Mungkinkah pemulangan Roger Ng ke Malaysia untuk membantu siasatan bakal membebaskan Datuk Seri Najib?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Mungkinkah pemulangan Roger Ng ke Malaysia untuk membantu siasatan bakal membebaskan Datuk Seri Najib?">
Pendakwa raya AS mendedahkan, Roger Ng mungkin memiliki keterangan yang berpotensi membebaskan Najib Razak daripada pertuduhan berkait skandal 1MDB.[

Mungkinkah pemulangan Roger Ng ke Malaysia untuk membantu siasatan bakal membebaskan Datuk Seri Najib?

"Datuk Seri Najib belum diberi bukti berpotensi bebaskannya, walaupun perolehi perintah mahkamah
Keterangan itu dikatakan boleh diperolehi Roger Ng, yang dihalang mendedahkannya atas perintah hakim".

  • Sinopsis; Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng Kok Wah, mungkin memiliki keterangan yang berpotensi membebaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan berkait skandal 1MDB, media FMT difahamkan.

  • Perkara ini didedahkan pendakwa raya (prosecutors) AS kepada Hakim Margot K Brodie dalam persidangan pada 23 Mac bagi prosiding jenayah terhadap Roger Ng di daerah timur New York.

  • Dalam sidang tersebut, penasihat undang-undang pemerintahan AS memberitahu Hakim Margot K Brodie, data yang terkandung dalam komputer pelayan Goldman Sachs telah dikeluarkan kepada pihak peguambela Roger Ng, sebagai sebahagian dari proses penzahiran keterangan dalam prosiding jenayah terhadapnya.

  • Data berkenaan, dipercayai secara asalnya tersimpan dalam sekurang-kurangnya dua telefon bimbit milik bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, boleh membantu membersihkan nama Datuk Seri Najib, kata pendakwa raya.

  • Tim Leissner menyerahkan alat peranti jenama Blackberry yang digunakan atas tujuan kerja kepada majikannya pada 19 Januari 2016.

  • Hakim turut diberitahu bahawa Goldman Sachs telah menghapuskan data dari telefon bimbit berkenaan dan menyimpannya dalam komputer pelayan.

  • Dalam surat bertarikh 12 Mac, firma guaman Brafman & Associates menuduh Goldman Sachs “dilindungi secara aktif oleh pemerintahan AS”.

  • Peguambela Roger Ng dalam surat berkenaan turut menuduh bahawa pemerintahan AS sanggup campurtangan “menerusi mahkamah di sebuah daerah lain untuk menghalang Goldman Sachs dan Tim Leissner mematuhi proses perundangan yang diarahkan oleh sebuah mahkamah lain, jelas membuktikan bahawa Goldman Sachs adalah sebahagian pasukan pendakwa raya”.

  • Menurut peguambela Roger Ng, campurtangan itu adalah permohonan oleh pihak pendakwaan untuk menangguhkan perintah penzahiran keterangan yang berjaya didapatkan Datuk Seri Najib daripada Hakim Katherine Parker dari Mahkamah Daerah selatan New York.

  • Perintah itu untuk sepina(subpoena) dikeluarkan terhadap Goldman Sachs dan Tim Leissner bagi memperolehi dokumen dan keterangan yang berpotensi membantu Datuk Seri Najib dalam pembelaannya terhadap kes jenayah yang beliau hadapi di Kuala Lumpur.

  • Bagaimanapun pada 8 Feb, pemerintahan AS memohon untuk mencelah dan menangguhkan prosiding penzahiran keterangan, sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang berasingan terhadap Goldman Sachs, Leissner, dan Roger Ng, serta ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.

  • Sehingga kini, sesi pendengaran bagi permohonan kerajaan AS masih belum dimulakan.

  • Susulan perkembangan kes Roger Ng, Datuk Seri Najib mengemukakan untuk campur tangan dalam kes Roger Ng bagi mendapatkan suatu perintah daripada Hakim Margot K Brodie, yang akan membolehkan peguam Datuk Seri Najib mengakses keterangan yang disifatkan peguam sebagai berpotensi bersifat ekskulpatori.

