Datuk Seri Najib tidak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir bagi sambung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD) di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto Bernama |
Datuk Seri Najib tidak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
- Kisah Hari ini (25 April, 2024) di Mahkamah BERKENAAN KES REKAAN 1MDB- Tanore. Seperti yang kita fahami secara consistently dari awal, Tidak ada bukti langsung apa apa pun terhadap Datuk Seri Najib Razak (DSN/Bossku)
- Saksi sudah ramai beri kenyataan pro-Bossku. Sebelum ini Sudah jatuh hukumpun Hakim tidak dapat kata Bossku mencuri seperti yang di sebarkan fitnah kebohongannya secara dahsyat sejak sebelum pilihanraya tahun 2018 lagi oleh para politikus yang sangat benci dan Anti-DSN.
- Bahkan kes dokumen bocor pejabat AG (Attorney General/Jaksa Agung) pun sahih menyatakan "Tiada kes untuk diteruskan" oleh 11 orang IO".
- Namun, kes tetap diteruskan juga atas arahan para geng konspirasi "The God Father". Sekarang laknat dan musibah menimpa mereka semua. Semalam diberitakan media bahwasanya keluarga "The God Father" mohon lanjutan masa untuk declare harta kepada SPRM. Harta sendiri pun kerana banyaknya sehingga susah dan tidak boleh hendak kira.
Laporan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) , DS Azam Baki bahawa Tun Mahathir adalah antara individu yang sedang disiasat disambut baik oleh ramai rakyat Malaysia dan netizen.// Image by my-tv.online/
FORTUNA MEDIA -- KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini (25 April, 2024) diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata demikian ketika disoal peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung transaksi yang dilakukan antara 2009 dan 2011.
Wan Azwan Aiman: Kamu bersetuju bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Ketua Pegawai Operasi 1MDB Radhi Mohamad, bekas Pengarah Kewangan 1MDB Terrence Geh Choh Heng dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee adalah individu yang membenarkan wang itu dipindahkan ke akaun Good Star?
Nur Aida: Berdasarkan dokumen, ya.
Wan Azwan Aiman: Kamu bersetuju bahawa Najib tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada Good Star?
Nur Aida: Setuju.
Sebelum ini, Nur Aida yang juga saksi pendakwaan ke-49 dalam pernyataannya mengesahkan bahawa AS$1.03 bilion telah dipindahkan ke akaun Good Star dan syarikat itu tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan 1MDB.
Dana itu dipindahkan ke akaun Good Star melalui dua transaksi iaitu AS$700 juta pada September 2009 manakala AS$330 juta pada Mei 2011.
Good Star menutup akaunnya di Coutts pada 4 Sept 2013 dan syarikat itu dibubarkan pada 2 Mei 2014.
Terdahulu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tiga tarikh baharu perbicaraan iaitu pada 30 April, 2 dan 31 Mei.
Datuk Seri Najib Tun Razak, 7i, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung esok. [HSZ]
Source: BERNAMA
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#TAGS : #Najib Razak, #1MDB, #Jho Low, #SPRM, #TopStories, #News, #News Focus, #Political News,
No comments
Post a Comment