Hakim 1MDB Mengungkapkan Pernah Jadi Rakan Kongsi Bersama Jasmine Loo
Hakim 1MDB Mengungkapkan Pernah Jadi Rakan Kongsi Bersama Jasmine Loo
- Lepas 5 tahun kes jalan baru dia dedah 😂 Hakim hanya dedah konflik kepentingan dia hari ini [26 July 2023] selepas perbicaraan kes 1MDB-Tanore telah berlagsung selama 5 tahun.
- Jasmine Loo merupakan watak terpenting kes 1MDB dan nama serta peranannya telah disebut banyak kali dalam perbicaraan ini tapi Hakim tak pernah umum hubungannya.
- Hakim patut bebas dan lepaskan Datuk Seri Najib Razak dari kes ini sekarang dengan keputusan mistrial sebab ianya tidak adil untuk Datuk Seri Najib Razak melalui lagi 5 tahun perbicaraan bawah hakim lain.
Antara para Hakim yang tarik diri dari kes melibatkan 1MDB sebab mereka pernah kerja dengan firma guaman yang terlibat dengan 1MDB walaupun mereka tidak terlibat secara pribadi termasuk: - Adlin Abdul Majid - Quay Chew Soon - Mohd Arief Emran Arifin
FORTUNA MEDIA - BICARA 1MDB l Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah mendedahkan bahawa dia pernah menjadi rakan kongsi bersama dengan peguam Jasmine Loo yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di sebuah firma guaman antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Hakim itu bagaimanapun berkata Jasmine Loo meninggalkan firma guaman Zain & Co antara 10 hingga 15 tahun lalu. Ini adalah semasa Collin Lawrence Sequerah masih menjadi seorang peguam dan sebelum dia dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman (judicial commissioner).
Dia membuat pendedahan itu semasa perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini.
Collin Lawrence Sequerah membuat pendedahan itu apabila peguam bela tertuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal pasukan pendakwaan jika mereka akan memanggil Jasmine Loo untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.
Jasmine loo |
Timbalan Pendakwa Raya (Deputy public prosecutor) Ahmad Akram Gharib memaklumkan Mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (Attorney General's Department-AGC) belum melihat sebarang kenyataan yang dirakamkan oleh pihak berkuasa Malaysia daripadanya, dan tidak mempunyai sebarang arahan jika dia akan menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB sekarang.
“Memandangkan isu Jasmine Loo dibangkitkan, adalah wajar pada ketika ini, saya mendedahkan bahawa individu yang sama itu dan saya sendiri adalah rakan kongsi dalam firma guaman ketika saya menjadi peguam. Firma itu adalah Zain & Co, sebuah firma bersaiz sederhana.
“Ia sudah bertahun-tahun dahulu. Sekitar 10 hingga 15 tahun yang lalu. Saya tidak ingat, Dia telah meninggalkan (firma guaman) itu,” kata Collin Lawrence Sequerah.
"Adalah menjadi amalan undang-undang standard bagi hakim bicara untuk mendedahkan perkara seperti ini demi kepentingan ketelusan dalam pentadbiran keadilan", katanya.
Selepas pendedahan Collin Lawrence Sequerah, perbicaraan disambung semula dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyambung pemeriksaan balasnya terhadap saksi pendakwaan ke-44 Kevin Michael Swampillai, bekas jurubank dengan BSI Bank cawangan Singapura yang tidak lagi beroperasi.
Pada 12 Julai 2023 lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan dalam sidang akhbar bahawa Jasmine Loo menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia, selepas berada di luar negara selama bertahun-tahun.
Sehari kemudian melalui peguamnya dari firma guaman AmerBon, bekas eksekutif 1MDB yang baru ditangkap itu berkata bahawa dia mahu membantu pihak berkuasa dalam mempercepatkan usaha pemulihan aset berkaitan skandal berkenaan.
Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB, sebuah dana kekayaan Negara Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).
Bagi empat pertuduhan salah guna kuasa, Datuk Seri Najib Razak didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013. [HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
RELATED POST:
Berapa banyak yang diketahui TS Zeti Aziz tentang akaun Bank Suaminya di Singapura?
Keluarga Saya tidak pernah menerima satu sen pun, Tan Sri Zeti memberitahu Mahkama
Legasi DS Najib Razak Terbukti Kini Bawa Pulangan Bermanfaat kepada Rakyat dan Negara Malaysia
No comments
Post a Comment