Siapa yang benar-benar membela Hak Bumiputera serta memperkasakan orang Melayu dan Islam?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang benar-benar membela Hak Bumiputera serta memperkasakan orang Melayu dan Islam?">

Siapa yang benar-benar membela Hak Bumiputera serta memperkasakan orang Melayu dan Islam?

  • Sinopsis: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dilancarkan Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011 bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan Bumiputera dengan meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

  • Hasilnya ialah PENCIPTAAN NILAI UNTUK BUMIPUTERA:  RM146.32 bilion setakat ini.

  • Datuk Seri Najib Razak tak buat proklamasi terbuka untuk mengaku sebagai pejuang orang Melayu untuk kepentingan politik diri seperti Atok98 itu. Tetapi, Datuk Seri Najib Razak buat kerja sahaja dan hasilnya adalah nyata.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Siapa yang benar-benar membela Hak Bumiputera serta memperkasakan orang Melayu dan Islam?">

Datuk Seri Najib Razak  Buat Proklamasi ❌

Datuk Seri Najib Razak Buat kerja ✅

FORTUNA MEDIA -- Menaikkan pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera pada kadar 13% setahun (iaitu iebih tinggi berbanding kadar 12% bagi purata negara) sepanjang tempoh Datuk Seri Najib Razak berbanding kadar purata 3.3% (lebih rendah dari kadar 3.5% bagi purata negara) selepas Datuk Seri Najib Razak.


  BACA JUGA:

- Mewujudkan kompleks Tabung Haji KLIA keluasan 17.7 ekar yang sangat besar dan selesa untuk memudahkan urusan Haji

- TH bayar purata Hibah tahunan yang tinggi sebanyak 6.75% sepanjang tempoh 9 tahun Najib berbanding purata 2.72% setahun selepas Datuk Seri Najib Razak

- Aset TH naik lebih 3 1/2 kali ganda dari RM20.6 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM70.2 bilion pada akhir tahun 2017.berbanding kenaikan 24.8% selepas Datuk Seri Najib Razak 

- Kos Haji bersubsidi bagi semua golongan tak pernah dinaikkan walau sekali pun dalam tempoh 9 tahun Datuk Seri Najib Razak jadi PM.

- Berjaya mendapati kuota haji tambahan yang tinggi setiap tahun dari Arab Saudi

- Mewujudkan Kompleks Nasyrul Qur'an di Putrajaya iaitu pencetak Al-Qur'an kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi

- ASB diurus dengan baik dengan purata dividen 8.38% sepanjang tempoh Najib berbanding purata 5.27% selepas Datuk Seri Najib Razak 

- Menaikkan tangga gaji penjawat awam dua kali dalam tempoh 9 tahun Datuk Seri Najib Razak berbanding tiada kenaikan dalam tempoh 5 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak termasuk mewujudkan kenaikan automatik sebanyak 2% setiap tahun bagi pencen penjawat awam

- Aset KWAP naik hampir 3 kali ganda dari RM52b ke RM140.8b dengan purata kadar kenaikan 11.7% setahun berbanding purata 4.5% selepas Datuk Seri Najib Razak 

- LTAT membayar purata dividen 14.1% setiap tahun kepada pesara tentera berbanding purata cuma 3.42% selepas Datuk Seri Najib Razak 

- Menggunakan dana derma Arab Saudi untuk membekalkan kain jubah kepada Masjid-Masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7 ribu Masjid, dan juga bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir bagi empat tahun berturut iaitu antara tahun 2011 dan 2014

- Menaja penuh ribuan umat Islam untuk menunaikan haji

- Mewujudkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (#TERAJU) bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan Bumiputera yang telah berjaya cipta nilai RM146.32 bilion bagi bumiputera setakat ini.

- Melancarkan projek-projek infraRakyat seperti #ECRL, Lebuhraya bebas tol #CSR dan jambatan angkat Kuala Terengganu bagi memudahkan dan mencetus pembangunan pantai timur

- Memperkenalkan BR1M dan menaikkan kadar bayaran BR1M 4 kali ganda dari RM500 ke RM2,000 bagi golongan B40 yang banyak membantu serta merancakkan ekonomi luar bandar

- Mewujudkan program #1_Azam dan menaikkan dana tabung Amanah Ikhtiar Negara (AIM) untuk membantu golongan miskin berniaga. Dan banyak lagi.

Jadi, siapa yang benar-benar membela hak Bumiputera serta memperkasakan orang Melayu dan Islam? .[HSZ]

Adaptasi dari status asal by Datuk Seri Najib Razak

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB

No comments