#Gelora Belum Reda [3] Saat Wang Tidak Lagi Bernilai 'Dihina anakbangsa sendiri'!



Sejatinya perlu kita ingatkan bahwasanya wang sesebuah negara itu sama taraf kemuliannya dengan sebuah bendera negara,sebagai lambang sebuah negara merdeka dan berdaulat.









Hello Guest.
Bagaimana perasaan anda bila melihat ada orang lain (bangsa lain) menghina dan memperlecehkan mata uang Negara kita ‘ringgit malaysia’dengan mencoret kata-kata nista atau merobah gambar ‘Agong’dengan raut wajah untuk ditertawakan,”
Sudah pasti sebagai bangsa yang berdaulat kita tersinggung bukan!



Namun bagaimana pula kalau yang melakukan penghinaan tersebut adalah anak-bangsa Malaysia sendiri? Mereka tidak merasa ‘malu’ untuk melakukan penghinaan kepada mata wang Negara sendiri.!

Apa perasaan anda waktu menyaksikan perkara tersebut,silahkan anda jawab di ruang komen dibawah.



Mengapa semua perkara diatas boleh terjadi? Kita faham dan juga merasakan bagaimana peritnya kini kehidupan rakyat marhaen dalam kehidupan seharian-'dengan harga barangan seharian yang sudah begitu tidak terkawal kenaikan harganya'.



Walau demikian kerajaan berusaha juga menjaga dan mengontrol agar harga barangan keperluan harian untuk rakyat Malaysia terkawal harganya.
Kita juga menghargai keprihatianan kerajaan tentang perkara ini, yang dapat mengawal kenaikan harga barangan ruji dan utama rakyat seperti beras,tepung gandum,gula dan lainnya naik secara berleluasa.


Namun masih ada saja
suplier dan peniaga barangan bertindak menaikkan harga barangan dengan alasan mata wang ringgit Malaysia jatuh dan nilainya rendah pada tukaran mata wang asing.


Ok,kita kembali kepada topik asal diatas tentang adanya anakbangsa Malaysia yang kurang atau mengkin saja tiada kesedaran sivik bernegara,bahkan seperti tiada langsung ada jiwa patriotik terhadap negara sendiri.

Sejatinya perlu kita ingatkan bahwasanya wang sesebuah negara itu sama taraf kemuliannya dengan sebuah bendera negara,sebagai lambang sebuah negara merdeka dan berdaulat.

So, anda menghina wang negara berarti anda menghina kedaulatan sebuah negara tersebut.Soal nilai mata wang itu jatuh merudum bisa berlaku atas berbagai faktor .

Misalnya kini faktor nilai dolar yang memang meroket nilainya dipasaran dunia.Maka negara -negara yang mempunyai banyak hutang luar negeri akan menerima impact yang sangat dahsyat termasuk Malaysia dan beberapa negara lain.

Baca juga;


Seruan rakyat marhaen kepada para pemimpin negara Malaysia!.


 Kita semua rakyat Malaysia menyeru kepada pemimpin-pemimpin negara Malaysia yang diamanahkan mentadbir negara ini,dengarlah rintihan rakyat marhaen yang sudah tidak tahan dengan sikap anda yang tidak jujur dalam mentadbir ekonomi negara ini.

Hentikanlah sandiwara dan lakonan anda yang hanya akan membuat rakyat muak dan benci kepada anda hingga mereka sanggup menghina mata wang negara dan kedaulatan negara sendiri akibat tindakan anda yang sudah melampaui batas.

Wang kertas yang bernama Ringgit Malaysia ini bagi rakyat marhaen adalah bagiakan 'raja'. Semua orang mau melakukan apa saja demi wang. Kerja keras, banting tulang demi mengumpulkan pundi-pundi fulus.

Namun, kini wang  tersebut tak berharga di masyarakat.Kerana sikap dan cara tadbir pemimpin kerajaan yang tidak becus dan bobrok.

 Akhirnya nilai mata wang ringgit  terus turun menjunam  akibat tingginya inflasi.

Sadarlah wahai pemimpin-pemimpin negara Malaysia yang diamanahkan rakyat untuk mengurus negara Malaysia tercinta ini! Robahlah sikap anda sebelum terlambat dan sebelum Allah SWT menurunkan azab dan malapetaka kepada kita semua di Malaysia ini.

Info tambahan;

Beberapa negara bahkan sudah mengalami perkara seperti ini dan nilai tukar mereka hancur dan merosot tajam.


Persatuan Bangsa-bangsa (PBB) sendiri mengakui 180 mata wang nasional sebagai alat pembayaran yang sah. Namun kuatnya dolar Amerika (USD) ditambah kondisi negara yang berbeda-beda membuat sebagian wang masuk kategori sampah.


FortunaMedia.com mengutip dari media Merdeka.com untuk postingan blog ini mencoba merangkum beberapa kejadian di masyarakat yang menganggap mata wang mereka sebagai sampah.

Berikut anda baca postingannya disini:

1 comment

Aisyah Radin said...

good info :)

http://ummiammararif.blogspot.com/