Bagaimana Jika Dulu Datuk Seri Zahid Hamidi Setuju Bubarkan Parti UMNO?
Betul ke? Saya tak tau, kawan2 yang cakap, kalau letak pc Ni ramai jadi gillerrr?. Kalau ada yg giler, salahkan bro ChuLan sebab saya ambik pic dari fb dia😁 |
Bagaimana Jika Dulu Datuk Seri Zahid Hamidi Setuju Bubarkan Parti UMNO?
- Bagaimana jika dulunya, Datuk Seri Zahid Hamidi setuju bubarkan Parti UMNO?
- DS Zahid ketika Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihanraya-14/tahun 2018. Di ugut, dibuli tanpa jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia.
- First ever UMNO President w/o Prime Minister post.
- Selama hampir 30+ tahun Negara Malaysia huru-hara berpolitik 24 jam Adalah sebab 'perang sulit' (difficult war) Tun M dan Tun Daim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu kisah lama.
- Maka segala usaha dilakukan gang & proksi regime waktu itu untuk halang Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri (PM) Malaysia.
- Datuk Seri Najib Razak (DSNR) juga tahu problem tersebut dan wujud kan #RCI_30bilionforex.
- Tetapi Datuk Seri Najib Razak pula dipenjarakan. Akhirnya, File RCI 30B forex ditutup oleh regime masa itu.
- Akhir nya ditakdirkan Allah Ta'ala juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kini. Ditakdirkn juga Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). Ke-Dua-duanya adalah mangsa politik kotor Atuk M.
- So, Kini, jika dakwa Tun Daim, umpama dakwa Atuk M juga.
- Maka, jangan lah kacau kerajaan yang ditakdirkan Allah Azza Wa Jalla ini, sehingga semua terdakwa dulu. Kita nantikan episod seterus nya.- Chu Lan
Ilustrasi Image by Internet |
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Ramai ahli Parti UMNO lupa! Ketika UMNO sedang diasak untuk diharamkan, di mana Pak Mail, H20, TS Annuar Musa, DS Shahidan Kasim, YB KJ dan barisan kabinet UMNO era TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Siapa yang sebenar berani mempertahankan parti UMNO saat itu, 'ibarat berenang di dalam lautan api' Jika bukan Presiden UMNO @Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Waktu itu suara dan mulut kabinet broker PPBM/PN terkunci. Walaupun mulut TS Muhyiddin dan PPBM tiap-tiap masa prejudis pada UMNO, menjawab alasan secara tidak langsung, menjawab prihal kenapa UMNO perlu diharamkan!
Apa yang keluar dari mulut kabinet broker & pengkhianat UMNO ini, hanyalah Presiden UMNO @Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu Berundur! Berundur! Berundur! Segerakan pemilihan UMNO dan singkirkan Presiden UMNO @Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Lalu barisan cybertrooper(cytro) & broker PPPBM/PN tidak henti-henti menyerang Presiden UMNO sendiri tanpa pernah serang Pakatan Harapan(PH). Apatah lagi menyentuh PPBM/PN.
Hasilnya Pakatan Harapan(PH) ambil kesempatan perkuatkan parti mereka, PPBM/PN ambil kesempatan memperkukuhkan gabungan mereka. Sedangkan Barisan Nasional (BN) dihidangkan dengan perang saudara.
Parti PAS ketika itu sebagai rakan Muafakat Nasional langsung tidak peduli kepada UMNO kerana terlalu khusyuk dengan pelbagai tawaran demi tawaran dihidangkan PPBM/PN.
Malah tindakan TS Annuar Musa selaku SUA Muafakat Nasional (MN) tidak bersungguh-sungguh untuk memantapkan Muafakat Nasional (MN) hingga memberi peluang kepada TS Muhyiddin menubuhkan dan memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).
Para politikus Broker Perikatan Nasional(PN) seperti mengerakkan rancangan terancang mematikan Muafakat Nasional (MN) dan beri peluang PN memperkukuhkan gabungan mereka. Yang paling untung adalah Pakatan Harapan (PH) ambil kesempatan buang badi 22 bulan kerajaan DAP (PH-01).
Ketika itu imej parti UMNO sememangnya telah naik bagus dimata Rakyat Malaysia, hasil kebangkitan aura Bossku /DSNR. Tetapi mula hilang satu persatu kelebihan kerana broker & cytro Perikatan Nasional(PN) memberi persepsi negatif parti UMNO/BN kepada Rakyat Malaysia.
Yang tinggal hanya Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dengan dibantu aura Bossku yang bersungguh-sungguh mempertahankan Parti UMNO di ambang pengharaman.
