan saya, dalam ketiga-tiga taklimat itu, tidak ada seorang pun membuat apa-apa keputusan? Mohamad Fuzi: Ya, mereka tidak boleh membuat keputusan. Ahmad Akram: Sebab keputusan untuk menuduh atau tidak adalah terletak kepada Peguam Negara? Mohamad Fuzi: Ya. Ahmad Akram: Saya katakan bahawa tidak ada unsur campur tangan keputusan yang dibuat Peguam Negara untuk menuduh Datuk Seri Najib?
Mohamad Fuzi: Setuju. Pada 30 Oktober tahun lepas (2024), Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama [HSZ]

Sources: Najib Razak/Lim Sian See
Editor: romymantovani
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz
No comments
Post a Comment