Mungkinkah DS Najib Razak akan terima keadilan kes #SRC RM27 juta ini?
Mungkinkah DS Najib Razak akan terima keadilan kes #SRC RM27 juta ini?
- Update kes SRC RM27juta pagi ini [Juma'at,1 Disember 2023]. 1. Pendakwaan minta hakim untuk beri penangguhan 3 bulan lagi hingga ke bulan April 2024 untuk AGC membuat keputusan terhadap surat representasi Datuk Seri Najib Razak. Mereka kata mereka belum sedia gugurkan kes ini.
- 2. Pihak pembelaan Datuk Seri Najib Razak bantah penangguhan ini sedangkan kes sudah hampir 5 tahun belum dibicara sejak didakwa pada awal tahun 2019 dan juga sebab AGC sudah makan masa 4 bulan untuk timbang surat representasi
- 3. Keputusan hakim ialah dia tak beri DNAA pada Datuk Seri Najib Razak dan tak beri tangguhan sehingga bulan April 2024 kepada pendakwaan.
Hakim beri peluang terakhir dengan memberi tambahan masa 1 1/2 bulan lagi kepada pihak pendakwaan - sama ada untuk terima surat representasi Datuk Seri Najib Razak dan gugurkan kes ataupun minta kes dibicara secara penuh bila mahkamah dengar semula kes ini pada 19 Januari 2024.
Pagi ini [Juma'at, 1 Disember 2023] kes #SRC RM27 juta Datuk Seri Najib Razakakan disebut semula di mahkamah. Kes yang didakwa pada tahun 2018 ini sepatutnya dibicara bersama kes #SRC RM42 juta Datuk Seri Najib Razak tetapi ianya menjadi kes yang berasingan atas kesilapan besar Tommy Thomas dan juga keengganan Hakim Nazlan untuk membicaranya atas alasan tidak mahu memperlambatkan kes #SRC RM42 juta.
Ianya melibatkan saksi yang sama dan dokumen-dokumen yang sama dengan kes #SRC RM42 juta. Maka timbullah situasi yang amat unik di mana seseorang tertuduh dibicara DUA KALI atas kes yang sama - iaitu satu pelanggaran perlembagaan dan juga asas sistem keadilan.
Namun banyak bukti baharu telah timbul sejak Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman dalam kes RM42 juta termasuk kenyataan pengakuan pengurus akaun bank Datuk Seri Najib Razak #JoannaYu bahawa dia bersekongkol dengan #JhoLow untuk menyorok kedudukan akaun bank sebenar dari Datuk Seri Najib Razak.
"7 Feb 2023: Najib may not have known state of bank accounts, says ex-banker"
Kesemua bukti-bukti yang Datuk Seri Najib Razak hendak masukkan dalam perbicaraan kes #SRCRM42 juta tetapi ditolak hakim juga boleh dimasukkan dalam perbicaraan kes #SRCRM27 juta.
Maka mungkin timbul keadaan di mana saksi yang sama akan memberi kenyataan yang dan ini bakal menjejaskan keputusan kes #SRC RM 42 juta.
Sebab itu, difahamkan bahawa pihak pendakwaan sebenarnya tidak berhasrat untuk meneruskan kes #SRC RM27 juta ini dan sebab itu juga kes ini tidak pernah mula dibicara selama 5 1/2 tahun sejak Datuk Seri Najib Razak didakwa pada tahun 2018 atas permintaan berulang kali pendakwaan untuk meminta penangguhan.(Ya, Malaysia adalah satu negara yang unuk di mana seseorang tertuduh tidak dibicara begitu lama sejak didakwa)
Kali terakhir kes ini naik ke mahkamah ialah pada bulan Ogos 2023 di mana hakim bersetuju dengan permintaan pihak pendakwaan untuk meminta satu lagi penangguhan atas alasan AGC perlukan masa untuk meneliti dan membuat keputusan sama ada untuk menerima surat representasi Datuk Seri Najib Razak atau tidak.
