#PRN2023: Selepas Sanusi, Azmin tolak, kini Rafizi cabar Mohd Syahir debat
#PRN2023: Selepas Sanusi, Azmin tolak, kini Rafizi cabar Mohd Syahir debat
"Siapa kata debat tak memberi manfaat?"
- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kali ini 'mencuba nasib' dengan mencabar Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.
- Cabaran itu dibuat selepas Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak untuk berdebat dengannya.
- "Azmin sudah tolak, Sanusi sudah tolak, saya nak tengok sama ada Syahir yang diangkat sebagai tokoh nombor satu ekonomi dalam PN tampil ke hadapan dan sudah beri ruang (berdebat) sepenuhnya," kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli
- "Saya akan menulis secara rasmi (jemputan berdebat) dan tunggu dia nak jawab apa," katanya ketika ditemui selepas Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Sabtu malam [Julai 30, 2023].[astroawani.com]
SHAH ALAM - Terkini: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa tawarannya untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi bersama ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman telah ditolak.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR memaklumkan bahawa tiada pihak dalam Perikatan Nasional (PN) menyahut cabarannya untuk berdebat berkenaan ekonomi negara.[via, sinarharian]
Ilustrasi Image by astro awani |
FORTUNA MEDIA - Sepatutnya PN (DS Azmin, DS Sanusi, YB Syahir Bachok) tak tolak cabaran debat Rafizi. Sebab inilah masanya untuk Anda semua menonjolkan idea ekonomi PN dan mematikan 'sembang besar' Rafizi selama ini.
Alasan menteri tak sepatutnya ajak pembangkang berdebat ni tak logik. Pada 2008 DS Shabery Chik (ketika itu Menteri Penerangan) pernah mencabar DS Anwar (ketika itu Ketua Pembangkang) berdebat dalam isu harga minyak
Debat itu berlaku dan akhirnya ada 2 input penting yang dipersetujui bersama. Pertama, subsidi terus kepada rakyat dan kedua penyelesaian isu IPP.
Walaupun tidak dilaksanakan terus, tetapi 4 tahun selepas itu #BR1M mula diagihkan dan kerajaan juga mula mengambil alih IPP-IPP yang selama ini mendapat konsesi sejak zaman PM4 sekaligus menyelesaikan bebanan besar Petronas.
Aset Petronas berjaya meningkat 341% atau kepada RM389.2 bilion antara tempoh 2009 - 2018.
Jadi siapa kata debat tak memberi manfaat?
Begitu juga bila bagi alasan kononnya ini adalah masa untuk bekerja dan bukan berdebat. Jika benar begitu, kenapa pula dalam masa 8 bulan ini sibuk merancang dan mendondang cerita kejatuhan kerajaan pula? Kalau betul nak kerajaan bekerja yang kita pergi kacau ni kenapa?
Alasan kononnya takut idea PN dicuri kerajaan pula alasan yang tak menampakkan sikap negarawan.
Apabila PN dahulu telah setuju untuk menjadi pembangkang dan menolak titah DYMM YDP Agong untuk bersama dengan 19 parti lain membentuk kerajaan, maka sepatutnya jadilah pembangkang yang berwibawa
Antara ciri pembangkang berwibawa adalah sentiasa memberi idea dan membahas tindakan kerajaan dengan fakta. Sebab dengan idea-idea inilah pembangkang boleh membantu rakyat walaupun tidak mempunyai sebarang kuasa pentadbiran.
Datuk Seri Najib Razak ketika PH (Pakatan Harapan) dan PN (Perikatan Nasional) menjadi kerajaan sangat kerap mengkritik tetapi dalam masa yang sama tidak segan memberikan idea-idea pada setiap masalah. Inilah yang menjadikan UMNO sebuah pembangkang yang berwibawa pada kedua-dua zaman.
UMNO pada ketika Datuk Seri Najib Razak masih bebas tidak bergantung kepada persepsi kaum dan agama sebaliknya menonjolkan diri mereka sebagai 'government in waiting' pada zaman Mahathir dan Muhyiddin.
Politik kita sepatutnya sudah sampai ke tahap persaingan idea. Bukan lagi politik cikai gelar menggelar Madanon, PasGelakan, UmDap atau kutuk adik beradik yang tak sebulu dengan kita dalam ceramah.
Saja sangatlah sia-sia dalam usrah saya disuruh hafal "wajadilhum billati hiya ahsan" (dakwah dengan dialog / diskusi/ hujah) kalau sekiranya ajak debat pun tak berani.
Itu baru Rafizi. Yang bagi saya pemikiran ekonomi dia tak begitu tinggi. Pun sudah tak berani. Belum jumpa Dato Johari Ghani lagi.[HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
No comments
Post a Comment