Portrait 𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?

<img src="https://fazryan87.blogspot.com/gambar-tumbler-tuku.jpg" alt="𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?"/>

Portrait 𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?

"Bagaimana sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia, musim monsun dan laluan Laut Andaman --  Selat Melaka, menjadikan Malaysia sasaran utama pelarian laut"

PROLOG: Setiap tahun, ketika Rakyat Malaysia sibuk dengan politik, ekonomi dan isu harian, satu lagi pergerakan senyap mula berlaku di lautan. Dari Teluk Bengal hingga Laut Andaman, bot-bot kayu sarat manusia mula bergerak perlahan menuju Selat Melaka. Ada yang menganggap ia sekadar isu kemanusiaan. Tetapi bagi pemerhati keselamatan maritim. Ini adalah pola tahunan yang semakin membimbangkan dan melibatkan sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia rentas sempadan.

<img src="https://fazryan87.blogspot.com/gambar-tumbler-tuku.jpg" alt="𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?"/>

 CAKRAWALA NEWS l Apakah Anda pernah perasan, kebanyakan bot-bot pelarian Etnik Rohingya dan Bangladesh mula muncul menuju ke Negara Malaysia pada bulan-bulan tertentu setiap tahun?

Menurut pemerhatian pengkaji keselamatan maritim dan laporan pemantauan serantau, pergerakan bot pelarian Etnik Rohingya dan Bangladesh biasanya meningkat sekitar penghujung Julai hingga kemuncaknya antara Oktober dan November.

Kebanyakan etnik Rohingya ini berasal dari Daerah Rakhine, Myanmar, namun ramai ditempatkan di kem-kem pelarian Cox Bazaar di Bangladesh sebelum sebahagian mereka cuba keluar melalui laut menuju ke Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia.


<img src="https://fazryan87.blogspot.com/gambar-tumbler-tuku.jpg" alt="𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?"/>

Kenapa mereka memilih musim tertentu untuk belayar?

Antaranya kerana faktor cuaca dan angin laut yang lebih sesuai untuk perjalanan bot kayu dan kapal kecil. Selain itu, kos penyeludupan menggunakan kapal moden sangat mahal, menyebabkan sindiket pemerdagangan manusia lebih banyak menggunakan bot tradisional dan tongkang kecil.

Ramai mungkin tidak sedar, perjalanan mereka merentas Laut Andaman hingga ke Selat Melaka bukanlah perjalanan spontan. Ia melibatkan rangkaian sindiket, laluan laut tertentu, dan musim yang telah diperhatikan sejak bertahun-tahun.

<img src="https://fazryan87.blogspot.com/gambar-tumbler-tuku.jpg" alt="𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?"/>

<img src="https://fazryan87.blogspot.com/gambar-tumbler-tuku.jpg" alt="𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?"/>

Persoalannya sekarang: Adakah negara kita benar-benar bersedia menghadapi gelombang kemasukan ini setiap tahun?  [HSZ]

⚠️ 𝗗𝗶𝘀𝗰𝗹𝗮𝗶𝗺𝗲𝗿:

This article is for information and education purposes only and does not contain any elements of hate speech, incitement, or calls for violence that are not justified or violate the law.

<img src="https://fazryan87.blogspot.com/gambar-tumbler-tuku.jpg" alt="𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔: 𝗚𝗲𝗹𝗼𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻?"/>

Author:  Helmy El-Syamza
Illustration Image, Doc:
CAKRAWALA NEWS

Follow me at;
facebook.com/helmyzainuddin
CAKRAWALA NEWS:
https://t.me/cakranews

www.tiktok.com/@romymantovani
twitter.com/romymantovani

 TAGS: Strait of Melaka in 2026, 
RemoveRohingya, MalaysiaFirst, KeselamatanNegara, Etnik Rohingya, Etnik Bangladesh, Analisis, JOURNALS, News, 


🧾 Penafian

Artikel di Helmy Network Geopolitical Insight disusun daripada sumber terbuka dan analisis bebas. Segala pandangan adalah bersifat akademik, tidak mewakili mana-mana kerajaan atau organisasi, serta bertujuan untuk pendidikan dan perbincangan umum. Kami komited terhadap etika kewartawanan, ketelusan data, dan penyampaian analisis berfakta.

🧾 Disclaimer

Articles on Helmy Network Geopolitical Insight are based on open sources and independent analysis. All views expressed are academic in nature, not representing any government or organization, and intended solely for educational and public discussion purposes. We are committed to journalism ethics, data transparency, and fact-based reporting.

© 2025 Helmy Network Geopolitical Insight. All rights reserved.

No comments

Cakrawala News Logo