AIRPORT KLIA-2 Legasi Najib, Projek yang pernah mencetus kontroversi besar
AIRPORT KLIA-2 Legasi Najib, Projek yang pernah mencetus kontroversi besar
Dilulus Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009. Dirasmi buka Datuk Seri Najib Razak Jun 2014.
Projek ini pernah mencetus kontroversi besar ketika itu sebab pihak-pihak sebelah sana kuat mengkritik.
Antara kritikan mereka masa itu ialah:
- kenapa KLIA-2 perlu begitu besar dan begitu mewah?
- kapasiti 30 juta penumpang setahun sudah memadai, kenapa perlu 45 juta iaitu lebih besar berbanding kapasiti 30 juta bagi KLIA-1?
- kenapa perlu laluan pejalan kaki yang bergerak, sistem bagasi automatik, pusat membeli-belah, lounge premium dan empat hotel?
- kenapa perlu jambatan udara (aerobridge)? Ramp jalan kaki seperti LCCT sudah cukup.
- kenapa tak bina di Labu, Negeri Sembilan?
Akhirnya, keputusan Datuk Seri Najib Razak terbukti tepat:
- KLIA-2 sangat selesa, efisyen dan bertaraf dunia.
- Jumlah penumpang KLIA-2 pun sudah cecah 30 juta iaitu 33.1 juta (berbanding 29.2 juta bagi KLIA-1) pada tahun 2019 sebelum pandemik.
- Lanjutan KLIA ekspress dari KLIA-1 ke KLIA-2 sangat memudahkan dan adalah bukti bahawa lokasinya tepat.
- #MAHB yang menanggung kos pembinaan KLIA-2 sudah memperolehi pulangan yang besar setiap tahun dari projek ini.
- Akibatnya, pihak sebelah sana sudah henti kritik Datuk Seri Najib Razak sebagai bodoh dan boros sejak KLIA-2 dibuka.
FORTUNA MEDIA - Sekian lama, Airport Changi Singapura adalah antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.
Tahu kah Anda bahawa Airport KLIA sebenarnya dalam trend untuk melepasi Airport Changi dari segi jumlah penumpang tahunan dalam tempoh 9 tahun Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri Malaysia?
BACA JUGA:
Cheritera Dongeng Hari Ini, Mahathir nak jaga Hak Orang Melayu, Kita ketawa saja lah
Pada tahun 2008 sebelum Datuk Seri Najib Razak jadi PM, Airport Changi mengendali 37.2 juta penumpang iaitu 37% lebih tinggi berbanding 27.5 juta penumpang KLIA.
Sejak itu, kadar kenaikan penumpang di KLIA melebihi Changi hampir tiap-tiap tahun dan jurang antara Changi dengan KLIA semakin menipis sehingga ianya menjadi hanya 6% pada tahun 2017 sebelum PRU14 di mana Changi mencatat 62.2 juta penumpan bebanding 58.6 juta KLIA.
Antara sebab-sebab Airport KLIA berkembang dengan kadar jauh lebih tinggi berbanding Airport Changi ketika itu ialah keyakinan pelabur serta peniaga terhadap Malaysia semakin tinggi, Rakyat Malaysia semakin mewah dan semakin kerap melancong ke luar negara, pembukaan KLIA-2 yang dilancar Datuk Seri Najib Razak serta sektor pelancongan negara yang semakin mantap ketika itu.
Malangnya, trend ini telah bertukar arah sejurus selepas PRU14-2018 dan jurang antara KLIA dan Changi semakin melebar semula.
Semoga Datuk Seri Najib Razak sekeluarga terus diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. InsyaAllah Aamiin, Ya, Rabbal 'Alamin. .[HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
No comments
Post a Comment