#6PRN: Tentang strategi UMNO yang semakin terikat dengan PH

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt=" #6PRN: Tentang strategi UMNO yang semakin terikat dengan PH">
Ilustrasi Image, DS Najib Razak

 #6PRN: Tentang strategi UMNO yang semakin terikat dengan PH

  • Berikut adalah antara isu kaum-agama utama yang sering digunakan untuk menghasut Orang bukan Melayu menentang kerajaan UMNO-BN selama beberapa dekad.

  • Janjinya ialah jika UMNO-BN dijatuhkan maka Orang bukan Melayu akan mendapat apa yang mereka inginkan.

  • Jadi selepas Ubah DUA KALI sejak 5 tahun lalu, yang manakah "ketidakadilan" ini telah diperbetulkan oleh kerajaan baharu Anda?

1. Bolehkah Anda semua melabur dalam ASB?

2. Adakah Anda mendapat kerajaan Anda mengiktiraf UEC?

3. Adakah Anda berjaya menggunakan Kalimah Allah?

4. Adakah Anda berjaya memansuhkan kuota bumiputra untuk perniagaan dan diskaun bumiputra untuk membeli rumah?

5. Adakah Anda berjaya mendapat sebarang kenaikan kuota bukan Melayu di IPTA?

6. Adakah Anda mendapat sekolah menengah Cina yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan?

7. Adakah Anda mendapat kuota bukan Melayu untuk menyertai perkhidmatan kerajaan atau angkatan tentera?

8. Adakah retorik kaum/agama, konflik dan politiking berkurang?
[Lim Sian See]

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt=" #6PRN: Tentang strategi UMNO yang semakin terikat dengan PH">
TSM sudah lupa dia pernah jelajah satu negara untuk suruh orang undi DAP siap angkat bendera PKR

Menghadapi #6PRN mendatang mari kita bahas sekilas tentang strategi UMNO yang semakin terikat dengan PH

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR 

1. UMNO sangat faham bahawa mereka perlu tunjuk prestasi yang baik pada 6 PRN (Pilihan raya Negeri) akan datang. Ianya adalah amat parah jika UMNO gagal menang satu kerusi pun.

2. UMNO juga bimbang bahawa sokongan Melayu dan sokongan ahli UMNO sendiri kepada UMNO untuk 6 PRN ini akan rendah.

3. Sebab UMNO tiada lagi story line, UMNO terpaksa menggunakan storyline perpaduan dengan PH (Pakatan Harapan) sebagai tema utama bagi menghadapi  6 PRN ini.

4. Pada ketika ini, UMNO juga kelihatan tidak ada lagi tokoh atau pendirian yang dapat menarik perhatian dan sokongan orang ramai. Seolah-olah UMNO tiada excitement lagi.

5. Maka UMNO perlu bergantung kepada PH dan undi bukan Melayu untuk menang seberapa banyak kerusi yang mungkin.

    BACA JUGA 

Isu Pengampunan Najib.TIDAK ADA parti lain selain parti UMNO yang sebut terang-terang mahu Bossku dibebaskan

Strategi ini ada bahayanya:

a). Sebagai parti Melayu, UMNO bukan hanya akan diukur dari berapa jumlah kerusi yang berjaya dimenangi tetapi juga pada tahap sokongan undi Melayu bagi 6 PRN akan datang.

b). Jika UMNO berjaya menang beberapa kerusi dengan sokongan PH tetapi tahap sokongan Melayu adalah rendah maka bahayanya ialah UMNO akan menjadi seperti parti Amanah yang hanya bergantung kepada undi bukan Melayu dari DAP/PH untuk menang. 

c) Terlalu membodek dan terlalu bergantung kepada kekuatan PMX akan semakin menghakis kekuatan serta identiti UMNO sendiri. Jika kita perhatikan, parti GPS tidak membodek DS Anwar Ibrahim sebagaimana pimpinan UMNO buat.

Ini bermaksud parti UMNO, akhirnya tidak lagi berbeza dengan parti Amanah.

Kesimpulannya ialah UMNO kelihatan semakin tidak ada keyakinan, identiti dan kekuatan sendiri.

SEMUA OPINI DIATAS TERJADI KERANA MANTAN PM-9 TUNDUK KEMAHUAN TSM TIDAK BUBAR PARLIMEN SELEPAS PRN (Pilihanraya Negeri) JOHOR KETIKA SENTIMEN DAN SOKONGAN RAKYAT BEGITU TINGGI KEPADA UMNO! 

So, apa ikhtiar kita untuk menghadapi fenomena diatas ;

1. Para pemimpin-pemimpin UMNO perlu berhenti dari kelihatan terlalu menjilat dan membodek DS Anwar Ibrahim dan perlu tonjolkan identiti dan kekuatan sendiri.

2. UMNO perlu tegas (termasuk terhadap kerajaan hari ini) berpegang pada pendirian tersendiri seperti dalam isu pengampunan DS Najib Razak, isu kalimah Allah, isu Hak Bumiputera, reformasi sistem keadilan/kehakiman dan sebagainya. UMNO perlu menjadi suara pendesak terhadap kerajaan agar kemahuan UMNO dipenuhi.

UMNO masih boleh dilihat melawan kerajaan walaupun masih berada bersama dalam kerajaan.

3. UMNO juga perlu mewujudkan personaliti/tokoh/influencer UMNO secepat mungkin yang mempunyai aura yang boleh diterima secara umum dan mampu menarik peminat kepada UMNO seperti yang dilakukan oleh DS Najib Razak.

Bertindaklah segera sebelum UMNO pupus dari muka bumi Malaysia Tercinta ini. 

Ya Allah….bebaskanlah segera DS Najib Razak.😭 [HSZ]

Adaptasi dari artikel asal by Nabeel Naqie


No comments