#BICARA_SRC TIGA HAKIM KANAN PERTIKAI PROSES PERBICARAAN MERAGUKAN KES SRC NAJIB
Ilustrasi Image by DSNajibRazak/FB |

1. MANTAN KETUA HAKIM NEGARA:- “Beberapa tindakan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun berhubung dengan pengendalian kes (SRC Najib) ini menambah lagi kecurigaan.” - YAA Tun Abdul Hamid pada 7 Sept 2022.
2. HAKIM BESAR SABAH DAN SARAWAK (sedang berkhidmat):
- “Telah berlaku ketidakadilan besar. Najib telah dinafi perbicaraan adil (bagi kes SRC) dan patut dibebaskan dan dilepaskan” – YAA Tan Sri Abdul Rahman Sebli pada 31 Mac 2023.
3. BEKAS HAKIM MAHKAMAH RAYUAN:
- "Perbicaraan (kes SRC) Najib telah menyaksikan banyak kontroversi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah” -YA Datuk Hamid Sultan Abu Backer pada 2 Sept 2023.
----
"Patutkah Najib diberi pengampunan?"
‘Rayuan Najib tidak didengari dan berlaku ketidakadilan besar buatnya’ – Hakim Abdul Rahman"
"Banyak kontroversi dalam kes Najib – Bekas hakim"
https://malaysiagazette.com/.../banyak-kontroversi-dalam.../
FORTUNA MEDIA - BICARA 1MDB & SRC l Ulasan Bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid pada 7 September 2022 berkenaan perbicaraan kes SRC Datuk Seri Najib Razak ---- Ia bermula dengan cara Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) berkempen dalam PRU14 (PilihanRayatahun2018): 'Jika PH menang, Najib akan ditangkap, didakwa dan dipenjarakan dalam tempoh hanya beberapa bulan'. Ia memberi gambaran bahawa semuanya akan dilakukan oleh Kerajaan PH dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir. Ia memberi gambaran bahawa peranan penyiasat (SPRM), pendakwa dan mahkamah hanya formality. Selepas itu Peguam Negara digantikan dengan Tan Sri Tommy Thomas, seorang peguam swasta yang tidak pernah melihat kertas siasatan, apatah lagi mendakwa dan juga peguam kepada Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya yang, kemudiannya, tidak meneruskan pendakwaan, sebagai Peguam Negara. Ditambah lagi dengan pelantikan Lateefa Koya, kelahiran Kerala, India seorang aktivis politik dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat), parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang juga tidak pernah melihat kertas siasatan apatah lagi menyiasat dan mendakwa kes rasuah, untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Seterusnya, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya mengatakan dialah yang memilih nama Tengku Maimun untuk menjadi calon Ketua Hakim Negara dan mengemukakannya kepada Dr. Mahathir, dan Dr. Mahathir bersetuju. Di sini Tommy telah bertindak di luar bidang kuasanya.
Sebenarnya Peguam Negara tidak ada peranan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara. Yang mempunyai peranan untuk memilih calon Ketua Hakim Negara dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri ialah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Judicial Appointments Commission) yang sejatinya, Peguam Negara tidak pun menjadi ahli.
Orang ramai mungkin tidak tahu bahawa, pada masa itu, Tengku Maimun adalah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang junior, tidak ada apa-apa keistimewaan. Jika tidak mahu disebut kelemahannya pun berbanding dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan lelaki lain yang lebih kanan, mempunyai pengalaman yang lebih luas semasa menjadi pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan, dari pemerhatian saya, mempunyai watak yang lebih kuat.
Atas asas apa Tan Sri Tommy Thomas memilih Tengku Maimun? Adakah ia dilakukan dengan harapan Tengku Maimun akan merasa terhutang budi kepadanya, kepada Dr. Mahathir dan Kerajaan PH dan akan menyebelahi mereka dalam penghakimannya?
