Investment Infineon Kedah: PMX Berjaya Naikkan Pelaburan RM25bil

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Investment Infineon Kedah: PMX Berjaya Naikkan Pelaburan RM25bil">

Investment Infineon Kedah: PMX Berjaya Naikkan Pelaburan RM25bil

  • Rakyat sedia maklum Sanusi claim kejayaan pelaburan Infineon RM8 bilion dalam banyak infografik rasmi kerajaan.

  • Tapi apabila PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim, claim berjaya naikkan pelaburan Infineon daripada RM8 bilion kepada RM25 bilion, cepat-cepat Sanusi kecam dengan berkata Infineon sudah ada di Kulim High Tech (KHTPK) sudah 17 tahun.
  • Sekurang-kurangnya PMX ada peranannya ketika menaikkan pelaburan Infineon daripada RM8 bilion kepada RM25 bilion.
  • Perlu diingat siapa claim sebenar. 17 tahun dahulu Sanusi pun belum jadi Menteri Besar Kedah dan Infineon memilih untuk melabur di KHTP kerana infra yang baik dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu.
  • Bukan sahaja Infineon, malah firma besar lain seperti Intel, First Solar, Silterra, Osram, Fuji dan lain-lain pun masuk melabur di KHTP even sebelum zaman Sanusi.
  • Malah bukan itu sahaja, komponen projek dalam pelan Greater Kedah seperti KXP, KSTP, KRC, SBEZ & Jeniang Transfer pun semuanya diclaim daripada perancangan yang telah dikaji dan diluluskan ketika kerajaan Barisan Nasional (BN).
  • 2007 - Zon Petroleum Yan (BN)
  • 2014 - KXP (BN)
  • 2014 - Rubber city (BN)
  • 2017 - SBEZ (BN)
  • 2017 - KSTP (BN)
  • Dalam isu air pun, perancangan membina 5 loji rawatan air di Pelubang, Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Lubuk Buntar juga adalah perancangan yang dikaji dan diluluskan ketika kerajaan Barisan Nasional(BN).
  • Sebenarnya jika ditolak kesemua projek-projek jangka panjang tersebut projek yang dihasilkan sendiri oleh Sanusi hanyalah Langkasuka yang masih belum berjalan selepas dua tahun , yang kelihatan hanyalah atap zink menutupi tapak projek tersebut.
  • Langsung tidak melambangkan status mewah yang dicanangkan kononnya bernilai RM40 bilion.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Investment Infineon Kedah: PMX Berjaya Naikkan Pelaburan RM25bil">

FORTUNA MEDIA - Tindakan Sanusi untuk claim kejayaan pelaburan Infineon, seolah hasil kerja beliau seorang diri, agak menggelikan hati.

Sebetulnya tanggungjawab Sanusi hanyalah menyediakan tanah untuk proses pembesaran tapak, tak lebih dari itu.
Kulim High Technology Park (KHTP) beroperasi sejak 1996 dengan kemudahan infra khas seperti elektrik dan air yang dibina eksklusif untuk kegunaan kawasan perindustrian KHTP.
Kejayaan KHTP terbukti apabila ia berjaya menarik firma besar untuk melabur seperti First Solar, Intel, Silterra, Infineon, Osram, Fuji dan lain-lain.
Sebenarnya, pelaburan tambahan oleh Infenion bukanlah suatu yang mengejutkan kerana KHTP yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya telah lama menjadi pilihan firma-firma teknologi tinggi.
Intel pun telah menambah pelaburan beberapa kali.
Tetapi yang menjadi “game-changer” di dalam pelaburan Infenion ini ialah apabila PMX berjaya menukar pelaburan asal RM8 bilion kepada RM25 bilion.
Pelaburan biasa Infineon untuk menaiktaraf kilang berjaya ditukar menjadi kilang terbesar di dunia.
Beberapa hal yang gagal dipersetujui sebelum ini akhirnya disepakati hasil rundingan bersama Putrajaya.[HSZ]

Adaptasi dari status asal by Malaysia Forward

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Kedah, #TopStories, #Court & Politics,  #RareEarthElement, #REE, #KulimHighTechnologyPark, #KHTP,
RELATED POST,
#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos
Siapa Yang Menghina Itu, Rocky Gerung Atau Presiden Jokowi?
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE
   VIDEO:



No comments