Mahkamah Luxembourg Batal Perintah Rampas Aset Petronas oleh Waris Kerabat Sulu

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Mahkamah Luxembourg Batal Perintah Rampas Aset Petronas oleh Waris Kerabat Sulu">
Kota Tua ( Old Town ) Luxembourg | instagram.com/miley.letmetalk/ Via, liputan6.com

Mahkamah Luxembourg Batal Perintah Rampas Aset Petronas oleh Waris Kerabat Sulu

  • Alhamdulillah! Allahu Akbar!!!  Steady Dato' Sri Azalina Othman Said! Menteri-Menteri UMNO juga yang perform. 

  • Anda semua tentu ingat tidak. Disebabkan kecelaruan tindakan Tommy Thomas sehingga kita kalah dengan tuntutan Waris Kerabat Sulu? 

  • Mahkamah Timbangtara (Court of Arbitration) Negara Sepanyol memerintahkan Malaysia membayar USD,14.92 billion kepada Kerabat Sulu kerana kononnya, kerana tidak bayar nilai pajakan tahunan Negeri Sabah. 

  • Kita sebenarnya bayar nilai pajakan setiap tahun kepada waris Kesultanan Sulu sejak sekian lama tetapi kini waris Kesultanan Sulu yang sah sudah tidak wujud. 4-5 sosok saja mengaku Kerabat Ke-Sultanan Sulu. Kerajaan Malaysia hendak bayar kepada siapa sepatutnya? 🤣

  • Tambahan pula Keturunan Kiram cs tersebut pernah melakukan serangan dan bvnuh tentera dan rakyat kita di Lahad Datu Negeri Sabah pada tahun 2013, yang mana ini sebenarnya telah mencabul perjanjian sejak sekian lama termaktub.

  • Akhirnya, Dato' Seri Najib Razak hentikan terus pembayaran pajakan ini. Mana mungkin kita hendak bayar kepada orang yang bvnuh tentera dan rakyat kita. Dan kemudian, para Lanun Sulu tunggu sampai Kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh pada tahun 2018, lepas itu mereka buat tuntutan di Mahkamah Sepanyol.
     
  • Tommy Thomas pula sebagai Peguam Negara (Attorney General) Malaysia pada ketika itu telah menulis surat kepada Mahkamah Sepanyol dan minta maaf atas tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bayar kepada Kerabat Sulu. Tommy Thomas offer bayar tunggakan pajakan RM 60 ribu ringgit. Padahal Kerabat Sulu tengah tuntut puluhan billion.🤣

  • Hakim Negara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa terus jadikan surat Tommy Thomas bukti pengakuan bersalah dan terus beri kemenangan dan pampasan puluhan billion kepada Kerabat Sulu. 

  • Kini kerajaan Malaysia berjaya mengenepikan perintah Mahkamah Sepanyol itu. Dimana perlantikan Dr Gonzalo Stampa berjaya dibuktikan tidak sah dan atas bantahan Malaysia, Mahkamah Sepanyol telah batalkan perlantikan Dr Gonzalo Stampa dan perintahnya juga dibatalkan. 

  • Satu kemenangan penting dalam mempertahankan Kedaulatan Negara Malaysia, khususnya Negeri Sabah.
    (*Adaptasi dari artikel Nabeel Naqie Six )

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Mahkamah Luxembourg Batal Perintah Rampas Aset Petronas oleh Waris Kerabat Sulu">

 FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -  Salah satu Mahkamah di Negera Luxembourg, Eropah telah bersetuju mengetepikan perintah yang membenarkan pihak yang mendakwa diri mereka sebagai waris ke-Sultanan Sulu merampas aset milik Negara Malaysia.

Ini dipercayai merujuk kepada dua anak syarikat Petronas yang dirampas oleh waris ke-Sultanan Sulu tahun lepas berikutan pertikaian Undang-Undang dengan Kerajaan Malaysia berhubung pajakan ke atas Negeri Sabah yang belum dibayar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-undang dan Reformasi Institusi) Dato' Sri Azalina Othman Said - yang mendedahkan perkembangan itu - menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan untuk Negara Malaysia.

Julai lalu, waris Kesultanan Sulu mendapat perintah penahanan untuk merampas aset Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang didaftarkan di Luxembourg.

Dalam istilah awam, penahanan merupakan proses Undang-Undang di mana harta, upah, atau aset penghutang, dipindahkan kepada mereka yang berhutang.

Tindakan waris Kesultanan Sulu merampas aset Petronas itu adalah sebahagian daripada permohonan mereka untuk menuntut AS$14.92 bilion (RM63.34 bilion - sehingga berita ini ditulis) daripada kerajaan Malaysia sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong bayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada ke-Sultanan Sulu pada 2013.

Waris ke-Sultanan Sulu pada mulanya membawa perkara itu kepada timbang- tara (Court of Arbitration) Negara Sepanyol pada Julai 2019, dan penimbang tara yang dilantik Dr Gonzalo Stampa membuat keputusan memihak kepada pihak yang menuntut.

Keputusan itu kemudiannya digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg.

"Kini Kerajaan Malaysia berjaya mengenepikan perintah Mahkamah Sepanyol itu. Dimana perlantikan Dr Gonzalo Stampa berjaya dibuktikan tidak sah dan atas bantahan Malaysia, Mahkamah Sepanyol telah batalkan perlantikan Dr Gonzalo Stampa dan perintahnya juga dibatalkan".

Malaysia berhujah bahawa Dr Gonzalo Stampa tidak layak (not deserved) untuk menimbang tara dalam kes itu kerana dia sedang disiasat oleh pendakwa raya (prosecutors) Negara Sepanyol atas dakwaan menghina perintah Mahkamah di Sepanyol dan Perancis.

Dato' Sri Azalina Othman Said, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Mahkamah di Negara Sepanyol telah membatalkan pelantikan Dr Gonzalo Stampa dan membatalkan keputusannya yang memihak kepada Kerabat Sulu.

Ini menyebabkan Kerajaan Malaysia memfailkan pelepasan sementara dengan menarik balik perintah penahanan dan perbicaraan yang berlangsung pada 5 Dis, katanya.

“Keputusan ini membuktikan dasar Kerajaan untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Negara Malaysia dalam setiap forum bagi memastikan kepentingan, imuniti kedaulatan dan Kedaulatan Malaysia dilindungi dan dipelihara sepanjang masa".

"Kerajaan akan berusaha untuk mencapai matlamat ini,"  kata-Dato' Sri Azalina Othman Said.  [HSZ]

Resources ;  Via, Mkini

Editor; Romy Mantovani

 #TAGS : #BeritaPolitik,  #PoliticsNews, #PRU15, #BarisanNasional. #UMNO_BN,

No comments