Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dilepas dan Dibebaskan Daripada 40 Pertuduhan Rasuah

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dilepas dan Dibebaskan Daripada 40 Pertuduhan Rasuah">
Photo by facebook.com/zahidhamidi.fanpage

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dilepas dan Dibebaskan Daripada 40 Pertuduhan Rasuah

  • Harap keputusan ini akan terus menaikkan semangat Presiden UMNO @Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi untuk terus teguh menentang dan menghapuskan geng politicy broker 👍🏼💪🏼

  • Jangan dilupakan juga perjuangan mendapatkan keadilan buat pemimpin kita yang dizalimi seperti Datuk Seri Najib Razak.

  • Peguam (Lawyer) yang dilayan "macam sampah" oleh Ketua Hakim Tengku Maimon dan dihentam oleh BAR Console, kononnya tak bagus & tak profesional adalah juga Peguam yang sama yang memenangi kes Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi. "Kalau ikat kaki dan tangan, Lionel Messi pun kalah bola".


FORTUNA MEDIA -
 SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO berkenaan.

Pada 26 Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh (7) pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN.

Bagaimanapun, pada 31 Julai 2019, Mahkamah membenarkan permohonan DS Ahmad Zahid bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN.

Kesemua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dilepas dan Dibebaskan Daripada 40 Pertuduhan Rasuah">
Photo by facebook.com/zahidhamidi.fanpage

    RELATED POST 

Dato’ Sri Najib Hj Abd Razak, Pemimpin Unggul Malaysia
Begitu Mudahnya Anda Lupa Tentang Jasa - Khidmat Dato' Sri Najib Razak

Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan (feed value) atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Negeri Perak Darul Ridzwan itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri, menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid turut didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc; dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Datuk Seri Ahmad Zahid dituduh melakukan perbuatan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani.

Datuk Seri Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Datuk Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh. – SUMBER : UTUSAN

Editor Helmy Network

#conspiracyarchive, #featured, #najibrazak, #umno_bn, #news politics,#DSZahidhamidi VIDEO : 

"Tidak Usah Ajar Agong. Kita Bukan Raja," -- Datuk Zaid Ibrahim bidas Tommy Thomas

No comments