Bersikap adil, jangan ‘stigmakan’ DNAA Dato’ Sri Najib Razak – peguam veteran
- Peguam, Haniff Khatri Abdulla menggesa orang ramai agar tidak “menstigmakan” keputusan lepas tanpa bebas (DNAA) Dato' Sri Najib Razak, dengan menegaskan bahawa keputusan undang-undang itu dibuat demi memastikan keadilan kepada semua pihak terlibat. Haniff berkata dokumen-dokumen yang diperlukan pihak pendakwaan untuk mengemukakan kes terhadap bekas perdana menteri itu kini sedang digunakan dalam prosiding kes lain. Justeru, dia berkata pendakwa raya dalam kes itu – yang melibatkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Dato' Sri Najib Razak membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd – berkemungkinan tidak dapat memperoleh dokumen-dokumen yang diperlukan. Rakyat tidak boleh melihat DNAA itu dengan stigma negatif kerana alasan utama DNAA diberikan adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memulakan perbicaraan kini sedang digunakan dalam perbicaraan jenayah dan sivil lain melibatkan #SRC.
- “Dalam undang-undang, (jika) dokumen-dokumen itu diguna pakai sebagai bukti dalam kes lain, kes ini tak boleh ‘mencuri’ atau mengambil dokumen-dokumen itu sekerat-sekerat. Perlu selesaikan (kes yang lain) dulu,” kata Haniff dalam pesanan suara hari ini. Berdasarkan keadaan itu, Haniff berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) sendiri yang sepatutnya memohon supaya Dato' Sri Najib Razak diberikan DNAA. Namun, peguam kanan itu mengandaikan bahawa pihak pendakwaan memilih untuk tidak berbuat demikian kerana “takut dan bimbang” akan reaksi orang ramai. Jika pihak pendakwaan sendiri yang memohon DNAA untuk Dato' Sri Najib Razak, katanya lagi, rakyat pasti akan marah, seperti mana yang berlaku dalam kes Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Lawyer, Haniff Khatri Abdulla Photo by malaysiakini.com |
Sebaliknya, kes itu berdepan penangguhan berterusan, menunjukkan bahawa pihak pendakwaan – yang masih belum memperoleh dan mengumpul dokumen penting untuk dijadikan bukti – belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan. [ Via, malaysiakini.com ]
Court transcript via facebook.com/najibrazak |
Mahkamah telah menetapkan lebih 20 tarikh pengurusan kes dan 5 set tarikh perbicaraan, namun hampir semua penangguhan datang daripada pihak pendakwaan sendiri kecuali sekali dari pembelaan.
Antara sebab diberi untuk penangguhan termasuklah menunggu keputusan kes-kes lain di mahkamah serta pertimbangan terhadap representasi yang dikemukakan oleh tertuduh.
Pada 11 Jun 2025, pihak pendakwaan secara rasmi mengakui mereka masih belum bersedia untuk meneruskan kes ini.
Mereka juga memohon tarikh perbicaraan yang lebih lewat dengan alasan masih belum selesai mengumpul bukti - walaupun sudah lebih separuh dekad diberikan masa.
Pihak pendakwaan kata mereka masih belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, dengan alasan dokumentasi dan bukti masih belum lengkap dan memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan bahan bukti (807 eksibit, kenyataan saksi).
Lebih penting, pendakwa raya sendiri mengaku di mahkamah bahawa mereka tidak akan terjejas jika mahkamah membenarkan permohonan supaya Najib dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).
Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya menyebut:
- 1. “Pertuduhan tidak boleh tergantung tanpa perbicaraan untuk tempoh yang tidak tentu. Itu adalah tidak adil dan menyalahi undang-undang.”
- 2. “Penangguhan demi penangguhan menunjukkan penyalahgunaan proses mahkamah.”
- 3. “Pendakwaan sendiri belum bersedia dan tidak mempunyai bukti lengkap untuk meneruskan kes.”
Maka mahkamah memutuskan untuk memberikan perintah DNAA, dengan menyatakan bahawa tiada sebab munasabah untuk mengekalkan pertuduhan tanpa tarikh perbicaraan yang pasti, sedangkan ia telah tertangguh sejak 2019.
Kes ini membuktikan satu perkara penting - keadilan bukan hanya untuk pihak pendakwaan, tetapi juga untuk individu yang berdepan pertuduhan.
Tidak kira siapa pun tertuduh itu, dia berhak mendapat perbicaraan yang adil, tepat waktu, dan berdasarkan bukti.
Dato’ Sri Najib Razak tidak pernah minta untuk dibebaskan tanpa bicara.
Source: facebook.com/najibrazak
Editor: Helmy El-Syamza
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz

VIDEO:
No comments:
Post a Comment