Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia">
Ilustrasi Image by malaysiakini.com

Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia

  • Extreme joke: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara Singapura

  • Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu, Jocelyn Chia.

  • Menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, beliau sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung yang dibuat oleh Jocelyn dalam sebuah pementasan komedi berdiri (Stand-up Comedy) baru-baru ini.

  • “Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

  • “Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan pada hari Rabu [7 Jun 2023].
Berita selengkapnya boleh Anda baca disini ;  astroawani.com/berita-malaysia/lawak-melampau-singapura-mohon-maaf-jocelyn-chia-bukan-lagi-warganegara-422973?

Komen netizen ; Kita ingatkan dia tinggal di Singapura 😅

"Rupanya nyonya Stand-up comedian ini bukan lagi warganegara Singapura". 😂

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia">
Ilustrasi image by Nabeel Naqie Reloaded

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR Sejumlah 100 anggota Pemuda Koalisi Parti Parisan Nasional (BN) berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat Di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, bagi menyuarakan bantahan terhadap jenaka pelawak Jocelyn Chia yang dilihat memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Mereka (Pemuda BN) antara lain juga menggesa kerajaan mengenakan larangan terhadap Chia daripada masuk ke Malaysia.


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia">
Ilustrasi Image by malaysiakini.com/

Ketua Pemuda Parti Umno Dr Akmal Saleh menyifatkan kebebasan bersuara tidak terpakai untuk jenaka itu memandangkan prinsip itu harus seiring dengan sensitivi.

"Jenaka sepatutnya berdasarkan fakta. Kita mesti tahu sensitivi berkaitannya, ia perlu dilakukan secara beradab," katanya di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, hari ini
[Juma'at 9 Jun, 2023]

Selepas rundingan dengan pihak polis, dua wakil dibenarkan masuk ke Kedutaan bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka - Mkini

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia">
Ilustrasi Image by malaysiakini.com

Targedi Pesawat MH370 hilang dan tak dapat dikesan radar pada 8 Mac 2014. Sejak itu, misi pencarian gagal mengesannya dan kesemua 227 penumpang dan 12 anak kapal dianggap telah meninggal dunia.

Dalam surat bantahan kepada Duta AS ke Malaysia Brian D McFeeters, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata, kenyataan yang dibuat Chia telah menyebabkan "kedukaan"

Dr Akmal Saleh juga menggesa pihak Kedutaan AS, agar menyampaikan surat tersebut kepada pihak berkaitan di AS bagi memastikan penyiasatan terperinci insiden itu dibuat dan tindakan sewajarnya diambil.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Pemuda BN demo di Kedutaan AS, bantah tindakan Jocelyn Chia perlekeh Malaysia">
Ilustrasi Image by malaysiakini.com

Baginya, kenyataan bersifat itu amat dikesali kerana menjejaskan prinsip saling menghormati dan memahami budaya antara satu sama lain.

Selaku Duta yang mewakili Negara USA - sebuah negara yang dikenali atas komitmennya terhadap diplomasi dan sikap inklusif - penting untuk mengendalikan isu tersebut dengan segera dan mengambil tindakan sewajarnya, menurut surat itu seperti dilihat Malaysiakini.

Dr Akmal Saleh berkata, Pemuda Umno juga telah membuat laporan polis terhada Chia semalam. [Khamis, 8 Jun 2023]

Menurut Sinar Daily, video jenaka Chia itu telah dipadamkan oleh Tiktok kerana ia termasuk dalam kategori ucapan kebencian.

Chia merupakan bekas warganegara Singapura dan kini menetap di Amerika Syarikat.[HSZ]

Sumber; malaysiakini.com

Editor; Romy Mantovani

Editor’s Note: The views expressed in this article are that of the writer and do not necessarily reflect the views of the management of Fortuna Media

 TAGS :  #newspolitics #Malaysia #OPINION #JocelynChia #Singapore #PemudaBarisanNasional #PemudaUmno

No comments