Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE">

Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE

"Saifuddin Nasution, dedah gambar lawatan MB Kedah, dakwa Sanusi tahu kecurian REE"

  • Sinopsis: Dakwa Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, paling dikesalkan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah tidak melakukan sebarang tindakan, sedangkan Enakmen Mineral Kedah 2004 memperuntukkan sekurang-kurangnya tujuh seksyen yang membolehkan tindakan dibuat.

  • "Akibatnya yang menanggung kerugian adalah rakyat Negeri Kedah yang sepatutnya diberi jaminan perlindungan kepada sumber semula jadi dengan langkah tegas perlu diambil ke atas mereka yang terbabit dalam kegiatan haram ini.

  • "Saya sebut dua hari lepas, salah satu struktur (jawatan) dalam Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah Pengarah PTG, dia memegang jawatan penting sebagai ahli panel penasihat MBI. Selain itu, beliau atau wakilnya juga adalah Ahli Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri," katanya.

  • Jelasnya, individu-individu terbabit adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyiasat perkara berkaitan Enakmen Mineral Kedah 2004.

  • "Saya telah meneliti pelbagai peruntukan dalam enakmen tersebut. Adalah menghairankan, walaupun isu ini sangat serius, tiada kertas siasatan dibuka untuk menangani perlombongan haram dan pencurian berterusan," katanya.

  • Sementara itu, Saifuddin menegaskan tidak gentar dengan ugutan Muhammad Sanusi untuk memfailkan satu lagi saman terhadapnya kerana mendedahkan isu berkaitan REE.

  • "Dia nak saman, samanlah. Ini ada surat beliau tulis kepada bekas Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) memohon So Loi Fat sebagai Pengerusi Prospek Suria Kedah mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas masuk ke negara ini, jadi di mana tidak ada kaitannya?

  • "Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ada Prospek Suria Kedah yang ditubuhkan pada November 2019 dan pengarahnya adalah So Loi Fat dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Muhamad Sobri Osman.

  • "Betul So Loi Fat masuk sebelum Sanusi jadi Menteri Besar menggunakan Pas Lawatan Sosial, tetapi surat Sanusi yang membolehkan dia masuk menggunakan Pas Lawatan Ikhtisas sebagai profesional, dia pemegang saham dan jawatan dalam Prospek Suria Kedah," katanya.

  • Saifuddin menegaskan, tidak mungkin Ketua Pegawai Eksekutif MBI membuat keputusan menubuhkan syarikat Prospek Suria Kedah melainkan dia melaporkannya terlebih dahulu kepada Panel Penasihat MBI.

  • "Saya katakan bahawa Sanusi tahu semua operasi ini, pembabitan So Loi Fat yang kini menghilangkan diri, dia tahu banyak," dakwanya sinarharian.com.my

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE">
Ilustrasi Image by Chu Lan

FORTUNA MEDIA - Menteri Negeri Malaysia, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa memiliki gambar menunjukkan Sanusi Nor ketika menjadi Menteri Besar Negeri Kedah tahu mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Negeri Kedah.

Menteri dalam negeri itu mendedahkan gambar tersebut pada sidang media petang tadi (Khamis,03 Ogos 2023) yang menunjukan Sanusi mengadakan lawatan tapak dikatakan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik pada 19 Feb lepas.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE">
Ilustrasi Image by Chu Lan

Bagaimanapun, tiada tindakan diambil berkaitan perkara itu, kata Saifuddin menurut Sinar Harian.

“Dia tengok sendiri bagaimana kemusnahan kawasan, bagaimana cari gali yang secara intensif dilakukan,” kata Saifuddin di bilik gerakan DUN Jitra.

“Namun dari tarikh itu tiada tindakan yang benar-benar serius telah diambil oleh beliau setelah usai lawatan ke lokasi kejadian.”

Sementara itu, Saifuddin yang juga setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau tidak gentar dengan ugutan Sanusi untuk memfailkan saman terhadapnya, berkait dakwaan-dakwaan berkenaan.

Awal minggu ini, Saifuddin menunjukkan gambar Sanusi bersama seorang individu yang dikatakan bernama So Loi Fat, yang didakwa salah seorang daripada dua individu berkemahiran dibawa masuk oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) untuk melombong REE.

Saifuddin menunjukkan surat yang dikatakan ditandatangani oleh CEO MBI Kedah, Sobri Osman yang menamakan dua warga China, termasuk So.

Sanusi menjelaskan bahawa warga China itu mempunyai urusan dengan MBI Kedah dan perjanjian untuk melombong REE sebelum beliau menjadi menteri besar.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ada Prospek Suria Kedah yang ditubuhkan pada November 2019 dan pengarahnya adalah So Loi Fat dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Muhamad Sobri Osman.

"Betul So Loi Fat masuk sebelum Sanusi jadi Menteri Besar menggunakan Pas Lawatan Sosial, tetapi surat Sanusi yang membolehkan dia masuk menggunakan Pas Lawatan Ikhtisas sebagai profesional, dia pemegang saham dan jawatan dalam Prospek Suria Kedah," katanya Saifuddin.

Saifuddin menegaskan, tidak mungkin Ketua Pegawai Eksekutif MBI membuat keputusan menubuhkan syarikat Prospek Suria Kedah melainkan dia melaporkannya terlebih dahulu kepada Panel Penasihat MBI.

"Saya katakan bahawa Sanusi tahu semua operasi ini, pembabitan So Loi Fat yang kini menghilangkan diri, dia tahu banyak," dakwanya. [HSZ]

Adaptasi dari status asal by freemalaysiatoday.com

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Kedah, #TopStories, #Court & Politics, #LombongREE, #SaifuddinNasution, #SanusiNor

  VIDEO:



No comments