SPRM buru dua individu, termasuk menantu Muhyiddin
Ilustrasi Image by Chu Lan |
SPRM buru dua individu, termasuk menantu Muhyiddin
- Sinopsis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki, termasuk Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.
- "(Ini) bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja Asing di sebuah kementerian.
- "Pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM," kata SPRM pada satu kenyataan hari ini.
- Selain Adlan, SPRM juga mengesan Mansoor Saat, 69 tahun.
- "Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023 serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini," kata suruhanjaya antirasuah itu lagi.[ malaysiakini.com/my]
Apa cerita sebenarnya? Saya cuba tulis sehabis ringkas sebab ia juga berkait dengan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi.
Ceritanya pada tahun 2017, kerajaan Barisan Nasional(BN) telah menganugerahkan satu projek bernilai RM3.5b kepada sebuah syarikat bernama Prestariang. Kontrak ini adalah bagi membuat Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bagi menggantikan sistem sedia ada yang dah berusia lebih 20 tahun.
Pada tahun 2019, Muhyiddin (ketika itu Menteri KDN) membatalkan projek tersebut dan mahukannya diganti dengan dengan sistem lain. Sistem baru ini dinamakan National Integrated Immigration System (NiiSE). Harganya cuma RM1.2 bilion.
Ketika itu ramai orang serang Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi. Datuk Seri Zahid Hamidi seleweng duit kerajaan. Zahid kaki sakau. Projek yang sepatutnya bernilai RM1.2b tetapi Zahid mark-up sampai 3 kali ganda.
Betul ke begitu? Salah.
Projek zaman Datuk Seri Zahid Hamidi sebenarnya menggunakan konsep konsesi. Dimana kerajaan tidak perlu bayar apa-apa sehingga projek siap dan berfungsi. Apabila siap, kerajaan perlu bayar RM290 juta setahun untuk guna selama 15 tahun
Ini bermakna kerajaan tidak tanggung apa-apa risiko jika projek tidak siap.
Tapi projek zaman Muhyiddin pakai "konsep turn-key". Dimana kerajaan perlu bayar RM1.2 bilion sampai projek siap. Kemudian kerajaan juga perlu bayar kos operasi dan penyelenggaraan pada setiap tahun ia digunakan.
Ini bermakna kerajaan tanggung risiko jika tak siap, dan kerajaan juga tanggung risiko bayaran tambahan mahal sebab kos operasi dan maintenance sistem sebesar ini biasanya mencecah ratusan juta setahun.
Pada Disember 2020, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat bernama S5 Systems Sdn Bhd juga terlibat di dalam projek ini. Menantu Muhyiddin adalah salah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut.
Tiba-tiba pada 12 Januari 2021, Muhyiddin telah mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen.
Tak sampai sebulan iaitu pada 29 Januari 2021, kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2b tersebut kepada IRIS Information Technology System Sdn Bhd. #IRIS kemudiannya disahkan bekerjasama dengan S5 bagi projek ini.
Namun projek ini akhirnya menghadapi pelbagai masalah dan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudiannya membatalkan projek ini pada Mac 2023. Ketika itu kemajuan projek hanyalah 10%.
Ini bermakna 'up front payment' yang kerajaan Muhyiddin bayar untuk projek ini juga silap2 hangus begitu saja. Jabatan Imigresen pula terpaksa bergantung kepada sistem lapuk dan hadap maki hamun rakyat bila berlaku masalah.
Bukan itu sahaja, disebabkan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional-#SKIN dibatalkan untuk memberi laluan kepada projek NiiSE pada zaman Muhyiddin, kerajaan juga disaman RM922 juta sebab projek itu sudah siap 22% ketika ia dibatalkan. Kes ini masih berjalan di mahkamah.
Sekarang faham atau tidak kenapa ada orang takut sangat laporan audit dibahas di parlimen dulu? Abah Best😁 [HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
RELATED POST,
Jho Low selalu beri gambaran Zeti ada akses dengannya-Joanna
Penjelasan Datuk Seri Najib adalah konsisten - Dari mula sampai beliau dipenjarakanDerma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?
No comments
Post a Comment