Isu Pengampunan Najib.TIDAK ADA parti lain selain parti UMNO yang sebut terang-terang mahu Bossku dibebaskan
I 💖 My Ex PM Najib Razak!!! |
Isu Pengampunan Najib.TIDAK ADA parti lain selain parti UMNO yang sebut terang-terang mahu Bossku dibebaskan
- Orang/Ahli UMNO yang terikut naratif broker (kumpulan pengkhianat UMNO jadi barua PPBM/PN) Dan kempen boikot PilihanRaya Negeri (PRN), sebab konon protes pasal Bossku tidak bebas dan hendak salahkan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi, percayalah akhirnya Anda juga akan kena game nanti. Buruk-buruk kan parti lepas itu susah nak recover dan akhirnya taktik makan diri.
- Misalnya, seperti cukai GST, PH-01 (PM nya Tun Mahathir) allout buruk kan GST sebab hendak jatuhkan kerajaan UMNO/BN, last-last bila hendak buat balik GST sebab banyak kebaikan, akhirnya makan diri, kena kutuk kaw-kaw sebab semua Rakyat Malaysia sudah telan propaganda benci GST.
- So, khabarnya kini, ada pula kumpulan yang hendak sabotaj Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dengan hasutan supaya jangan undi parti UMNO pada PRN mendatang, sebab Datuk Seri Najib Razak tidak dibebas dari penjara atau tidak mendapat pengampunan dari Lembaga Pengampunan DiRaja. Anda kena hati-hati dan beringat sedikit, dalam isu ini Tok Mat Hassan pun akan terpalit sama sebab Tok Mat Cif Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) mendatang.
- Ramai broker pengkhianat UMNO dan parti Bunga sedang cucuk jarum. Menyebar dakyah pecah-belah dan adu-domba ahli dan pimpinan parti UMNO/BN. Anda perlu faham dimana Datuk Seri Najib Razak (Bossku) pun secara pribadi, tidak suka cara sabotaj ini.
Cartoon Illustration by Rossem
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Dari maklumat yang portal terima, pihak luar dan pihak dari dalam parti UMNO sendiri yang condong kepada parti lawan sedang membuat serangan saraf terhadap parti dan pimpinan UMNO.
Setelah gagal huru-hara kan parti UMNO pada perhimpunan Agung dan pemilihan Parti yang lalu untuk menukar kepimpinan yang lebih akur kepada Muhyiddin dan Tun Mahathir, kini mereka melakar strategi baru pula.
Ada antara mereka menyamar sebagai ahli UMNO dan penyokong Datuk Seri Najib Razak. Ada juga yang memang ahli UMNO tetapi sangat akur kepada dua orang bekas Naib Presiden UMNO dan mahu kembalikan kesenangan hidup yang dinikmati sekejap sahaja. Ketika barua-barua Muhyiddin menjadi pemimpin.
Ada juga orang yang membuat kenyataan mahu undur dari politik kini tiba tiba aktif dan menyebelahi pihak pengkhianat.
Pada isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak, UMNO sebagai parti sekadar melaksanakan tanggungjawab mahu Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.
Tetapi, UMNO dengan bijaksana tidak mahu membuat Yang diPertuan Agong terlihat diberi tekanan dan membuat keputusan sebab terpaksa dan dibawah desakan.
Ibarat pepatah Melayu, segala cara dan kehendak 'mesti seolah-olah menarik rambut dari tepung'. Related Article:
Isu Pengampunan DS Najib Razak, PM DS Anwar Ibrahim menegaskan YDP Agong mempunyai budi bicara mutlak
Pihak kami juga telah mendapat maklumat berkenaan kisah belakang tabir tentang kerja kerja yang dibuat oleh pemimpin UMNO.
Apa pun Kembali kepada topik diatas, pihak luar sangat mahukan UMNO berpecah atas sebab isu pengampunan ini.
Jika gagal pada pemilihan parti, ini waktu terbaik ambil kesempatan.
Sambil mereka menyerang Presiden UMNO @Datuk Seri Zahid Hamidi dan mahu beliau bertanggungjawab , pihak ini tidak beri maklum siapa yang mereka mahu ganti atau sebut nama Muhamad Hassan @ Tok Mat menggantikan nya.
Ini kerana sebenarnya mereka sudah ada calon pengganti yang bukan dari “Top 5”.
Ramai juga ahli UMNO pro Datuk Seri Najib Razak pada mulanya terikut rentak hasutan dakyah ini. Namun kini sedar, kerana Datuk Seri Najib Razak sudah pasti tidak akan dibantu keluar penjara jika kepimpinan bukan sedia ada yang ambil alih.
Malah, desakan tukar Presiden UMNO@Datuk Seri Zahid Hamidi juga penyokong Datuk Seri Najib Razak sudah mula sedar, Ini sesungguhnya hanya ploy (muslihat/taktik) untuk menaikan dua bekas pemimpin yang dikenali sebagai pengkhianat parti UMNO.
Sementara itu , pihak yang akibatkan Datuk Seri Najib Razak disumbat secara segera berdiam diri, sebaliknya pihak lain pula didesak bebaskan Datuk Seri Najib Razak .
Semua muslihat Ini dipercayai adalah semuanya permainan dua orang dinosour politik yang tidak pernah duduk diam kerana menjaga kepentingan dan juga elak dari didakwa atas kesalahan lampau oleh kerajaan sekarang.
Apa yang ahli UMNO perlu lakukan hari ini adalah supaya berdiam seketika untuk tidak mengerohkan pula kedudukan Kerajaan Perpaduan ini.
Tiada semua ahli UMNO setuju kepada kepimpinan UMNO, tetapi sikap bijaksana adalah sangat diperlukan dalam Tindakan dan peka pada kedudukan kerajaan dan Negara sekarang.
Apakah kita sebagai Rakyat Malaysia, mahu kedudukan aman dan sejahtera seperti sekarang atau mahu pupus dan menerima azab sengsara seperti selepas kejatuhan UMNO/BN selepas PRU-14/2018, apabila musuh-musuh negara sukses dan memporak-porandakan nuansa politik dan ekonomi Negara Malaysia.
Itu sahaja lah pilihan kita sebagai Ahli UMNO/BN ataupun sebagai Rakyat Malaysia yang ada waktu ini yang Cintakan kedamaian dan keharmonian ber-Negara InsyaAllah.[HSZ]
Adaptasi dari artikel asal by Adam Malik
Editor; Romy Mantovani
Editor’s Note: The views expressed in this article are that of the writer and do not necessarily reflect the views of the management of Fortuna Media
No comments
Post a Comment