#BANTAH ICERD: "Perang Belum Tamat", Mantan Ketua Hakim Ingatkan Bangsa Melayu

<img src="#BANTAH ICERD.jpg" alt="#BANTAH ICERD: "Perang Belum Tamat",Mantan Ketua Hakim Ingatkan Bangsa Melayu ">
KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia @ Former Chief Justice Of Malaysia, Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran kepada Orang-Orang Melayu supaya berhati-hati kerana Kerajaan Baru Pakatan Harapan (PH) mungkin membuat U-turn selepas memutuskan tidak menerima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (#ICERD).
Katanya, ada kumpulan yang memberi tekanan kepada Putrajaya kerana tidak berpuas hati dengan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu, Anak-Anak Negeri Sabah dan Sarawak.
“Kita mungkin sudah memenangi satu pertempuran, tetapi perang belum lagi tamat. Saya percaya kumpulan yang tidak senang adanya Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Anak-Anak Negeri Sabah dan Sarawak, tidak akan berdiam diri.
“Jika Perdana Menteri tidak bertukar pun, mungkin tekanan terhadapnya di dalam kerajaannya sendiri terlalu kuat hingga beliau terpaksa membuat U-turn. Sejak 9 Mei 2018 lagi, kita sudah melihat beberapa kali U-turn dibuat.
    READ MORE

Tun Abdul Hamid Mohamad @ Former Chief Justice Of Malaysia, 'BICARA TENTANG KESAN PENGESAHAN #ICERD' 
#BANTAH ICERD; Himpunan Aman Rakyat Malaysia [81218] Dataran Merdeka Kuala Lumpur
<img src="#BANTAH ICERD.jpg" alt="#BANTAH ICERD: "Perang Belum Tamat",Mantan Ketua Hakim Ingatkan Bangsa Melayu ">
Abdul Hamid Mohamad berkata, kumpulan yang tidak senang dengan Hak_Hak Orang Melayu dan Bumiputera tidak akan mendiamkan diri.

“Sebab itu kita perlu terus berwaspada dan bangun menentang semula, jika perlu. Kerajaan tidak boleh memberi jaminan konvensyen itu tidak akan diratifikasikan di masa depan,” katanya berucap dalam Kongres Tolak ICERD di Pusat Dagangan Dunia Putra [November 25, 2018]
#ICERD diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1965. Tetapi, Kumpulan Melayu dan Parti Politik tertentu bimbang ia akan menghakis Hak Melayu serta Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Malaysia tidak akan menandatangani ICERD, sebaliknya terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial yang dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan Negara Malaysia.
Tun Hamid berpuas hati dengan pendirian kerajaan PH tidak mengiktiraf ICERD ketika ini, tetapi, beliau mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan 90 minit dengan pengarang akhbar berbahasa Cina pada 23 November lalu berhubung isu #ICERD.

“Soalan saya yang pertama, mengapa beliau (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) hanya memanggil pengarang-pengarang akhbar Cina, jika beliau hendak membuat kenyataan akhbar. Adakah ada sesuatu yang tersembunyi yang beliau tidak mahu Orang-Orang Melayu tahu?

“Mengapa selepas kenyataan itu dikeluarkan pun, orang-orang yang menentang ICERD masih dikatakan ‘memainkan sentimen Masyarakat Melayu’ dengan menggunakan isu ICERD?”

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyifatkan Orang-Orang Melayu yang menentang ICERD sebagai rasis.

“Yang peliknya, orang Melayu yang mempertahankan Hak mereka seperti yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dikatakan rasis. Tetapi, Orang Bukan Melayu yang hendak mengambil Hak orang Melayu tidak rasis.

“Saya seru semua rakyat Malaysia, termasuk Lim dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) P Waytha Moorthy, marilah terima kenyataan kerajaan PH yang mereka sendiri menjadi anggota Kabinetnya dan jangan lagi menuduh penentang ICERD sebagai rasis dan pelampau, jika mereka mahu cuba mewujudkan perpaduan.”
(Courtesy to www.freemalaysiatoday.com)

No comments