Benarkah Perkhidmatan Awam Negara Mementingkan Orang Melayu Berbanding Kaum Lain?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Benarkah Perkhidmatan Awam Negara Mementingkan Orang Melayu Berbanding Kaum Lain? ">

Benarkah Perkhidmatan Awam Negara Mementingkan Orang Melayu Berbanding Kaum Lain? 

  • Apa agenda P. Ramasamy ahli Party DAP ini ? Adakah mahu mensabotaj Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional - Pakatan Harapan (BN-PH)?

  • Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim Perlu Kawal Tindak Tanduk Agresif "Fraksi Lama DAP" aka Kaum Tua Elak "DAP Baharu" Disabotaj Dalam UG Madani!

  • Kita fikir kalau Dato' Seri Anwar Ibrahim nak kerajaan ini kekal lama, ahli politik usang yang bangkitkan isu cokia seperti ini perlu dibuang jauh-jauh daripada kerajaan.

  • Generasi yang masih berada dalam takuk perkauman tidak sesuai dengan matlamat kerajaan perpaduan. Ia merosak dan memberi kegelisahan tidak perlu antara kaum
  • Belajarlah daripada kesilapan 22 bulan


FORTUNA MEDIA -  Benarkah Perkhidmatan Awam Negara mementingkan orang Melayu berbanding kaum lain? Adakah Melayu lebih mudah diterima bekerja dalam sektor awam dan lebih mudah naik pangkat berbanding kaum lain? 

Kita akan jawab 2 soalan ini berdasarkan statistik dan terpulanglah kepada tuan-tuan untuk menilai sendiri. 

Bagi soalan pertama, Kita merujuk akhbar Sin Chew Daily bertarikh 14 Oktober 2010

Antara Januari - Jun 2010, jumlah pemohon kerja kerajaan mengikut kaum adalah seperti berikut:

Melayu - 754,106 orang

Cina - 19,216 orang

India - 32,708 orang

Jumlah mereka yang diterima bekerja mengikut kaum bagi tempoh sama pula adalah seperti berikut:

Melayu - 14,430 orang.

Cina - 907 orang

India - 3,105 orang

Berdasarkan statistik tersebut, daripada 754,106 pemohon Melayu, hanya 1.91% daripadanya diterima bekerja di sektor awam

Daripada 19,216 pemohon Cina, 4.72% daripadanya diterima bekerja di sektor awam

Daripada 32,708 pemohon berbangsa India, 9.49% daripada mereka diterima bekerja di sektor awam 

Ini bermakna kadar kejayaan kaum India untuk diterima bekerja sebagai penjawat awam adalah yang paling tinggi diikuti kaum Cina dan akhirnya barulah Melayu 

Timbul soalan kedua, bukan Melayu tidak minat bekerja di sektor awam kerana mereka sukar naik pangkat berbanding kaum Melayu.

Untuk soalan ini, kita akan pecahkan statistik penjawat awam daripada gred 56 ke bawah dan gred JUSA ke atas. JUSA atau Jawatan Utama Sektor Awam adalah gred bagi peringkat pengarah jabatan. 

Paling rendah adalah Jusa C yang contohnya dipegang pengarah bahagian, pengarah jabatan peringkat negeri dan YDP Pihak Berkuasa Tempatan. 

Lebih tinggi daripada itu adalah gred Turus yang dipegang oleh Ketua Pengarah agensi utama persekutuan, KSU Kementerian dan beberapa jawatan utama lain

Saya merujuk hansard jawapan di Parlimen pada 18 Julai 2022.

Jumlah keseluruhan penjawat awam (tidak termasuk pasukan keselamatan) mengikut kaum adalah seperti berikut:

Melayu - 951,322 orang

Cina - 73,190 orang

India - 47,994 orang

Penjawat awam gred JUSA ke atas (termasuk gred Turus) mengikut kaum pula adalah seperti berikut:

Melayu - 3,300 orang 

Cina - 388 orang 

India - 243 orang

Berdasarkan statistik di atas, daripada 951,322 penjawat awam berbangsa Melayu, 0.347% daripada mereka memegang jawatan utama kerajaan.

Daripada 73,190 penjawat awam berbangsa Cina, 0.53% daripada mereka memegang jawatan utama kerajaan.

Daripada 47,994 penjawat awam berbangsa India, 0.506% daripada mereka memegang jawatan utama kerajaan.

Ini bermakna kadar kejayaan penjawat awam berbangsa Cina untuk memegang jawatan utama sektor awam adalah yang paling tinggi, diikuti India dan akhirnya barulah Melayu.

Pernah seorang guru saya (penulis) (seorang Profesor di universiti awam) memberitahu: Taraf pendidikan seseorang sama ada PhD atau Master atau Ijazah atau gelaran Profesor sekalipun hanya menunjukkan tahap pengetahuan

Ia belum tentu menunjukkan tahap kebijaksanaan.   [HSZ]

----

Adaptasi dari artikel asal by Abdul Rahim Hilmi Zakariya [ Kuala Terengganu ]

Editor; Helmy Network

 #TAGS : #BeritaPolitik  #PoliticsNews #
PerkhidmatanAwamNegara  #Ramasamy_DAP

RELATED POST ;

Jho Low selalu beri gambaran Zeti ada akses dengannya – Joanna
Apple Inc akan membuka Apple Store pertama mereka di Malaysia bertempat di TRX!
Mahkamah Luxembourg Batal Perintah Rampas Aset Petronas oleh Waris Kerabat
 Sulu

No comments