Apple Inc akan membuka Apple Store pertama mereka di Malaysia bertempat di TRX!

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Apple Inc akan membuka Apple Store pertama mereka di Malaysia bertempat di TRX! ">

Selain dari Apple Store di TRX. Apple HQ di London,UK. juga akan dibuka di Battersea, sebuah aset dan projek milik Malaysia yang dibuat oleh DS Najib Razak- Image by NabeelNaqie

Apple Inc akan membuka Apple Store pertama mereka di Malaysia bertempat di TRX!

  • Terima kasih Dato' Seri Najib Razak.!  Apple Inc akan membuka Apple Store pertama mereka di Malaysia bertempat di TRX! 

  • Untuk pengetahuan Anda semua, sehingga kini hanya 25 negara di dunia saja yang ada Apple Store. Satu-satunya Negara di Asia Tenggara sebelum ini yang menjadi tempat beroperasi Apple adalah di Singapura.
     
  • Pada tahun 2016, Dato' Seri Najib Razak telah pergi ke USA dan melawat syarikat Apple dan melobi terus kepada mereka supaya menjadikan Malaysia sebagai 'hub Apple store'.  Kini, sekalipun Dato' Seri Najib Razak telah dipenjarakan. Jasa beliau masih terus menerus menghujani Negara kita. 

  • Kehadiran Apple ke Malaysia akan membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi buat rakyat Malaysia, pemindahan teknologi serta membawa pelaburan jangka panjang yang lumayan buat Negara! 

  • Semoga Allah merahmati Dato' Seri Najib Razak dan membebaskan beliau segera dari penjara dan kezaliman. Aamiin,Ya, Rabbal 'Alamin.


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Apple Inc akan membuka Apple Store pertama mereka di Malaysia bertempat di TRX! ">
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -  Walaupun ramai yang memuji Dato' Seri Najib Razak dengan berita baru-baru ini bahawa syarikat Apple sedang mencari staf pekerja untuk kedai rasmi pertamanya di Malaysia di TRX tidak lama lagi dan untuk produk Mac Mini yang bakal dibuat di Malaysia. Kita cukup sedih melihat perkembangan bangunan TRX telah terbantut sejak 5 tahun yang lalu.

Selain jasa Dato' Seri Najib Razak yang melobi Apple untuk membuka Apple Store di Negara kita sehingga menjadi kenyataan kini, tempat di mana Apple akan membuka store pertama mereka itu juga adalah jasa Dato' Seri Najib Razak.

Bangunan TRX adalah merupakan projek 1MDB dan merupakan antara hartanah yang paling bernilai di negara kita.
Syarikat-syarikat gergasi dunia amat berminat untuk melabur di TRX ketika zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Malangnya, 3 regime pemerintahan selepas BN telah GAGAL untuk menarik waima satu pelabur pun atau penyewa ke TRX.
Ini berlaku, sungguhpun politicy Parti DAP, Guan Eng ketika menjadi Menteri Kewangan pemerintahan Pakatan Harapan, telah mengatakan bahawa Projek TRX adalah aset terbaik Malaysia dan mempelawa pelabur-pelabur datang ke TRX.
Namun, tiadapun company yang berminat.

Imej senarai penyewa dan rakan kongsi TRX yang terkenal.Image by Lim Sian See

   
Be Smart, Read More ;

Mahkamah Luxembourg Batal Perintah Rampas Aset Petronas oleh Waris Kerabat Sulu
Keputusan Kes Gangguan Audit 1MDB Najib, Arul Kanda ditangguhkan kepada 3 Mac 2023
Masalahnya ialah SEMUA penyewa dan pelabur utama di TRX semuanya tertarik dan telah ditandatangani SEBELUM Pilihanraya (PRU)-14, tahun 2018.
Ke semua pelaburan di TRX datang ketika zaman Dato' Seri Najib Razak saat menjadi Perdana Menteri.
Link: https://www.nst.com.my/.../lge-describes-rm40b-trx-one...
1- Lend Lease (perjanjian 60-40 dengan 1MDB) telah ditandatangani pada 2015 dan pusat membeli-belah itu adalah tempat kedai Apple yang baharu. 2- Kumpulan Mulia (Exchange 106) yang ditandatangani pada 2015 3- Ibu Pejabat HSBC Bank Malaysia - ditandatangani pada 2017 4- Ibu Pejabat Prudential Malaysia - ditandatangani pada 2016 5- Ibu Pejabat Affin Bank - ditandatangani pada 2017- CCCC – Ibu Pejabat Wilayah Asean - ditandatangani pada 2016 6. CCCC – Asean Regional Headquarters - tahun 2016 7- CCCG dan WCT (Kediaman teras) - ditandatangani pada 2015 8. Tabung Haji development (kini dijual oleh PH Guan Eng dan Mujahid kepada Urusharta Jamaah) - dijual kepada TH pada 2015 pada zaman Najib. 9- Veolia Water - ditandatangani pada 2014 10. Terkini Apple datang ke TRX juga adalah kerana usaha Najib menarik mereka pada tahun 2016 di Amerika Syarikat. Malah usaha untuk membawa masuk kedai Apple ke TRX bermula sebelum PRU14. Tetapi sejak PRU14, 3 kerajaan berturut-turut tidak dapat menarik satupun pelabur nama besar ke TRX sejak 5 tahun lalu.

Lebih parah dari itu, projek tergendala dan tak bergerak sampai sekarang selepas anak syarikat MOF takeover.
Demikianlah kesialan yang menimpa Negara Malaysia dan Umat kita apabila tangan-tangan bodoh mengundi ketika pilihanraya.
Negara kita jauh lebih aman, makmur dan kaya ketika zaman pemimpin yang di ratibkan oleh Tun Mahathir sebagai seorang ‘penyamun’ iaitu Dato' Seri Najib Razak.

Pengkritik mungkin akan cuba memburukkan Dato' Seri Najib Razak. atau 1MDB tetapi ia adalah hakikat bahawa Dato' Seri Najib Razak. mampu menarik pelaburan nama besar ke dalam TRX. Lim Sian See )  [HSZ]

Editor; Romy Mantovani

 #TAGS : #BeritaPolitik,  #PoliticsNews, #PRU15, #BarisanNasional. #UMNO_BN,

VIDEO ;  


No comments