Saat Wang Tidak Lagi Bernilai Hingga Dianggap Seperti Sampah
Venezuela kini sedang dilanda kemerosotan ekonomi yang
mendalam. Bahkan wang di negara ini dijadikan pembungkus 'empanada' atau
semacam makanan pinggiran jalan.
Hello Guest. Pada artikel sebelum ini saya menulis tentang adanya anakbangsa Malaysia yang sudah marah dan geram kepada pimpinan kerajaan yang banyak melakukan perkara yang merugikan rakyat marhaen hingga anakbangsa tersebut meluahkan rasa marahnya dengan memperlekehkan mata wang ringgit Malaysia dengan berbagai cara yang sangat tidak sewajarnya.
Anda boleh baca postingan tersebut disini;
Semoga perkara diatas tidak berlanjutan dan kita berdoa semoga situasi eonomi negara kita Malaysia dan rantau ini amnya akan berobah kepada yang lebih baik.
Kita tak mahu hingga terjadi seperti kepada negara Venezuela di benua Amerika Latin ini,hingga mata wangnya dihina rakyatnya seperti gambar diatas.
Padahal Venezuela adalah sebuah negara pengeluar petrolium utama dunia.Namun tidak becusnya pimpinan negara tersebut mentadbir negara mereka hingga rakyatnya jadi menderita sekali Na'uzubillahiminzalik!
Venezuela kini sedang dilanda kemerosotan ekonomi yang mendalam. Bahkan wang di negara ini dijadikan pembungkus empanada atau semacam makanan pinggiran jalan.
Sebuah foto yang diposting di media sosial Reddit menjadi heboh setelah seseorang memegang empanada dengan wang 2 Bolivar Venezuela. Foto ini dikomentari hingga 1.770 netizen.
Dilansir dari CNN, nilai mata wang Bolivar Venezuela kini memang hancur setelah ambruknya perekonomian negara tersebut. Bahkan, keperluan asas seperti kertas tisu atau pembungkus makanan sulit diperolehi dipasaran.
Awal tahun ini, pegawai dari negara Trinidad dan Tobago diduga telah menawarkan kertas tisu ke Venezuela yang ditukar dengan minyak.
Selain itu, keperluan seperti gula, susu dan tepung tidak mudah untuk didapat di Venezuela. Masalahnya, 70 peratus dari barangan konsumsi Venezuela datang dari import, menurut laporan Brookings Institution.
Majoriti masyarakat Venezuela menukar dolar Amerika ke Bolivar Venezuela di tempat penukaran tidak rasmi.
Akibatnya, nilai tukar meroket hingga 700 peratus dalam 12 bulan terakhir. USD 1 setara dengan 82 Bolivar Venezuela tahun lalu.
Sekarang USD $1 bernilai 676 Bolivar Venezuela, menurut dolartoday.com (website pelacak nilai tukaran asing rasmi).
Selain itu, ekonomi Venezuela juga menderita inflasi ekstrim yang dicetuskan oleh ketidakstabilan politik serta penurunan harga minyak dunia.
Tahun lalu, inflasi Venezuela melonjak 68 peratus. Ramai pakar ekonomi memperkirakan, inflasi Venezuela bisa mencapai tiga digit tahun ini.
___________
Courtesy to sources
No comments
Post a Comment