Panel Mahkamah Persekutuan putuskan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan dalam kes SRC tidak ikut protokol
Provided by @HelmyNetwork |
Panel Mahkamah Persekutuan putuskan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan dalam kes SRC tidak ikut protokol
- Kenapa mesti rujuk Anda dulu? Siapa Anda?
- Adakah ini bermakna SPRM mesti mendapat kelulusan Anda terlebih dahulu sebelum mereka boleh menyiasat mana-mana hakim?
- Adakah ia juga bermakna SPRM mesti merujuk Perdana Menteri(PM) dan mendapatkan kelulusannya terlebih dahulu jika mereka ingin menyiasat mana-mana ahli parlimen, ahli politik atau pegawai awam?
- Harap juga diingatkan bahwa Anda dan pendahulu Anda yang juga memilih Anda berdua diangkat secara tidak sah ketika Tun Mahathir dan AG Tommy Thomas melanggar Undang-Undang JAC 2009
Ilustrasi Image by Lim Sian See |
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tengku Maimun hari ini (24 February 2023) memutuskan siasatan SPRM ke atas Hakim Mohd Nazlan (Hakim kes SRC Dato' Seri Najib Razak) adalah tidak sah. Sebab SPRM tidak tanya Ketua Hakim Tengku Maimun dulu sebelum siasat salah seorang hakim di bawahnya.
Ini bermakna dapatan siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang mendapati ada pelanggaran Kod Etika Hakim oleh Hakim Nazlan ketika menjadi hakim kes Dato' Seri Najib Razak kemungkinan tidak dapat dibawa ke Mahkamah.
RELATED POST
Bolehkah Hakim disiasat oleh SPRM dan bolehkah mereka didakwa?
Jho Low selalu beri gambaran Zeti ada akses dengannya – Joanna
Benarkah Perkhidmatan Awam Negara Mementingkan Orang Melayu Berbanding Kaum Lain?
Ada banyak persoalan pelik dalam keputusan Mahkamah tersebut,
1. Undang-Undang mana yang mengatakan kebenaran Ketua Hakim Negara mesti diperoleh dahulu sebelum siasatan ke atas mana-mana hakim dilakukan?
2. Sekiranya Ketua Hakim Negara sendiri terlibat rasuah atau jenayah, adakah mana-mana pihak berkuasa (PDRM, SPRM) perlu meminta izin daripada beliau untuk menyiasat dirinya sendiri?
3. Jika kebenaran Ketua Hakim diperlukan sebelum siasatan jenayah dilaksanakan, bukankah itu menjadikan Ketua Hakim Negara Malaysia, sebagai "the Supreme Being" yang lebih tinggi kedudukannya daripada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu? Ini kerana tiada apa-apa keperluan untuk pihak berkuasa mendapatkan izin Raja-Raja jika ada keperluan menyiasat Paduka-Paduka Baginda
4. Jika sekiranya izin Ketua Hakim Negara diperlukan sebelum siasatan dan dakwaan dibuat, bukankah ia menghakis kuasa siasatan eksekutif dan kuasa pendakwaan Peguam Negara sekaligus menjadikan Badan Kehakiman sebagai untouchable?
5. Sekiranya semua perkara ini berlaku. Maka bukankah ia menjadikan segala kuasa sedang berpusat kepada sistem kehakiman dan menghancurkan doktrin pengasingan kuasa? Bukankah ia merendahkan kuasa eksekutif dan menghilangkan keseimbangan badan-badan lain yang selama ini menjadi 'check and balance' antara satu sama lain?
Ini adalah satu perkara yang pelik. Pada zaman Mahathir PM4, kita melihat bagaimana kuasa eksekutif (Perdana Menteri) menjadi "the supreme being" yang menekan sistem kehakiman dan sistem legislatif (parlimen)
Hari ini seolah-olah Badan Kehakiman pula berada paling atas dan superior berbanding dua pihak lagi.
Walhal semua orang tahu Tengku Maimun ini adalah pilihan mantan Attorney General Tommy Thomas dan lantikannya sebagai Ketua Hakim Negara tidak mengikut Akta Suruhanjaya Kehakiman 2009.
Ini bukan lagi masalah kehidupan Dato' Seri Najib Razak.
Ini adalah masalah masa depan sebuah negara iaitu, Negara Malaysia Tercinta Ini .😘💖🇲🇾 [HSZ]
Adaptasi dari artikel asal by Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Editor; Romy Mantovani
#TAGS : #BeritaPolitik, #PoliticsNews, #Malaysia #KesSRC #HakimNazlan #HakimTengkuMaimon
VIDEO ;
No comments
Post a Comment