#BANTAH ICERD; Himpunan Aman Rakyat Malaysia [81218] Dataran Merdeka Kuala Lumpur
SILA HADHIR, JANGAN LARI..!!!
1. Jangan batalkan hasrat Anda, Usah layan pelbagai propaganda. Jangan terpengaruh dengan provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab.
2. Sebaliknya teruskan semarak himpunan ini sehingga capai impak yang maksima. Ia adalah himpunan aman. Saya ulangi, ia adalah #HIMPUNAN AMAN. Justeru itu, Sila hadhir jangan lari.!!!
3. Himpunan ini untuk nyatakan Kesatuan Ummah. Himpunan untuk mengangkat Suara Rakyat. Himpunan untuk memperjuangkan kepentingan Agama, Negara dan Bangsa@Rakyat.
4. Kenapa saya sebut Anda perlu hadhir ? Bukankah JPM(Jabatan Perdana Menteri) telah nyatakan bahawa Kerajaan tidak akan ratifikasi #ICERD ?
5. Ya, Saya juga ada membaca kenyataan ringkas JPM yang menyebut bahawa kerajaan tidak akan ratifikasi #ICERD.
Tapi , Tahukah Anda ?
6. Bahawa #ICERD hanya satu dari 6 Konvensyen Hak Asasi PBB yang telah diberi komitmen oleh Kerajaan Malaysia melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar untuk diratifikasi. Di sana masih ada 5 Konvensyen yang menanti detik untuk diratifikasikan oleh kerajaan.
7. Lima[5] konvensyen yang lain itu ialah #ICCPR, #CAT, #ICPPED, #ICESCR, #ICRMW.
8. Tidak sahaja ICERD tetapi juga perjanjian lain turut memberi kesan kepada Agama, Bangsa dan Negara jika kerajaan meratifikasinya.
Antaranya #ICCPR dan #CAT.
9. Pada 16 Oktober 2018 yang lalu, Ahli Parlimen Batu Kawan (DAP) telah mendesak Kementerian Luar supaya segera meratifikasi ICCPR.
10. Artikel 18 dari #ICCPR menjelaskan mengenai The Right Of Religious Freedom. Suatu Akta yang Menuntut Hak Bebas Beragama dan Menukar Agama.
11. Demikian juga #CAT. Pihak AMNESTY dan SUHAKAM[Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia] menegaskan Hukuman Sebat Syariah ke atas pesalah lesbian di Terengganu adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia (HAM) Antarabangsa di bawah CAT.
12. Sekaligus mendesak Malaysia segera ratifikasikan CAT dan meminda mana - mana peruntukan yang menghalang supaya dapat selarikan dengan ketetapan HAM Antarabangsa.13. YB Menteri Luar pula pernah menegaskan pada 21 November 2018 di Parlimen, bahawa selain ICERD, Kerajaan boleh terlebih dahulu meratifikasi CAT dan ICPPED disamping memberi komitmen untuk ratifikasikan semua (6) perjanjian tersebut.
14. Menteri Perpaduan a.k.a Menteri Perpecahan Negara “Ketua Persatuan Radikal Hindu Hindraf @P Waythamoorthy lebih lantang bersuara mewakili kerajaan untuk ratifikasi kesemua 6 Konvensyen PBB tersebut.
15. Detik JPM mengeluar kenyataan seringkas itu, hampir tiada dari kalangan mereka bersuara bagi membenarkan kenyataan JPM tersebut.
16. Semuanya kelu lidahnya, malah ada yang berani menyebut bahawa ia sekadar tangguh sementara setelah melihat kebangkitan rakyat.
17. Soalnya sampai bila kita sebagai rakyat terus membiarkan manipulasi begini ?
18. Mudahnya, Marilah kita sempurnakan kebangkitan ini, merealisasikan sebuah penentangan terhadap kebatilan dan pertualangan terhadap Negara Malaysia.
#Menyingkap Apa Yang Tersirat dari Sepucuk Surat
Sekian.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililitRELATED POST
Tun Abdul Hamid Mohamad @ Former Chief Justice Of Malaysia, 'BICARA TENTANG KESAN PENGESAHAN #ICERD
Kerajaan Pakatan Harapan Retak Berpecah Menanti Belah,Parti PAS Terus Subur Mekar
Kisah Nyata,Aku Duduk Menangis,Berlutut Di Depan Ka’bah,Makkah
No comments
Post a Comment