Namun sehingga kini, pihak pendakwaan masih belum memberi apa-apa jawapan kepada Datuk Seri Najib Razak. Dalam tempoh 10 hari pada 1 Disember bila kes #SRC_RM27 juta ini disebut semula di mahkamah, akan berlaku 4 kemungkinan.
1. Hakim akan memberi DNAA kepada Datuk Seri Najib Razak sekiranya hakim percaya ianya tidak adil pada Datuk Seri Najib Razak jika pendakwaan meminta penangguhan sekali lagi. Alasan sebelumnya bahawa pendakwaan perlu lebih masa untuk meneliti surat representasi Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak akan diterima hakim memandangkan tempoh 3 bulan sudah diberi sejak bulan Ogos.
2. Pendakwaan akan meminta satu lagi penangguhan dan hakim membenarkannya biarpun ini adalah satu ketidakadilan sangat besar bagi tertuduh di mana kesnya tidak dibicara sejak didakwa melebihi 6 tahun dahulu - satu perkara yang tidak akan berlaku di mana-mana negara lain dalam dunia.atau,
3. Pendakwaan tidak lagi meminta penangguhan tetapi minta tarikh mahkamah untuk kes ini dibicara sekiranya mereka tidak berani memohon penangguhan lagi memandangkan kes tidak dibicara sejak 5 1/2 tahun lalu dan tidak mereka tidak menerima surat representasi Datuk Seri Najib Razak.
atau,
4. Pendakwaan bersetuju menerima surat representasi Datuk Seri Najib Razak dan meminta Datuk Seri Najib Razak diberi DNAA.
Kita sama-sama tengok apa akan berlaku pagi nanti.
Sama ada Datuk Seri Najib Razak diberi keadilan dari AGC bawah Kerajaan Perpaduan ataupun terus disiksa dengan keadaan yang sangat unik serta melanggar perlembagaan dan asas sistem keadilan - bahawa seseorang tidak boleh dibicara dua kali untuk kes yang sama.
NOTES:
Keputusan kes #SRCRM27 juta ini adalah satu lagi bukti bahawa parti UMNO masih gagal memberi sebarang keadilan pada Datuk Seri Najib Razak biarpun sudah lebih satu tahun bersama dalam kerajaan.
Ilustrasi Image by MalaysiaGazette |
Kerajaan Perpaduan juga jelas tak mempraktekkan keadilan biarpun nama parti ialah Parti Keadilan.
Kes sampah macam #SRC RM27 juta patut digugurkan sebab ia jelas bersifat double jeopardy - iatu seorang didakwa untuk isu yang sama dua kali. Kes ini juga bersifat #AMLA sahaja tanpa sebarang kesalahan predikat.
Wang yang masuk pun bukan diguna untuk peribadi tetapi kesemuanya disedekahkan.
Mana pernah ada orang didakwa tetapi pendakwaan tangguh kes selama 5 tahun tanpa dibicara dan masih mahu tangguh lagi?
Kawan-kawan, ini bukan tangguh 6 bulan atau 1 tahun atau 2 tahun atau 3 tahun atau 4 tahun tetapi tangguh 5 tahun.
Selain kes #SRC RM27 juta ini, Datuk Seri Najib Razak masih ada dua lagi kes jenayah (#IPIC yang juga sangat sampah dan #1MDBTanore) serta 4 lagi saman sivil yang dikenakan kerajaan terhadapnya - satu pun tidak pernah digugurkan kerajaan sehingga kini. Tubuh badan dia pun sudah dalam penjara hampir 15 bulan.
Bayangkan berapa kos guaman dan tekanan ke atas Datuk Seri Najib Razak selama tempoh 5 tahun ini tanpa kes dibicara. Adakah ini menurut Anda satu keadilan? [HSZ]
Adaptasi dari status : Lim Sian See/facebook
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB, #SRC,
No comments
Post a Comment