Kenapa Mahkamah Rayuan kes #SRC kata Derma Arab ialah "Cerita Dongeng Seumpana Hikayat 1001 Malam"?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kenapa Mahkamah Rayuan kes #SRC kata Derma Arab ialah "Cerita Dongeng Seumpana Hikayat 1001 Malam"?">

Kenapa Mahkamah Rayuan kes #SRC kata Derma Arab ialah "Cerita Dongeng Seumpana Hikayat 1001 Malam"?

Biarpun kes SRC RM42 juta Datuk Seri Najib Razak adalah kompleks tapi kita boleh lihat dengan jelas bahawa kelajuan kes dia adalah sangat laju berbanding kes-kes lain.

Sebab itu Datuk Seri Najib Razak:

  • tidak dibenarkan sebarang penangguhan untuk bertukar peguam, 

  • tiada satu bukti baharu yang diminta Najib dibenarkan,

  • peguam Najib tidak benar ditarik diri dan perlu duduk diam dalam mahkamah sehingga Najib dihantar ke dalam tanpa diwakil

  • penghakiman bertulis kes ini telah ditulis dan menjadi tular biarpun pihak pendakwaan belum selesai menghujah.

Supaya Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara sebelum PRU15-2023 dan tidak berpeluang untuk berkempen.

Perkara-perkara seperti ini tidak akan dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara lain dalam dunia.

Dan jika berlaku pun, ianya akan menjadi satu skandal amat besar di sana.[Lim Sian See ]

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kenapa Mahkamah Rayuan kes #SRC kata Derma Arab ialah "Cerita Dongeng Seumpana Hikayat 1001 Malam"?">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kenapa Mahkamah Rayuan kes #SRC kata Derma Arab ialah "Cerita Dongeng Seumpana Hikayat 1001 Malam"?">


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kenapa Mahkamah Rayuan kes #SRC kata Derma Arab ialah "Cerita Dongeng Seumpana Hikayat 1001 Malam"?">
   FORTUNA MEDIA - BICARA SRC l Kenapa Mahkamah Rayuan kes SRC kata derma Arab ialah cerita dongeng seumpana Hikayat 1001 Malam?

  Sedangkan:

  1. "Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

  Perkara itu disahkan Pegawai SPRM, Rosli Husain, 54, ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak."

   https://www.bharian.com.my/.../najib-terima-rm642-juta...

 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Kenapa Mahkamah Rayuan kes #SRC kata Derma Arab ialah "Cerita Dongeng Seumpana Hikayat 1001 Malam"?">

2. "Dikatakan bahawa sebahagian daripada wang itu adalah derma daripada 'Putera Faisal Al Turki' dan Menteri Kewangan Arab Saudi. Perkara ini disahkan oleh R. Uma Devi, Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan apabila disoalbalas oleh peguam Datuk Seri Najib Razak, Harvinderjit Singh."

  https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/25878

   3. "Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu wang hampir AS$20 juta daripada 'Prince Faisal Turkey' atau Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud, dimasukkan ke dalam akaun AmPrivate Banking MR milik Datuk Seri Najib Razak. Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 67, mengesahkan perkara itu selepas dirujuk salinan dokumen transaksi Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT) pada Februari dan Jun 2011 masing-masing."

   https://www.bharian.com.my/.../hampir-as20-juta-daripada...

   Hakim-hakim Mahkamah Rayuan bercakap begitu sebab keputusan mereka adalah berdasarkan penghakiman bertulis Hakim Nazlan di peringkat Mahkamah Tinggi.

   Penghakiman bertulis (seperti dilampir) Hakim Nazlan turut mengakui terdapat pemindahan dana dari Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada akaun bank atas nama Datuk Seri Najib Razak.

   AKAN TETAPI Hakim Nazlan menolak ianya adalah derma dari Raja Abdullah dengan alasan bahawa rekod transaksi penghantar dari Arab Saudi hanya merupakan Putera keluarga diraja Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan bukan atas nama peribadi Raja Abdullah. Transaksi-transaksi tersebut juga tidak sebut secara jelas bahawa ianya adalah "derma".

   Dengan alasan-alasan itu, Hakim Nazlan menolak pembelaan bahawa Najib fikir dia sedang menggunakan derma dari Arab Saudi sebab dia tidak pernah dimaklumkan dan tidak pernah arahkan wang RM42 juta yang dikatakan berasal dari SRC untuk dimasukkan ke dalam akaun dia.

   Namun yang paling pelik ialah Hakim Nazlan tidak menjelaskan kenapa Putera Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Arab Saudi sudi menghantar dana ratusan juta kepada Najib jika ianya bukan derma yang dijanji Raja Abdullah.

   Adakah Raja Abdullah tidak boleh bertitah putera dan Kementerian Kewangan Negara beliau untuk menghantar derma kepada Datuk Seri Najib Razak?

   Atau adakah Raja Abdullah perlu pergi ke kaunter bank secara peribadi untuk menghantar wang kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menyakinkan Hakim Nazlan?

   Dalam undang-undang, the "Benefit of the Doubt" patut berpihak kepada tertuduh. Bukan hanya berdasarkan andaian hakim.

   Lebih malang ialah biarpun bukti-bukti tersebut dari beberpa pihak adalah terlalu jelas, Mahkamah Rayuan berdasarkan penghakiman Nazlan telah mengeluarkan kenyataan bahawa derma Arab merupakan satu cerita dongeng biarpun pihak bank, pihak SPRM dan rekod transaksi bank jelas membuktikan terdapat pemindahan ratusan juta dari Arab Saudi kepada Najib termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.

   Ini adalah satu dari banyak lagi alasan luar biasa penghakiman yang menyebabkan kami dan Datuk Seri Najib Razak amat tidak berpuas hati dan tetap percaya bahawa Datuk Seri Najib Razak telah dinafikan perbicaraan yang adil melalui Hakim Nazlan yang langsung tiada pengalaman kes jenayah mahkamah tinggi ketika beliau dilantik untuk gantikan hakim Sofian setelah perbicaraan kes SRC bermula.

   Pada bulan Mac lalu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang juga pengerusi panel semakan kehakiman kes SRC Najib juga berpendapat bahawa Datuk Seri Najib Razak telah dinafikan perbicaraan yang adil.

   Bekas Hakim Negara YAA Tun Abdul Hamid  pula berkata:

   “Beberapa tindakan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun berhubung dengan pengendalian kes (SRC Najib) ini menambah lagi kecurigaan.”

   Manakala Bekas Hakim Rayuan YA Datuk Hamid Sultan Abu Backer berpendapat bahawa: "Perbicaraan (kes SRC) Najib telah menyaksikan banyak kontroversi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah”. [HSZ]

Adaptasi dari status NajibRazak

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB, #SRC,

  RELATED POST,


PUISI : "Bila Kau Tak Mau Bersuara" 

No comments