Tentang Jazirah Arab-1
Tentang Jazirah Arab-1
Bagian-1-PENDAHULUAN
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
"Rindu kami padamu Ya, Rasulullah. Rindu tiada terperi. Berabad jarak darimu Ya, Rasulullah. Serasa dikau disini. Cinta Ikhlasmu pada manusia bagai cahaya syurga. Dapatkah kami membalas Cintamu secara bersajak dan bershalawat padamu".
"Kerinduan yang amat sangat padamu Ya, Rasulullah"
[ Cuplikan Sajak Bimbo muzik band "70an ]
FORTUNA MEDIA - Sahabat fillahku, sesungguhnya Jazirah Arab itu tidak hanya terdiri atas gurun pasir. Ada banyak tanah subur yang telah dihuni sejak lama. Tanah-tanah subur itu terutama terletak di daerah pantai-- seperti Yaman, Yamamah - Hadramaut, dan Ahsa. Di bagian tengah Jazirah Arab ada sebuah wilayah subur lain bernama Najd. Wilayah ini dikenal sebagai tempat asal kuda Arab yang termahsyur ke mana-mana.
Najd dan Yamamah juga terkenal sebagai penghasil gandum. Demikian banyak gandum yang dihasilkan sehingga konon mampu memenuhi keperluan seluruh penduduk Jazirah Arab yang ketika Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam dilahirkan berjumlah sekitar 10 juta- 12 juta jiwa. Di kota Madinah Al-Munawarah terdapat bukit-bukit yang baik untuk ditanami. Sementara itu- kota Thaif terkenal kerana buah-buahannya.
Di luar daerah-daerah subur, Jazirah Arab dipenuhi gunung dan bukit-bukit batu yang besar. Tidak ada sungai mengalir. Suhu udaranya sangat panas. Kerananya, penduduk Arab umumnya suka mengembara. Mereka suka berpindah ke tempat mana saja yang dapat memenuhi keperluan hidup sehari-hari berserta haiwan-haiwan ternak mereka.
Nah, esok kita lanjutkan dengan berkenalan lebih jauh dengan penduduk Arab ya.😊Insya Allah.
📝Catatan tambahan 📝
Unta
Unta adalah kendaraan yang sangat diandalkan penduduk gurun pasir. Ia dapat mengarungi gurun selama 17 hari tanpa minum. Walaupun perlahan-- jika dipacu unta dapat menempuh jarak sampai 300 km dalam sehari. Unta mahu malahap ranting dan rumput pahit yang di jauhi kambing. Unta juga mahu minum air berlumpur dan mengubahnya menjadi susu bermutu tinggi yang dapat digunakan sebagai obat tetes mata. Dagingnya dimakan--bulunya dibuat tali-- kulitnya dapat menjadi aneka alat/perkakas. Mulai dari sandal/terompa sampai atap dan perisai perang. Air seninya menjadi shampoo pencuci rambut. Kukunya dibakar dan diulek/ditumbuk menjadi bahan untuk obat luka atau adonan kue.
Kotoran-najisnya dapat dipakai sebagai bahan bakar. Unta adalah kurnia Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk penduduk gurun pasir. [HSZ]
Kisah diambil dari buku Muhammad Teladanku Jilid 1
To be Continued.....
Editor: Helmy El-Syamza
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz
Shallu 'alan Nabi...
💐 Semoga Kita Mendapat Barokah Allah 'Azza Wa Jalla.
آمينَ يا رَبَّ الْعلَمِيْنَ ..بَارَكَ اللهُ فِيْك
Untuk Anda yang belum baca siri KISAH RASULULLAH ﷺ صل الله عليه و سلم yang sebelumnya,
Anda boleh baca disini ; The Story of The Prophet Muhammad SAW
RELATED POST
No comments
Post a Comment