Report; Gopal Sri Ram berkata tiada konflik kepentingan dalam mempertahankan Firma Guaman Wong & Partners dalam tuntutan AS$1b 1MDB

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Report; Gopal Sri Ram berkata tiada konflik kepentingan dalam mempertahankan Firma Guaman Wong & Partners dalam tuntutan AS$1b 1MDB">

Report; Gopal Sri Ram berkata tiada konflik kepentingan dalam mempertahankan Firma Guaman Wong & Partners dalam tuntutan AS$1b 1MDB

  • Sungguh mengejutkan kita, dimana (kini mendiang) Gopal Sri Ram berkata tidak ada konflik kepentingan beliau dalam isu ini. 

  • Seperti dijangka, hanya dalam masa 2 bulan, Kerajaan Malaysia terus menggugurkan tuntutan AS$1 bilion (RM 4.5 billion) terhadap firma guaman (law firm) Wong & Partners begitu saja. 

  • Ini sungguhpun rakan firma profesional mereka seperti Goldman Sachs terpaksa membayar pampasan AS$3.9 bilion (RM16 bilion), KPMG membayar RM400 juta, Deloittes membayar RM400 juta dan Ambank membayar RM2.83 bilion sebagai bayaran pampasan penyelesaian dengan Kerajaan Malaysia atas kegagalan peranan masing-masing terhadap 1MDB.

  • Tetapi entah macam mana, Wong & Partners berjaya melepaskan diri daripada membayar apa-apa pun kepada kerajaan Malaysia. 

  • Malah tidak perlu pun turun-naik mahkamah, walau sehari ke mahkamah kerana kerajaan waktu itu, telah menggugurkan tuntutan itu begitu saja hanya 2 bulan selepas Wong and Partners mengupah Gopal Sri Ram. 

  • Negara rugi begitu saja sejumlah RM 4.5 billion. Firma guaman yang kaya raya yang telah menipu negara kita terlepas dari sebarang hukuman pun, dibiarkan begitu saja.  Sungguh ironi sekali !🤬

 FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Berita ini mungkin akan terlepas daripada perhatian ramai orang. Tetapi apabila Anda menunjukkannya, maka kebanyakan orang akan berkata "What the F#@k!".

Wong & Partners, ahli kumpulan undang-undang antarabangsa Baker McKenzie adalah firma guaman yang diupah oleh 1MDB pada permulaannya apabila banyak wang telah hilang.

Tugas mereka adalah untuk memastikan bahawa semua perjanjian adalah teguh dan bahawa sebarang pembayaran dana telah memenuhi syarat-syarat terdahulu seperti dalam perjanjian dan bahawa ia dibayar kepada pihak yang betul.

Itulah sebabnya 1MDB milik kerajaan Malaysia telah menyaman (sue/membuat dakwaan) Wong & Partners sebanyak AS$1 bilion (RM4.5 bilion) kerana gagal dalam tugas mereka.

Tetapi Wong & Partners pandai. Mereka pergi mengupah Gopal Sri Ram untuk mempertahankan perkara mereka.

   Be Smart, Read More ;

Perbicaraan SRC Dato' Seri Najib Razak
Kerajaan Malaysia Bersetuju Tubuh RCI Siasat Buku Tommy Thomas

Pada masa itu, (kini mendiang) Gopal Sri Ram juga merupakan Timbalan Pendakwa Raya ( Deputy public prosecutor) yang diupah oleh kerajaan Malaysia untuk mengejar mereka yang telah menyebabkan kemudaratan kepada 1MDB.

Jadi orang yang diupah oleh kerajaan untuk mengejar mereka yang memudarakatkan 1MDB juga adalah orang yang diupah oleh salah satu firma yang didakwa memudaratkan 1MDB untuk mempertahankan terhadap dakwaan kerajaan bahawa mereka telah memudaratkan 1MDB.

Tetapi Gopal Sri Ram membuat kenyataan; 'Tidak ada konflik kepentingan'.

Majlis Peguam (Bar Council) sudah tentu mendiamkan diri. Tiada siapa yang bising ketika itu.

Sudah terang lagi bersuluh. Dalam masa 2 bulan, kerajaan menggugurkan tuntutan AS$1 bilion terhadap Wong & Partners.

Walaupun sesungguhnya, rakan firma profesional seperti Goldman Sachs terpaksa membayar AS$3.9 bilion (RM16 bilion), KPMG membayar RM400 juta, Deloittes membayar RM400 juta dan Ambank membayar RM2.83 bilion sebagai penyelesaian kepada kerajaan Malaysia atas kegagalan masing-masing terhadap 1MDB.

Tetapi entah bagaimana, Wong & Partners berjaya melepaskan diri daripada membayar walau satu sen pun kepada kerajaan Malaysia.

Malah mereka tidak perlu pergi tutun-naik ke mahkamah kerana kerajaan hanya menggugurkan tuntutan itu hanya 2 bulan selepas mereka mengupah Gopal Sri Ram. [HSZ] Adaptasi dari artikel asal by Lim Sian See
Diterjemahkan by Sahabat Bossku

 

Editor; Romy Mantovani

 #TAGS : #BeritaPolitik,  #PoliticsNews, #PRU15, #BarisanNasional. #UMNO_BN,

    RELATED POST;

Mahkamah Luxembourg Batal Perintah Rampas Aset Petronas oleh Waris Kerabat Sulu
Apple Inc akan membuka Apple Store pertama mereka di Malaysia bertempat di TRX!
VIDEO ; 


No comments