Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024

  • Menara 118 milik PNB (Kumpulan Permodalan Nasional Berhad) dijangka pada siap akhir tahun 2021 ini. Paling lambat, tahun 2022.
  • Setelah siap, ia akan menjadi bangunan kedua tertinggi dalam dunia selepas bangunan Burj Khalifa di Dubai, UAE.
  • Saya (Dato' Seri Najib Razak-DSN) agak kesal bahawa ekonomi negara semakin lemah sejak 3 tahun dahulu dan ada kebimbangan bahawa kedua bangunan tinggi ini akan mengalami cabaran untuk dipenuhi penghuni pada masa kini.

  • Tapi saya (DSN) percaya dan berharap ini adalah masalah tempoh jangka pendek dan kedua bangunan ini akan dipenuhi pada masa depan.(Edited artikel facebook Najib Razak Juma'at 26 Februari 2021 )
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

   FORTUNA MEDIA - Menara Merdeka 118 - Menara kedua tertinggi didunia PNB118 (678.9m) bakal dilancarkan bulan depan - Januari 2024

   Pemilik bangunan kedua tertinggi didunia itu, Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga dijangka mula memindahkan operasinya ke menara itu, dalam masa terdekat.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

   Pembinaan yang bermula sejak 2016 sudahpun selesai dan warga kerja Kumpulan PNB akan mula berpindah secara berperingkat seawal minggu depan.
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

   Beberapa penyewa utama seperti Kumpulan Maybank akan mula berpindah ke menara itu pada 2025. Operasi hotel Park Hyatt bertaraf lima (5) bintang, yang menduduki tingkat 100 hingga tingkat 117 dengan 252 bilik pula dijangka mula beroperasi pada tahun depan manakala pusat beli belah 118-Mall dijangka siap pada 2025.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

   PNB memiliki Merdeka 118 melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures dan sehingga kini, 70 peratus daripada menara itu sudah disewa.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

   Reka bentuk Merdeka 118 adalah berdasarkan susuk tubuh Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra yang mengangkat tangan sambil melaungkan laungan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957.


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

   Staff PNB pula bakal berpindah secara berperingkat seawal-awalnya minggu depan (17 Tingkat) dan diikuti oleh staff Maybank (maintenant) dan lainnya. Maybank sewa 33 Tingkat. Menurut sumber sehingga kini PNB118 sudah ada lebih 70% penyewa..

   Hotel Mewah Park Hyatt bakal dibuka tahun depan (17 Tingkat) manakala PNB Mall bakal dibuka pada hujung 2024/2025..

   Dan beberapa hari ini viral di media social bahwa, PNB Mall ada "indoor forest" dan beberapa tarikan ala-ala macam Singapore Changi Airport.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

    Banyak juga view menarik di PNB118 antaranya "observation deck" dan Restoran-restoran serta Kedai-Toko souvenirs di dua (2) Tingkat tertinggi. Manakala diatas tower tajam tu (Spire) Anda boleh naik dan ada lift berkaca dekat luar bagian tepi Bangunan untuk Anda tengok view metropolitan city Kuala Lumpur.

   Dan terdapat juga Muzium dan Masjid yang boleh memuatkan sehingga 3,000 jamaah. Kompleks Stadium Merdeka juga dikhabarkan bakal ada perubahan baru.

   Yang lebih hebatnya bakal ada laluan train terus ke stesen MRT Merdeka.

    Beberapa Projek Perumahan Mewah jugak bakal dibina antaranya :

   Merdeka Residences East Tower - 65 Tingkat  

   Merdeka Residences West Tower - 63 Tingkat 

   Satu lagi adalah Oakwood Premier Kuala Lumpur Serviced Residences.

   Manakala Persatuan Basketball Malaysia (MABA) pula bakal membangunkan Projek Condominium Mewah MABA Suitez KL Centre  iaitu 2 - Blok Condominium Mewah 60 Tingkat - 1,200 units diatas tanah mereka bersebelahan PNB118 dengan kerjasama Pemaju perumahan terkenal, Exsim Development Sdn Bhd. MABA juga bakal menempatkan Persatuan Basketball mereka disana.
[Adaptasi artikel Via, 
Rizal Hakimm Punyer & pelbagai media]


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menara Merdeka-118 Kebanggaan Malaysia bakal dilancarkan Januari 2024">

     Edited artikel dari facebook 
Najib Razak 

 [Khamis 25 November 2021]


       
Semalam saya (Dato' Seri Najib Razak) ada menyebut mengenai keupayaan PNB dalam pembangunan bercampur di mana saya sarankan PNB bersama KWSP untuk mengambil alih projek Bandar Malaysia kerana mereka telah terbukti memajukan projek Battersea di London.

    Kebetulan beberapa hari lalu, saya melalui kawasan pembangunan Menara Merdeka 118.

    Di Negara Malaysia ini, antara mercu tanda yang bakal menjadi kebanggaan kita selain bakal menawarkan lebih 10,000 pekerjaan ialah Menara Merdeka 118 yang dibangunkan PNB.
 

    Pada Mac 2016, saya menamakan projek Warisan Merdeka ini kepada Menara Merdeka-118 dan hari ini kita sudah melihat struktur bangunan ini sudah menghiasi bandaraya Kuala Lumpur.

   Bangunan kedua tertinggi dalam dunia ketika ini.

   Pembangunan ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar sedap mata memandang tetapi mempunyai impak nilai tinggi kepada sektor perniagaan, masyarakat serta mewujudkan peluang pekerjaan dan Menara Merdeka 118 ini juga bakal memanfaatkan penyimpan/penabung ASN, ASB dan akaun-akaun amanah yang dikendalikan PNB.

   Projek ini bakal memberi impak ekonomi sebanyak RM11 bilion.
 

   Saya berbangga kerana pembangunan Menara Merdeka 118 ini dibangunkan bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium di mana kedua-duanya akan dikekalkan dan dipelihara. 

  Kita mesti tak lupa sejarah Stadium Merdeka yang amat signifikan kepada kita semua di mana di sinilah pengisytiharan Malaysia Merdeka dibuat pada 31 Ogos 1957 serta pengisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
  

  Pembangunannya juga terperinci kerana ia akan dihubungkan dengan stesen MRT Merdeka, stesen Monorel Maharajalela dan berdekatan dengan jajaran LRT sedia ada.

  Seperti yang saya sebutkan, akhirnya nanti projek ini akan memberi manfaat kepada kroni PNB iaitu penyimpan di ASN dan ASB. Saya ingin ucapkan tahniah kepada PNB yang berjaya melaksanakan satu projek yang memberi impak ekonomi kepada negara.

"Nov 2021: Menara Merdeka 118 kebanggaan rakyat Malaysia"


No comments