EMPAT TABUNG dibina masa DS Najib yang dikorek selepas PRU14
- Allahyarham Tun Razak dahulu berdepan dengan pelbagai cabaran dan isu rakyat. Ketidakseimbangan pembangunan, kebajikan luar bandar, kemiskinan, pendidikan, perpaduan.
- Beliau sering tekankan bahawa kita perlu buat perancangan rapi di setiap langkah. Kerana tidak ada ruang untuk salah silapnya dan rakyat bergantung harap kepada kita.
- Antara usahanya, Dasar Ekonomi Baru yang merupakan buah fikiran Tun AbdulRazak, dan tanah rancangan Felda yang diusahakan dengan jayanya.
- Jasa beliau dalam menstruktur semula ekonomi kita telah membawa manfaat besar. Dinikmati generasi demi generasi ke hari ini.
- Besar sumbangan Allahyarham Tun Razak, Bapa Pembangunan Malaysia. Amat sedih sekali, ketika berusia 54 tahun sahaja, beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat leukemia, tidak dapat meneruskan usaha perancangan seterusnya. Pemergiannya ditangisi ramai. Al-Fatihah (baca).
FORTUNA MEDIA -- EMPAT TABUNG dibina masa Dato' Seri Najib Razak yang dikorek selepas PRU14:
- 1. Khazanah Nasional
- Nilai Aset Bersih Khazanah meningkat hampir 4 kali ganda dalam 9 tahun pentadbiran Dato' Seri Najib Razak, dari RM32 bilion (2008) ke RM116 bilion (2017).
- Selepas PRU14, aset dijual secara besar-besaran kononnya untuk membayar hutang yang ditinggalkan oleh Dato' Seri Najib Razak. Akibatnya, nilai aset jatuh RM41 bilion kepada RM79 bilion pada 2020.
- Walaupun meningkat semula ke RM85 bilion pada akhir 2023, ia masih kurang RM31 bilion berbanding era Dato' Seri Najib Razak.
- 2. Petronas
- Rizab tunai Petronas meningkat lebih dua kali ganda dari RM80 bilion (2008) ke RM174 bilion pada Jun 2018 semasa Dato' Seri Najib Razak.
- Selepas PRU14, rizab ini digunakan secara besar-besaran termasuk dividen RM26 bilion (2018), RM54 bilion (2019), dan RM34 bilion (2020), berbanding hanya RM16 bilion pada 2016 dan 2017 di bawah Dato' Seri Najib Razak.
- Alasan Kerajaan PH 1.0 ambil dividen amat besar RM54 bilion pada 2019 ialah termasuk untuk biayai tempoh bebas cukai 3 bulan selepas GST dimansuhkan sebelum SST bermula.
- 3. KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara)
- Nilai aset KWAN meningkat hampir 4 kali ganda dari RM4.43 bilion (2008) ke RM15.79 bilion (2017) tanpa sebarang pengeluaran.
- Namun, pada 2021, RM5 bilion digunakan untuk membeli vaksin Covid-19.
- Ironinya, vaksin percuma untuk rakyat ini adalah jasa dan hasil tabungan dari era Dato' Seri Najib Razak, yang membantu selamatkan Rakyat yang membolehkan pembukaan semula ekonomi negara.
- 4. KWAP (Kumpulan Wang Persaraan)
- Aset KWAP meningkat hampir 3 kali ganda dalam 9 tahun Dato' Seri Najib Razak, dari RM52 bilion (2008) ke RM140.8 bilion (2017), tanpa sebarang pengeluaran oleh kerajaan.
- Namun, selepas PRU14, sebanyak RM27.5 bilion telah dikeluarkan, menyebabkan pertumbuhan aset KWAP terbantut, hanya meningkat 20.6% dalam tempoh 6 tahun, kepada RM169.8 bilion pada 2023.
Mereka tuduh Dato' Seri Najib Razak bankrapkan negara, tetapi hakikatnya mereka juga yang korek dan habiskan lebih RM100 bilion kekayaan yang dibina masa pemerintahan Dato' Seri Najib Razak.
Belum ambil kira lagi dana antara RM190 bilion hingga RM210 billion yang dijimat Petronas dan TNB akibat penyelesaian perjanjian-perjanjian IPP berat sebelah yang diselesaikan pada tahun 2012 masa Dato' Seri Najib Razak dengan bantuan 1MDB.
Sebab itulah nilai Ringgit dan indeks Bursa Malaysia masih kekal jauh lebih rendah berbanding April 2018 sebelum PRU14, walaupun sudah 7 tahun berlalu.
Tidak pernah pulih walau sekalipun kerana ahli ekonomi, pelabur Asing, dan pakar kewangan sedar siapa yang sebenarnya berkemampuan, memahami selok-belok ekonomi, serta telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik sebelum ini.
Ada sesiapa mahu sangkal fakta-fakta ini? [HSZ]
Sources: najibrazak.com
Editor: romymantovani
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz
No comments
Post a Comment