BICARA 1MDB-Keterangan TS Zeti bertentangan dengan beberapa saksi lain
BICARA 1MDB-Keterangan TS Zeti bertentangan dengan beberapa saksi lain
(Sinopsis: Petikan perbicaraan pada 29 Ogos 2023 by RFLias)- "Tan Sri (Zeti), kamu sedar tak kamu under oath? Kamu tahu apa hukumannya jika menipu mahkamah?"
- Zeti jawab, "Ya, tahu."
- Bila TS Shafee soal begitu, maksudnya beliau sudah ada bukti yang menunggu untuk dikeluarkan. Pancing dulu😅.
- Dia akui BNM tahu Datuk Seri Najib Razak pulangkan balik RM2.2 bilion dari RM2.6 bilion kepada penderma melalui pegawainya sendiri.
- Soal Tan Sri Shafee, macam mana TS Zeti dan BNM (Bank Negara Malaysia) boleh terima pemulangan duit tanpa banyak soal dari siapa dan kenapa ia dipulangkan?
- Kalau masa DS Najib pulangkan duit BNM tahu, adalah mustahil masa duit masuk BNM dan TS Zeti sendiri tak tahu. Kan?
- Kedua duanya melibatkan jumlah wang yang besar.
- Ini kerana terdapat bukti baru dari kenyataan Zeti apabila disoal balas. Zeti mengatakan 80% dari kesalahan yang Ambank lakukan adalah disebabkan Ashok.
- Hal ini mendapat bantahan daripada DPP kerana mereka tidak akan memanggil Ashok sebagai saksi pendakwaan.(29 Ogos 2023 by RFLias)
#JusticeforNajib
Latest. Habis tempoh sudah untuk pendakwa cabar kes yang tak ada kes ni. Jangan malu-malu hendak umum gugur kes. |
FORTUNA MEDIA - BICARA 1MDB l Berkenaan soalan tentang pembukaan akaun Datuk Seri Najib Razak di Ambank, Tan Sri Zeti (mantan Gabenor Bank Negara Malaysia-BNM) memberitahu Cheah Tek Kuang datang berjumpa dengan dirinya hanya "courtesy call" dan kononnya dia tidak tahu akaun tersebut akan menerima sumbangan dari Arab Saudi.
Ini bertentangan dengan kenyataan Pengarah Urusan AmBank group, Cheah Tek Kuang yang memberitahu mahkamah beliau telah berjumpa TS Zeti untuk memberitahu Datuk Seri Najib Razak akan menerima sumbangan besar daripada Arab Saudi sebanyak US$100 juta pada ketika itu.
Minggu lepas TS Zeti telah ditertawakan oleh orang awam di galeri awam Mahkamah, kerana cuba menjawab "saya tidak tahu" kepada semua soalan termasuk soalan yang belum ditunjukkan dokumen.
"Sudah semestinya kamu belum lihat, sebab itu lah saya akan menunjukkan kepada kamu", telatah TS Zeti ditertawakan terbahak-bahak oleh hadirin sehingga Hakim terpaksa memberi amaran supaya tidak tertawa sehingga terbahak-bahak.
Tan Sri Shafee membangkitkan keadaan dimana BNM seolah tidak teliti dengan transaksi malah ianya menunjukkan kelemahan BNM.
Namun, ianya lebih menakutkan jika sebenarnya TS Zeti hanya mahu menyembunyikan sesuatu.
Seperti saksi kes USDOJ-1MDB di Amerika, seorang saksi daripada Goldman Sachs, iaitu Tim Leissner pernah membuat pengakuan telah membayar TS Zeti supaya melancarkan pengeluaran lebih US$1 bilion ke luar Malaysia ke akaun-akaun palsu milik Jho Low, dalam tempoh semalaman (overnight).
Duit 1MDB berkenaan juga dilaporkan ada dimasukkan ke beberapa akaun milik syarikat Suami TS Zeti dan anak TS Zeti.
Mungkinkan jawapan TS Zeti hanya cubaan untuk mengkambing hitamkan Datuk Seri Najib Razak bagi menutupi penjenayah sebenar? [HSZ] (Malaysia forward)
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB, #SRC,
RELATED POST,
PUISI : "Bila Kau Tak Mau Bersuara"Tan Sri Zeti minta peguam Datuk Seri Najib tunjuk bukti bahawa Suami dia pernah terima duit SPRM
No comments
Post a Comment