Cheritera Dongeng Hari Ini, Mahathir nak jaga Hak Orang Melayu, Kita ketawa saja lah


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Cheritera Dongeng Hari Ini, Mahathir nak jaga Hak Orang Melayu, Kita ketawa saja lah">
“Naatu Naatu” from the hit Telugu-language film RRR has made history by becoming the first Indian film song to win an Oscar - Illustrasi Image by newmediahit

Cheritera Dongeng Hari Ini, Mahathir nak jaga Hak Orang Melayu, Kita ketawa saja lah😁 

FORTUNA MEDIA - Kes saman Tun Mahathir ke atas PMX @Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita membaca keterangan pembelaan DS Anwar yang mendedahkan Opcom dan Kencana (milik anak-anak Mahathir) yang didakwa memperoleh kekayaan hasil projek dan bail out daripada GLC negara (Telekom dan Petronas)

Tapi DS Anwar tertinggal satu perkara. Sayang dia tak letak sekali perkara ini.

Ceritanya pada 4 bulan terakhir sebelum Mahathir meletak jawatan PM4, Kementerian Kewangan telah meluluskan satu konsesi judi sukan kepada syarikat milik Vincent Tan berharga RM25 juta. Tempoh konsesi adalah selama 20 tahun.


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Cheritera Dongeng Hari Ini, Mahathir nak jaga Hak Orang Melayu, Kita ketawa saja lah">

Mahathir adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa tersebut

Konsesi ini dinilai amat berharga memandangkan jangkaan pendapatan daripada lesen ini adalah dianggarkan sekitar RM1 bilion setahun

Konsesi ini diluluskan tanpa pengetahuan kabinet dan hanya diketahui umum selepas Pak Lah (TS Abdullah Badawi) dilantik sebagai Perdana Menteri. Pak Lah begitu marah sehingga kisah ini dilaporkan di pelbagai agensi berita dunia termasuk Wall Street Journal [1] [2]

Konsesi ini kemudiannya digantung pada zaman Pak Lah dan akhirnya dibatalkan pada zaman Datuk Seri Najib Razak.

Jadi kalau orang cerita hari ini Mahathir nak jaga hak orang Melayu, kita ketawa saja lah 😁

Sebab cerita itu sama tahyul dengan cerita dia menangis nak selamatkan Malaysia 5 tahun dulu. 

Adaptasi dari status asal by Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

Rujukan: 


No comments