Presiden UMNO @Datuk Seri Zahid Hamidi tidak banyak mengeluarkan kenyataan siapa musuh dalam selimut ketika itu atas pelbagai alasan, antaranya memelihara keharmonian dalam tubuh parti UMNO supaya retaknya tidak terus membelah dan sebagai strategi dengan bersabar masih bergerak dalam diam.
Presiden UMNO @Datuk Seri Zahid Hamidi tidak gelojoh dan melatah untuk apa-apa tindakan tetapi tegas mematahkan setiap ranting pohon broker PN, ketika amat-amat perlu. Sebab itu kita boleh lihat seorang demi seorang orang kuat Menteri Broker PN disingkirkan.
Ibarat menarik rambut dalam tepung, Presiden menangani serangan TS Muhyiddin dengan akal bukan emosi.
Sehingga 17 bulan usia kerajaan Perikatan Nasional(PN), Presiden UMNO @Datuk Seri Zahid Hamidi bersama-sama barisan MT UMNO dan akar umbi UMNO ambil tindakan tegas tarik sokongan dari Perikatan Nasional (PN).
Iaitu setelah UMNO berjaya diselamatkan dari ancaman pengharaman. Proses penyingkiran pengkhianatan dalam rumah sendiri bukan suatu kerja yang mudah terutama bila mendapat sokongan penuh dari pihak luar.
Apatah lagi penyokong terbesar Presiden telah dipenjarakan hasil pengkhianatan dalaman, tetapi baik Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak kedua-duanya akur dalam pejuangan. Ada ketika kita perlu terima musibah awal untuk masa depan. Ini bukti mereka tidak beralah walaupun tewas dipermulaannya.
Tapi Presiden UMNO @Datuk Seri Zahid Hamidi masih mampu atasi satu persatu dengan cermat, teratur dan bijak sehinggalah selepas PRU15 (Pilihanraya ke-15 lepas).
Momentum kemenangan #PRN (Pilihanraya) Melaka dan Johor hilang dalam PRU15 kerana pimpinan tertinggi UMNO terpaksa beralah tidak mencalonkan calon Perdana Menteri selain dari DS Ismail Sabri. Hakikatnya, Rakyat Malaysia waktu itu, melihat DS Ismail Sabri bukanlah seorang yang mampu memberi keseimbangan dalam politik negara.
Apatah boleh, ketika PRU15 DS Ismail Sabri berkempen secara emosi menyerang parti sendiri dari menggunakan akal membantu menaikkan imej parti UMNO.
Presiden UMNO memang kalah PRU15 tetapi itu bukan kekalahan sebenarnya, tetapi ini adalah titik permulaan berjaya menyingkirkan sebahagian besar pengkhianatan dalaman tubuh parti UMNO.
Memang mustahil untuk mencapai semua objektif serentak terutama bila ada pengkhianatan yang mendapat sokongan penuh dari pihak luar.
Tetapi sekarang kekalahan berjaya memberi tahap kestabilan yang berkembang dengan pesat! UMNO tidak tewas semua walaupun tidak berjaya sepenuhnya. Tetapi UMNO dapat pasak tapak untuk berdiri dan perkukuhkan kedudukan yang ada, banyak kelebihan buat UMNO, dalam arena politik Malaysia yang semakin rumit untuk diterjemahkan.
Hasil pengorbanan Presiden UMNO @Datuk Seri Zahid Hamidi dan pelbagai pihak yang setia dan yakin kepada Presiden. Masa depan Parti UMNO untuk bangkit semula menampakkan graf positif naik secara mendadak.
Hingga ada pengalisis saham ekonomi sedang berdebar-debar menanti keputusan PAU UMNO 2023 kemaren, kerana jika Presiden UMNO @ Datuk Seri Zahid Hamidi ditukarkan maka bursa saham Malaysia akan jatuh. Kerana kedudukan Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi penanda aras momentum kemasukan pelabur dan bursa saham Malaysia.
(Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 telah selesai diadakan dengan berjaya pada 7 hingga 10 Jun 2023)
Ini alasan-alasan jelas untuk menjawab, usaha pemulihan tubuh parti UMNO perlu dilaksanakan secara konsisten dan tiada siapa yang layak buat ketika ini kecuali akar umbi UMNO bersatu mempertahankan The Brilliance Fighter Presiden UMNO @ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO sehingga matlamat sebenar Parti UMNO-BN tercapai. InsyaAllah. [HSZ]
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
VIDEO :
No comments
Post a Comment