Derma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Derma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?">

Derma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?  

  • Sinopsis: Hubungan antarabangsa ketika Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri Malaysia adalah sangat baik - terutamanya dengan negara-negara Timur Tengah. Sebab itu, perdagangan dua hala dan pelaburan dari negara-negara Timur Tengah dengan Malaysia mencanak naik ketika itu.

  • Datuk Seri Najib Razak pernah dikurniakan anugerah serta kehormatan tertinggi negara Arab Saudi, UAE dan Bahrain.

  • Union Medal (Pingat Union) oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE), anugerah tertinggi yang disampaikan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

  • Anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

  • Datuk Seri Najib Razak menerima anugerah "King Hamad Order for Development" yang disampaikan oleh Raja Bahrain. Sehingga kini, tiada seorang Perdana Meneteri(PM) sebelum atau selepas Datuk Seri Najib Razak pernah menerima anugerah-anugerah tersebut.
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Derma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?">

FORTUNA MEDIA - Derma Arab kepada Datuk Seri Najib Razak ialah cerita dongeng? Kenapa?  

Baca bahagian penghakiman bertulis Hakim Nazlan yang dilampir ini.

1. Kedua-dua pihak SPRM dan pihak bank telah memberitahu mahkamah bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta telah diterima dari Arab Saudi;

dan

2. Penghakiman bertulis (seperti dilampir) Hakim Nazlan turut mengakui terdapat pemindahan dana dari Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada akaun bank atas nama Datuk Seri Najib Razak.

 BACA JUGA:

Tetapi Hakim Nazlan menolak ianya adalah derma dari Raja Abdullah dengan alasan bahawa rekod transaksi penghantar dari Arab Saudi hanya merupakan Putera keluarga DiRaja Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan bukan atas nama peribadi Raja Abdullah.

Dengan alasan ini, Hakim Nazlan menolak pembelaan bahawa Datuk Seri Najib Razak fikir dia sedang menggunakan derma dari Arab Saudi sebab dia tidak pernah dimaklumkan dan tidak pernah arahkan wang RM42 juta yang dikatakan berasal dari #SRC untuk dimasukkan ke dalam akaun dia.

Namun, Hakim Nazlan tidak menjelaskan kenapa Putera Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Arab Saudi sudi menghantar dana ratusan juta kepada Datuk Seri Najib Razak.

Adakah Raja Abdullah tidak boleh bertitah putera dan Kementerian Kewangan negara dia untuk menghantar derma kepada Datuk Seri Najib Razak?

Atau adakah Raja Arab Saudi perlu pergi ke kaunter bank secara peribadi untuk menghantar wang kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menyakinkan Hakim Nazlan?

Lebih malang ialah biarpun bukti-bukti tersebut, Mahkamah Rayuan berdasarkan penghakiman Nazlan telah mengeluarkan kenyataan bahawa derma Arab merupakan satu cerita dongeng biarpun pihak bank, pihak SPRM dan rekod transaksi bank jelas membuktikan terdapat pemindahan ratusan juta dari Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Ini adalah satu dari banyak lagi alasan luar biasa penghakiman yang menyebabkan kami dan Datuk Seri Najib Razak amat tidak berpuas hati dan tetap percaya bahawa Datuk Seri Najib Razak telah dinafikan perbicaraan yang adil melalui Hakim Nazlan yang langsung tiada pengalaman kes jenayah Mahkamah Tinggi ketika beliau dilantik untuk gantikan Hakim Sofian setelah perbicaraan kes SRC bermula.

Pada bulan Mac lalu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang juga pengerusi panel semakan kehakiman kes SRC Datuk Seri Najib Razak turut berpendapat bahawa Datuk Seri Najib Razak telah dinafikan perbicaraan yang adil.[HSZ]

Adaptasi dari status asal by Datuk Seri Najib Razak

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB

  RELATED POST:


No comments