Pegawai Penyiasat kes #1MDB Setuju Datuk Seri Najib Razak Tidak Beli Kapal Mewah
Ilustrasi Image by freemalaysiatoday.com |
Pegawai Penyiasat kes #1MDB Setuju Datuk Seri Najib Razak Tidak Beli Kapal Mewah
- Seorang pegawai penyiasat (investigating officer) kes pengubahan wang haram #1MDB setuju dengan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak bahawa bekas Perdana Menteri itu membayar jutaan ringgit daripada dana yang sah kepada individu dan entiti politik.
- Saksi pendakwaan ke-48 Foo Wei Min bersetuju dengan peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah bahawa dana sah daripada akaun bekas menteri kewangan itu juga tidak pernah digunakan untuk membeli kapal mewah. (https://m.malaysiakini.com/news/685744 )
- Sekian lama, Datuk Seri Najib Razak difitnah bahawa dia guna dana #1MDB untuk beli kapal mewah. Akhirnya, saksi pendakwaan yang juga pakar money trail dari #PDRM berkata ini tidak benar. Malah saksi pendakwaan juga memberitahu bahawa Najib banyak menerima dana yang "sah" dari Arab Saudi yang digunakan untuk kerja #CSR dan politik - bukan untuk pribadi.
- Jadi, apa pula dengan cerita gambar Datuk Seri Najib Razak dengan Jho Low di atas kapal mewah yang pernah menjadi tular?
- Jika Raja Arab Saudi baru beritahu kamu dia nak buat Joint-Venture antara Arab Saudi dengan Malaysia melalui syarikat milik anak dia dan anak dia jemput kamu untuk naik kapal untuk bincang, adakah kamu akan sambut jemputan itu?
- Sebenarnya peristiwa ini sudah diberitahu dalam mahkamah dan juga tertulis dalam buku "billion dollar whale".
- Ramai Raykat (kumpulan rakyat anti Najib) yang fikir meeting atas kapal ini adalah untuk rancang bagaimana nak rompak 1MDB: Salah!
- Ramai Raykat yang juga fikir gambar ini diambil diatas kapal Equanimity milik Jho Low: Salah!
(Datuk Seri Najib Razak tak pernah tahu wujudnya kapal Equanimity dan tak penah naik kapal itu)
- Kami pun pelik kenapa ramai sebagian Rakyat Malaysia percaya gambar Ogos 2009 itu adalah atas kapal Equanimity. Sedangkan kapal itu masa 2009 belum mula dibina dan hanya siap dan dilancar pada akhir tahun 2013: https://www.superyachttimes.com/.../oceanco-launches-91...
Makin lama makin terbukti, apa yang Datuk Seri Najib Razak buat sebelum ini adalah betul. #HSR, #ECRL, #PanBorneo, #GST, #MCKIP, #BRIM dan #MRT3.
Sedihnya Datuk Seri Najib Razak mangsa konspirasi. #1MDB diguna untuk jatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Ramai tidak sedar hutang #1MDB hampir selesai dibayar. Ini diumum oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Maslan pada 7 November 2023 lalu.
Setakat 30 September 2023 baki hutang 1MDB ialah RM5.15 Bilion. Dijangka pada tahun 2024 #IPIC akan bayar AS$1 Bilion (RM4.65B). Bermakna hutang #1MDB selesai.
Sepatutnya hutang 1MDB sudah lama selesai. Tetapi Tun M sengaja melengahkannya. Itu akan menutup naratif duit 1MDB hilang dicuri oleh Datuk Seri Najib Razak.
Malangnya ada pula pihak ambil kesempatan. Yuran guaman untuk tuntut hutang itu katanya ratusan juta ringgit. Elok disiasat kalau ada parti politik dapat habuan?
Sekarang projek bandar #TRX oleh #1MDB hampir siap. Ia beri pulangan besar kepada negara. Kalau projek Bandar Malaysia tidak diganggu juga menguntungkan negara.
Persoalannya kenapa saman sivil menuntut USD $8 bilion dari Datuk Seri Najib Razak diteruskan. Masih mahu menginayai Datuk Seri Najib Razak sedangkan hutang 1MDB selesai? Cukup cukuplah !!.[HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB, #SRC,
No comments
Post a Comment