Waspada Dengan "Drug Mule" Yang Berkeliaran Di Airport

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Waspada Dengan "Drug Mule" Yang Berkeliaran Di Airport">

Waspada Dengan "Drug Mule" Yang Berkeliaran Di Airport

  • Catatan seorang traveler Melayu tahun 2018 semasa berada di Vienna Airport.Setelah sebulan mengembara di Negara-Negara Eastern Europe.

  • Hati-hati dengan "drug mule" (keledai d4dah) yang berkeliaran di Airport

FORTUNA MEDIA Catatan ini beliau tulis pada tahun 2018 semasa berada di Vienna Airport setelah sebulan mengembara di Negara-Negara Eastern Europe.

Selepas check-in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!). 

Banyak seat kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna Airport pada masa itu. Sambil menikmati sandwich sardin, seorang perempuan datang dan duduk sebelah Saya,. Walhal banyak lagi kerusi lain yang kosong. 

Dalam hati terlintas takkan ada pula orang hendak mengorat/menggoda Saya dalam usia sebegini 😛 (mesti kembang wife saya bila dia baca ni).
InsyaAllah, Saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”.

    RELATED POST 

5 Tips Untuk Mencari Penerbangan Paling Murah
Inilah 'Sesuatu Yang RAHASIA' Di Kamar Hotel Yang Pasti Buat Anda Terkejut

Saya memberitahu rakan-rakan: 

“Kalian tengok perempuan sebelah saya ni, mesti dia "menyampuk" (interrupted me) sebentar lagi. She is up to something.”

Memang betul jangkaan Saya, kerana perempuan tersebut memulakan perbualan “Where are you going Sir”  Tanya wanita tersebut. 

“Bangkok, you?” Saya bertanya balik secara polite. 

“I am going to Colombo, Can you help me Sir”  Jawab beliau. 

Saya sudah menduga dan memang sudah bersedia memintas persoalan beliau.
“If you are asking for money, I am so sorry. I can’t give you any”  Ucap Saya. 

Memang sudah banyak kali sebagai traveller Saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita. 

Mesti ada something disebalik situasi tersebut. “No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”. 

Memandangkan Saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight. 

Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint. Dalam kepala saya, sudah sahih dia ini seorang professional "drug mule". 

“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right”  Saya memberitahu perempuan tersebut.

“I am not saying you are carrying any illegal stuffs, but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it”  Saya berleter lagi. 

Saya nampak perempuan Asing itu diam sahaja dan menarik bag beredar dari situ. 

Saya perhatikan dia mundar mandir, agaknya ingin mencari mangsa lainnya.

    Be Smart ,Read More ;

Inilah Rekaman Asal Tidak Sengaja Yang Mendedahkan Sisi Gelap di Atas Pesawat! Wajib Baca,Bagi Anda yang Kerap Bepergian Naik Pesawat!

“Dosa” paling besar di Airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa di dalamnya.  Apatah lagi dari orang yang tidak dikenali. 

Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa d4dah (n4arkoba) dari sindiket "drug mule" ini. 

Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya. 

Beliau ditahan di Airport kerana membawa barangan tersebut berupa "Australian dollars" melebihi dari had yang dibenarkan.

Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.

Semoga kisah ini bermanfaat. [#HSZ]

Catatan oleh: Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

Editor Helmy Network

#conspiracyarchive #featured #drugmule #traveler VIDEO : 

DO'A UNTUK DATO' SRI NAJIB RAZAK & NEGARA MALAYSIA [5] 🤲🌹💖

No comments