Saya tidak fikir faktor itu tidak termasuk dalam perkiraannya. Bahawa Dr. Mahathir bersetuju tidak menghairankan kerana beliau pernah berbuat hal yang serupa semasa menjadi Perdana Menteri kali pertama.
Perlu diambil ingatan di sini bahawa, di sisi undang-undang pelantikan itu adalah sah. Mereka tidak boleh dipersalahkan. Saya percaya mereka sendiri pun tidak pernah terfikir mereka akan dilantik ke jawatan-jawatan itu.
Yang salah ialah jika pelantikan-pelantikan itu dilakukan dengan tujuan mereka akan terhutang budi dan akan menyebelahi kehendak Kerajaan PH dalam keputusan-keputusan yang mereka buat kelak dan mereka melakukan demikian.
Hal ini lebih penting berkenaan pelantikan Ketua Hakim Negara kerana keadilan bukan sahaja perlu dilakukan, ia juga perlu kelihatan dilakukan.
Beberapa tindakan Ketua Hakim Negara berhubung dengan pengendalian kes ini menambah lagi kecurigaan itu. Pertama, penetapan bilangan panel yang mendengar rayuan ini dan keahliannya. Ini adalah satu kes yang amat kontroversial.
Satu dunia menunggu keputusannya, kebanyakannya mahukan Datuk Seri Najib Razak dihukum, tidak kira apa alasan penghakimannya. Politikus Pakatan Harapan (PH) menunggu untuk menyalahkan hakim-hakim jika mereka tidak mendapati Datuk Seri Najib Razak bersalah dan menghukumnya.
Maka, Ketua Hakim Negara yang dari awalnya nampak terhutang budi kepada Dr. Mahathir berada dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu. Sama ada itu betul atau tidak tidak penting. Sekali lagi ini soal persepsi. Dalam kes ini, tindakan Ketua Hakim Negara itu dalam menetapkan bilangan Hakim untuk mendengar rayuan ini dan pemilihan hakim-hakim itu menguatkan lagi persepsi bahawa beliau mahu Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Dalam keadaan ini, untuk nampak lebih adil dan mengelak tuduhan memilih Hakim, sepatutnya rayuan in didengar oleh panel penuh Mahkamah Persekutuan. Melihat senarai lima orang Hakim yang dipilih, seseorang yang biasa dengan penghakiman mereka sudah pasti dapat menelah (meneka) apakah keputusan Mahkamah itu kelak: 'Ketua Hakim Negara, Datuk Nallini dan Datuk Mary Lim telah pun merupakan majoriti yang tentu sekali akan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu'. Datuk Mohamad Zabidin adalah amat junior dan, mengenali beliau, saya tidak fikir beliau mempunyai watak yang cukup kuat untuk tidak menuruti keputusan majoriti yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara itu. Yang tinggal hanya Tan Sri Abang Iskandar, (Hakim Besar Sabah dan Sarawak). Mengapa Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar (Malaya), dua hakim paling kanan selepas Ketua Hakim Negara, tidak dimasukkan dalam panel itu? Mungkin dihujahkan, jika Mahkamah itu bersidang dengan panel penuh pun, besar kemungkinan, keputusannya sama juga. Itu bukan isunya. Isunya mengapa melakukan sesuatu yang menambah persepsi bahawa ia disengajakan untuk memastikan keputusan Mahkamah Tinggi itu dikekalkan? Surat Ketua Hakim Negara kepada Majlis Peguam bahawa beliau tiada bantahan jika peguam-peguam akan memohon penangguhan untuk menghadiri acara "Walk of Justice" pada 17 Jun 2022 yang berkaitan dengan Hakim Mohd Nazlan. Ini sekali lagi menunjukkan Majlis Peguam amat partisan dalam kes ini. [HSZ] (https://www.utusan.com.my/.../patutkah-najib-diberi.../)
AIRPORT KLIA-2 Legasi Najib, Projek yang pernah mencetus
kontroversi besar

Adaptasi dari status pelbagai sumber
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB, #SRC,
No comments
Post a Comment