Sulu Claim AS$14.9b berakhir dengan kemenangan Kerajaan Malaysia
Ilustrasi Image by cinca.news |
Sulu Claim AS$14.9b berakhir dengan kemenangan Kerajaan Malaysia
Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kemenangan tersebut akan mengakhiri upaya tuntutan pewaris yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah yang menyalahi undang-undang daripada Kerajaan Malaysia.
- The Paris Court of Appeal (Mahkamah Rayuan Paris) menguatkan gugatan Malaysia terhadap "the partial award rendered" (anugerah separa) yang diberikan pada 25 Mei 2020 oleh Dr Gonzalo Stampa yang diajukan oleh delapan warga Filipina, yang diklaim sebagai ahli waris Sultan Sulu (Penggugat) yang telah lama meninggal.
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu bermakna Pihak Yang Menuntut tidak boleh bergantung kepada anugerah palsu di Perancis untuk sebarang tujuan.
Malaysia memperoleh kemenangan penting di Mahkamah Rayuan Paris, (The Paris Court of Appeal), Perancis terhadap pewaris yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu.
Kerajaan Untuk Terus Memastikan Kedaulatan Malaysia
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Mahkamah Rayuan telah membatalkan anugerah sebanyak AS$14.94 bilion (RM68.83 bilion) oleh Mahkamah Timbang Tara Paris kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (pihak Kumpulan Sulu).
“Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan cabaran Malaysia terhadap anugerah separa yang diberikan pada 25 Mei 2020 oleh Gonzalo Stampa dalam kes/perkara yang dibawa oleh pihak Kumpulan Sulu,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) itu menambah, dengan keputusan itu bermakna pihak yang menuntut tidak boleh bergantung pada anugerah palsu di Perancis untuk sebarang tujuan.
Mahkamah Rayuan Paris mendapati penimbang tara tersilap mengekalkan bidang kuasanya,” tambahnya dalam satu kenyataan di sini.
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Malaysia sedang berusaha untuk membatalkan anugerah yang direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin, yang sepatutnya membawa kepada kegagalan usaha penguatkuasaan global pihak yang menuntut.
Beliau berkata, keputusan itu, yang muktamad dan mengikat, adalah kemenangan yang menentukan Malaysia dalam usaha mencari remedi undang-undang berterusan, yang akan mengakibatkan kekalahan menyeluruh bagi pihak yang menuntut dan pembiaya mereka.
Pada Februari 2022, Mahkamah Timbang Tara Perancis (French Arbitration Court) yang dipengerusikan oleh Gonzalo Stampa mengarahkan Putrajaya membayar AS$14.94 kepada keturunan sultan Sulu yang terakhir. –[HSZ]
Sumber via, cinca.news
Editor; Romy Mantovani
Editor’s Note: The views expressed in this article are that of the writer and do not necessarily reflect the views of the management of Fortuna Media
PN MELANGKAH KE PENTAS #PRN2023 DENGAN IMEJ KLUSTER MAHKAMAH
Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara
No comments
Post a Comment