  • Keterangan bersifat 'ekskulpatori' adalah keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan.

  • Permintaan itu, yang dibantah pendakwa raya(prosecutors)AS dan Roger Ng, ditolak Hakim Margot K Brodie minggu lepas, sekaligus menyebabkan Datuk Seri Najib tiada akses kepada keterangan yang mungkin membersihkan namanya, walaupun Roger Ng memiliki keterangan itu.

  • Roger Ng dan barisan peguamnya dihalang mendedahkan keterangan berkenaan atas perintah Hakim Margot K Brodie sebelum itu.[freemalaysiatoday.com]

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Mungkinkah pemulangan Roger Ng ke Malaysia untuk membantu siasatan bakal membebaskan Datuk Seri Najib?">

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR- BICARA 1MDB l Berita bahawa hukuman penjara Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng Kok Wah ditangguh dan dia bakal dibawa pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan terhadap kes 1MDB ini akan disambut baik peguam Najib.

Pada tahun 2021, peguam Roger Ng iaitu firma terkenal Brafman & Associates pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata bahawa Roger Ng dan peguamnya memiliki bukti-bukti yang digelar peguam itu sebagai "ekskulpatori" berhubung Datuk Seri Najib Razak, yang bakal membuktikan Datuk Seri Najib bukan dalang 1MDB tetapi kebenaran sebenar telah sengaja disorok daripadanya oleh boss dia di Goldman Sachs dan Jho Low.

(Kenyataan bekas boss Roger Ng iaitu Tim Leissner di mahkamah Amerika Syarikat tahun lepas juga tidak pernah tuduh Datuk Seri Najib sebagai dalang utama ataupun terlibat dalam skandal 1MDB)

Keterangan bersifat ekskulpatori adalah keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan tetapi dihalang oleh DOJ dan mahkamah Amerika Syarikat untuk didedahkan atau diberi kepada Datuk Seri Najib.

Peguam Roger Ng kata dalam statement dia bahawa ianya sangat tidak bermoral dan beretika bahawa bukti-bukti ini dihalang untuk diberi kepada Datuk Seri Najib sebab ianya melibatkan nama dan kebebasan seorang individu.

Pada mulanya, Datuk Seri Najib menang di Mahkamah Amerika Syarikat untuk mendapat bukti tersebut tetapi telah dihalang oleh permohonan DOJ kepada mahkamah Amerika Syarikat yang kata bukti itu tidak boleh didedahkan atas alasan "keselamatan negara" (National Security).

Lalu, Datuk Seri Najib turut memohon di mahkamah Malaysia untuk mendapat bukti tersebut tetapi turut ditolak oleh hakim.

(Kenapa Mahkamah Malaysia juga halang bukti dan kebenaran berkenaan 1MDB diberi kepada Datuk Seri Najib? Kamu tanyalah Maimun.)

Sebab itu, peguam Datuk Seri Najib tiada akses kepada keterangan yang mungkin membersihkan namanya, walaupun Roger Ng memiliki keterangan itu.

Mungkinkah pemulangan Roger Ng ke Malaysia untuk membantu siasatan bakal membebaskan Datuk Seri Najib?

"Najib belum diberi bukti berpotensi bebaskannya, walaupun perolehi perintah mahkamah"

https://www.freemalaysiatoday.com/.../najib-belum-diberi.../

"Najib lawan permohonan kerajaan AS halang akses dokumen 1MDB"
https://www.malaysiakini.com/news/566999  [HSZ]

Adaptasi dari status asal by Lim Sian See

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB, #SRC,

  RELATED POST,

Jho Low selalu beri gambaran Zeti ada akses dengannya-Joanna
Penjelasan Datuk Seri Najib adalah konsisten - Dari mula sampai beliau dipenjarakan
Derma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?

No comments