Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia">
Illustrasi Image by Newmediahit

Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia

  • Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor baru Bank Negara Malaysia (BNM)

  • Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.

  • Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Abdul Rasheed itu adalah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa DYMM Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour sebagai Gabenor BNM untuk tempoh lima tahun berkuat-kuasa 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2028.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata Abdul Rasheed akan mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023.

   READ MORE
Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia
Sulu Claim AS$14.9b berakhir dengan kemenangan Kerajaan Malaysia
Bagaimana Jika Dulu Datuk Seri Zahid Hamidi Setuju Bubarkan Parti UMNO?

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 2016.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya serta MBA daripada Saïd Business School, Oxford University.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.

Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).

Abdul Rasheed berkata, pelantikannya sebagai Gabenor adalah satu penghormatan dan akan meneruskan serta meningkatkan lagi usaha yang dilaksanakan Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

“Di bawah kepimpinan beliau (Shamsiah), BNM terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik.

“Beliau juga telah memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan BNM pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang dan menangani cabaran pada masa hadapan. Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, menerajui BNM selama lima tahun adalah satu penghormatan kepadanya.

“Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk memimpin BNM dan berkhidmat untuk negara, terutamanya semasa keadaan tidak menentu dan sangat penting kepada negara.

“Saya percaya Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui BNM sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengan beliau. Saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin BNM bagi terus memenuhi mandatnya iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mapan,” katanya.

Bagaimanapun rakyat berharap Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan merombak Lembaga Pengarah Bank Negara.  Baca lanjut disini;
thecorporatesecret.com/blog/2023/06/10/abdul-rasheed-ganti-nor-shamsiah-gabenor-bank-negara/ 

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia">
Illustrasi Image by thecorporatesecret.com

Sources; thecorporatesecret.com.

 #TAGS : BeritaPolitik,  PoliticsNews, PRN2023, BarisanNasional. #UMNO_BN, Bank Negara Malaysia, GabenorBNM

No comments