Dr M, Muhyiddin, Mustapha, Wee Ka Siong disaman tangguh, batal projek HSR KL-Singapura

Dr M, Muhyiddin, Mustapha, Wee Ka Siong disaman tangguh, batal projek HSR KL-Singapura
Ilustrasi Image by cinca.news

Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Mustapha Mohamed, Dato' Seri Dr Wee Ka Siong disaman tangguh, batal projek HSR KL-Singapura

  • Mohd Hatta Sanuri turut menamakan bekas Menteri Ekonomi DS Mustapha Mohamed, bekas Menteri Pengangkutan DS Wee Ka Siong, dan kerajaan sebagai defendan.

  • Beliau mendakwa 70,000 pekerjaan berpotensi bergaji tinggi daripada projek itu, potensi menjana pulangan RM70 bilion, serta pampasan lebih RM366 juta kepada Singapura adalah antara kerugian yang dialami semua rakyat Malaysia berikutan pembatalan projek itu.

  • Beliau berkata, pembatalan projek itu juga mengakibatkan hilangnya keyakinan pelabur Asing.

  • Mohd Hatta Sanuri memohon deklarasi bahawa pembatalan projek itu terbatal dan tidak sah dan kedua-dua defendan telah melakukan "tort misfeasans" dalam jawatan awam apabila membayar pampasan berjumlah RM366 juta kepada pemerintahan Singapura; "Pengembalian jumlah pampasan yang telah dibayar; serta ganti rugi dan pampasan berjumlah RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia atas kelewatan pembinaan HSR".
  • Malaysia dan Singapura mula-mula menandatangani perjanjian dua hala berhubung projek itu pada 13 Dis 2016, tetapi menamatkan projek pada 1 Jan 2021 susulan beberapa kali kelewatan.
  • Projek yang melibatkan pembangunan 350km itu akan memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada hanya 90 minit.


Dr M, Muhyiddin, Mustapha, Wee Ka Siong disaman tangguh, batal projek HSR KL-Singapura

Dr M, Muhyiddin, Mustapha, Wee Ka Siong disaman tangguh, batal projek HSR KL-Singapura

 FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diheret ke Mahkamah berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura.

