Waspada “Malaymophobia” Agenda Chauvinist Ultra Kiasu

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Waspada “Malaymophobia” Agenda Chauvinist Ultra Kiasu">

Waspada “Malaymophobia” Agenda Chauvinist Ultra Kiasu

  • Walaupun sudah meletak jawatan, mantan Peguam Negara (Attorney General) Tommy Thomas terus mencetus kontroversi dengan menulis sebuah memoir bertajuk “Justice In Wilderness” antara lain menyentuh sejarah peristiwa 13 Mei 1969 dengan menuding kesalahan sepenuhnya kepada Tun Abdul Razak.

  • Kemuncak kontroversi yang dilaungkan Tommy Thomas, adalah apabila cubaan meratifikasi ICERD menyebabkan bukan puluhan ribu tetapi hampir sejuta orang Melayu berarak di hadapan bangunan ikonik Sultan Abdul Samad, Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur,  untuk membantah ia diteruskan.

FORTUNA MEDIA - 1. Bukan sekali mantan Peguam Negara Malaysia ( Attorney General ) Tommy Thomas timbulkan kontroversi, sudah berkali-kali.

2. Sebagai peguam negara yang menggugurkan pertuduhan terhadap mantan Menteri Kewangan era Regime GagalKrasi Pakatan Harapan (PH) @Lim Guan Eng, padahal  kes sedang  berjalan di Mahkamah, hingga berbelas kes lain melibatkan kepimpinan Regime GagalKrasi PH sewaktu 22 bulan PH berkuasa - ini termasuk kes melibatkan naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan kes-kes terkait penyokong kumpulan pengganas #LTTE. 

3.Kemuncak kontroversi  yang dilaungkan Tommy Thomas, adalah apabila cubaan meratifikasi #ICERD menyebabkan bukan puluhan ribu tetapi hampir sejuta orang Melayu berarak di hadapan bangunan ikonik Sultan Abdul Samad, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, untuk membantah ia diteruskan. Lupakah Tommy bahawa beliau adalah salah seorang operator yang cuba merasional ratifiskasi #ICERD apabila Majlis Raja-Raja menitahkan untuk beliau menghadap?

    RELATED POST 
Dato’ Sri Najib Hj Abd Razak, Pemimpin Unggul Malaysia
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dilepas dan Dibebaskan Daripada 40 Pertuduhan Rasuah

4. Walaupun sudah meletak jawatan, sebagai Peguam Negara (Attorney General) Tommy Thomas terus mencetus kontroversi dengan menulis sebuah memoir bertajuk “Justice In Wilderness” antara lain menyentuh sejarah peristiwa 13 Mei 1969 dengan menuding kesalahan sepenuhnya kepada Tun Abdul Razak. Tulisnya, Tun Abdul Razak menjadi jurutera disebalik peristiwa hitam itu kerana tidak sabar untuk menjadi perdana menteri - tidak masuk akal dan tidak boleh diterima langsung.

5. Tidak hanya satu kontroversi, Aaya kira lebih dari 10 tuduhan dalam bukunya termasuk kononnya beliau bukan pilihan perdana menteri ketujuh sebagai peguam negara - lebih teruk dari itu beliau turut mendakwa diarah oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sehari selepas beliau dilantik.

6. Kontroversi-kontroversi dalam memoir ini menyebabkan Rakyat Malaysia mahu tahu kebenaran disebaliknya dan menggesa diadakan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tuduhan-tuduhan tersebut. Perdana Menteri kesembilan (PM-9) bagaimanapun bersetuju supaya satu jawatankuasa khas menyiasat tuduhan-tuduhan penuh kontroversi diterbitkan dalam buku itu.

7. Hari ini, minggu lalu, Tommy sekali lagi mencetus polemik baharu dengan menuduh “kerajaan Melayu gagal” merujuk kepada baik kepimpinan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun Barisan Nasional (BN) dibawah YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.

8. Apabila Saya renung kembali bahawa tuduhan gila tidak berasas ini dilakukan oleh beliau di satu pentas dengan Ambiga dan Lim Kit Siang, Saya yakin terjawablah motif tuduhan baharu penuh kontroversi ini; ia hanyalah taktik lama yang dipopularkan oleh Lim Kit Siang iaitu strategi penuh ultra kiasu atau disebut sendiri oleh mantan ‘boss’ mereka Tun Dr Mahathir sebagai “chauvinism” - bermain dengan kad rasial untuk mewujudkan kebencian terlampau terhadap orang Melayu. 

9. Strategi pemimpin Parti D4P terutama Lim Kit Siang (林吉祥) ini sudah lama diperingatkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada 3 Mac 1971 di dalam Dewan Rakyat menyebut bahawa;

“Ruthless, tricky, smooth, suave, slick political rogues, who use the “sensitive issues” to trick the gullible public into voting them into this House, who use the sensitive issues to assassinate political opponents.”

Ianya, bagi menggambarkan ahli-ahli parlimen D4P serta mengkhususkan kepada Lim Kit Siang sendiri.

10. Secara peribadi, Saya amat bersetuju apabila Presiden Umno, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perlakuan Tommy Thomas ini amat merbahaya kerana cubaan mewujudkan “Malaymophobia” dengan mengambil strategi Barat mewujudkan “Islamaphobia” yang terbukti berkesan apabila sebahagian penduduk dunia percaya dan memandang serong terhadap umat Islam, dalam konteks ucapan Tommy, membenci orang Melayu.

11. Jelas, perlakuan Tommy tidak boleh diterima sama sekali dan Saya penuh yakin rakyat Malaysia yang majemuk tidak akan terpengaruh lagi dengan kaedah ultra kiasu ciptaan Parti Sosialis DAP ini.

12. Sudahkah kita lupa bahawa “suhu harmoni” antara Rakyat Malaysia berbilang bangsa sangat tinggi sepanjang tempoh 22 bulan PH memerintah? Sebagai Warga Malaysia yang cintakan keamanan, seluruh rakyat diajak untuk menjaga perpaduan dan itulah salah satu konsep “Keluarga Malaysia.” Sekali lagi, perlakuan Tommy adalah amat tidak bertanggungjawab dan jelik sekali. 

13. Saya amat yakin Rakyat Malaysia hari ini bijak menilai. [#HSZ]

Sumber ; #NorlizaAbdulRahim

Editor Helmy Network

#conspiracyarchive, #featured, #najibrazak, #umno_bn, #news politics,#DSZahidhamidi VIDEO : 

Nasib Tragik Yang Menimpa Pencipta Lagu Hebat Ini Yang Popular Era Presiden Soekarno

No comments