Jho Low selalu beri gambaran Zeti ada akses dengannya – Joanna
Jho Low selalu beri gambaran Zeti ada akses dengannya – Joanna
- Ketakutan terhadap kemaraan Dato' Seri Najib Razak untuk membangunkan Negara Malaysia, mengatasi mantan Perdana Menteri terdahulu menyebabkan pemimpin yang bercita-cita untuk merampas jawatan tersebut mahu menyekat Dato' Seri Najib Razak dari terus menjaga kepentingan rakyat dan membawa Negara Malaysia maju mengatasi Negara-Negara Asean yang lain. Dato' Seri Najib Razak dinafikan perbicaraan yang adil. Beliau dikhianati dan dianiaya.
- Ketika pemeriksaan balas peguam utama pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Joanna mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sentiasa memberi gambaran dirinya mengenali bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
- Malah dia ada mendengar ‘dakwaan’ andainya Jho Low berada dalam negara, dirinya sering keluar dengan Zeti.
- Shafee: Jho Low pernah dikatakan semua transaksi agak senang dengan BNM kerana hubungannya dengan Zeti?
- Joanna: Jho Low tidak pernah beritahu apa-apa tetapi selalu beri gambaran dia dapat berhubung dengan Gabenor.
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-41 perbicaraan penyelewengan RM2.2 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Joanna Yu Ging Ping hari ini (7 February 2023) menyambung pemeriksaan soal balas membabitkan Datu' Seri Najib Razak.
Ketika pemeriksaan balas peguam utama pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Joanna mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sentiasa memberi gambaran dirinya mengenali bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Bagaimanapun Joanna mengakui Jho Low tidak pernah mendedahkan apa-apa tentang Zeti kepadanya.
Malah dia ada mendengar ‘dakwaan’ andainya Jho Low berada dalam negara, dirinya sering keluar dengan Zeti.
Shafee: Benarkah dakwaan kononnya jika Jho Low ada dalam negara selalu lepak di dapur Zeti’?
Joanna: Saya tidak pasti
Shafee: Jho Low pernah dikatakan semua transaksi agak senang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana hubungannya dengan Zeti?
Joanna: Jho Low tidak pernah beritahu apa-apa tetapi selalu beri gambaran dia dapat berhubung dengan Gabenor.
Dalam pada itu, Joanna mendakwa dirinya tidak pernah terfikir seseorang akan menggunakan akaun bank peribadi Dato' Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi Perdana Menteri untuk melakukan pengubahan wang haram malah akaun itu diketahui BNM dan pihak atasan bank.
Joanna merujuk kepada tindakan Jho Low yang melakukan transaksi berdasarkan arahan Dato' Seri Najib Razak.
Prosiding bersambung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah esok.
Ketika ini, Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan didakwa atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat 1MDB berjumlah RM2.3 bilion. [HSZ] - MalaysiaGazette
Editor; Romy Mantovani
#TAGS : #BeritaPolitik #PoliticsNews #1MDBCase #DSNajibrazak
#JhoLow #Collin LawrenceSequerah #JoannaAmbank #MahkamahTinggi1MDB
VIDEO;
No comments
Post a Comment