Warga Malaysia Mohd Hatta Sanuri memfailkan writ saman menyasarkan (mentargetkan) kedua-dua mantan Perdana Menteri itu dan tiga yang lain bagi memulihkan projek tersebut serta menuntut mereka membayar pampasan RM1 juta (S$308,438) kepada setiap warga Malaysia.
Plaintif mendakwa bahawa Encik Muhyiddin, juga melakukan kecuaian dan penyelewengan dalam jawatan awam, sebagai Perdana Menteri ketika itu, dengan menamatkan projek HSR pada 31 Disember 2020, dan ini menurutnya, menyebabkan Malaysia membayar lebih RM320 juta (S$98.7 juta) sebagai pampasan kepada Singapura pada 2021 untuk pembatalan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara.
Plaintif mendakwa bahawa antara kerugian yang dialami oleh semua rakyat Malaysia berikutan penamatan projek HSR, adalah hilangnya keyakinan pelabur asing terhadap negara; kehilangan 70,000 pekerjaan yang berpotensi bergaji tinggi daripada projek itu; kehilangan peluang untuk memperoleh keuntungan RM70 bilion (S$21.6 bilion) daripada pembinaan, operasi HSR serta lebih RM366 juta (S$112 juta) kerugian akibat Malaysia membayar pampasan kepada Singapura.
Antara skandal yang perlu disiasat kerajaan baharu (Kerajaan Perpaduan) ialah projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dibatalkan kerajaan Muhyiddin pada akhir tahun 2020.
Sebab Malaysia yang mahu batal, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM320 juta secara buta-buta kepada kerajaan Singapura.
Antara sebab Kerajaan Muhyiddin batal projek tersebut ialah mereka tidak mahu terikat dengan perjanjian dengan Singapura di mana semua perolehan bagi projek tersebut perlu melalui tender antarabangsa terbuka.
Lalu, Muhyiddin mahu projek ini diganti dengan projek HSR Kuala Lumpur ke Johor Baharu sahaja dengan melanjutkan projek ERL milik syarikat konglomerat YTL yang menggunakan sistem tren yang jauh lebih perlahan.
Kita tahu bahawa Muhyiddin amat sayang pada Taipan YTL sehingga pernah desak Maszlee Malik dipecat sebagai Menteri Pendidikan sebab dia hendak batalkan projek Bestarinet.
"Muhyiddin ‘amat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee"
Mengikut maklumat yang disalurkan kepada kami ketika itu, kertas bagi pembatalan projek HSR KL-Singapura untuk digantikan dengan projek HSR KL-JB telah dibentang dalam kabinet di mana angka-angka berkenaan perbandingan unjuran jumlah penumpang, unjuran jumlah hasil pendapatan tambang HSR dan kos projek HSR KL-Singapura dengan KL-Johor Baharu turut dibincang.
Unjuran jumlah penumpang setahun dikatakan akan turun 10.4 juta orang (28%) dari 37.3 juta ke 26.9 juta penumpang manakala hasil pendapatan tambang akan menurun RM352 bilion dari RM929 bilion ke RM577 bilion sekiranya HSR KL-Singapura diganti dengan HSR KL-JB.
Sebaliknya, penjimatan kos projek HSR KL-JB cuma RM3.6 bilion ataupun 5.3% lebih murah berbanding projek HSR KL-Singapura iaitu dari RM68.2 bilion (KL-Singapura) ke RM64.6 bilion (KL-JB).
Sebanyak RM3.3 bilion juga akan dibayar kepada syarikat ERL untuk menaik taraf sistem ERL KLIA-KL Sentral sedia ada manakala pampasan antara RM5.7 bilion hingga RM7.7 bilion telah diperuntukkan sebagai bayaran pampasan kepada syarikat ERL bagi tempoh projek sebab projek dijangka akan rugi besar berpunca dari penurunan mendadak unjuran penumpang dan pendapatan projek.
Jadi, kerajaan baharu (kerajaan perpaduan) perlu siasat perkara-perkara di bawah:
1️⃣ Adakah angka-angka seperti dalam lampiran ini tertulis dalam kertas kabinet yang dibentang semasa jemaah menteri membuat keputusan pada akhir tahun 2020 lepas untuk membatalkan projek HSR KL-Singapura untuk diganti dengan projek HSR KL-Johor Baharu?
2️⃣ Kenapa syarikat ERL telah dipilih terdahulu dan siapa pemegang saham terbesar syarikat ERL?
3️⃣ Kenapa kos RM3.3 bilion diperuntuk untuk membayar syarikat ERL untuk menaik taraf sistem ERL sedia ada dan adakah ianya benar bahawa pampasan sehingga RM7.7 bilion telah diperuntuk dan dipersetujui kabinet kerajaan Muhyiddin untuk dibayar sebagai pampasan kepada syarikat ERL milik YTL?
Akibat pembatalan projek ini, Malaysia bukan sahaja membayar kos pampasan RM320 juta kepada Singapura tanpa sebab tetapi telah tertinggal dalam ASEAN manakala manfaat ekonomi jangka panjang sebanyak RM500 bilion akibat kehilangan peluang pelaburan dan pelancongan lebih rancak bagi Malaysia telah terlepas. [HSZ]

Adaptasi dari artikel asal by Najib Razak

Editor; Romy Mantovani

 #TAGS : #BeritaPolitik  #PoliticsNews  #UMNO_BN #Dr MahathirMohamad  #DrWeeKaSiong  #HSR  #MuhyiddinYassin #MustaphaMohamed 

VIDEO; 



No comments