#Gelora Belum Reda[2] Siapa Konglomerat Penyumbang Terbesar Dana Politik DAP?
Begitu
hipokritnya pimpinan DAP!.Apabila sesuatu isu yang menyudutkan dan
merugikan mereka.Padahal kita lihat dan baca di media sosial bagaimana cybertrooper DAP
begitu gencar memutar-belitkan fakta saranan PM Najib tersebut dengan
memperbesar-besarkan isu dana politik Umno/BN dengan mengaitkannya denga
isu #1MDB.
Kredit Image;wallpaperup.com/
Suasana persada politik tanah air Malaysia,semakin panas membara seperti yang saya tulis sebelum ini di postingan berjudul:
#Gelora Belum Reda[1] Kemana Hala-Tuju Pakatan Rakyat?
Dengan berbagai isu dan kasus yang bermunculan yang membuat sesiapapun kini yang tak berminat untuk respon dalam perkara berkaitan politik semasa dengan sendirinya akan terbabit secara tidak langsung.
Disebabkan begitu mudahnya berita-berita politik dan apa saja isu untuk sampai kepada anda dimana saja.Misalnya dengan penggunaan smartphone canggih dengan muatan aplikasi baru seperti whatsapp,path, bbm dan facebook. twitter dan berbagai lagi.
Berikut hebohnya mengenai sumber dana politik di Malaysia, yang menjadi topik viral kini yang ada kaitan dengan penyiasatan dana politik sesebuah parti di Malaysia dan ditambah hangatnya isu kasus #1MDB kini.
Penganalisis Politik Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz mencadangkan agar satu undang-undang digubal bagi mengawal keadaan tersebut.
Demikian berita yang dirilis The Rakyat Post (Isnin 3/8)dan dikutip oleh fortunamedia.com untuk postingan blog ini .berkata bahawa saranan tersebut bukanlah satu perkara baru yang pernah diutarakan.
“Dari dahulu lagi ramai berbicara tentang isu ini tapi tiada penyelesaian.Masing-masing tidak bersungguh untuk membuat peraturan yang jelas dalam bentuk undang-undang.
“Sudah lama persoalan ini dibawa ke hadapan tapi tiada tindakan drastik,” katanya menjelaskan berkenaan keadaan cadangan itu.
Tambahnya, sekiranya terlaksana undang-undang berkaitan, semua pihak haruslah akur dengan ketetapan yang telah digariskan.
Ini bertepatan dengan kehendak dan juga konsep tranparensi dan juga telus seperti yang diinginkan ramai orang.
“Dengan keadaan seperti kekocohan sekarang berlaku, saya bukan merujuk kepada mana-mana parti politik. Tetapi memang perlu ada undang-undang yang mengawal. Semua parti politik hendak lah setuju dengan undang-undang itu.“Kalau ikut prinisp transparensi dan integriti perlulah didedahkan. Tetapi parti politik mana yang setuju?
“Sekurang-kurangnya ada undang-undang dan undang-undang itu perlukan perincian,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak meminta pihak pembangkang turut sama mendedahkan sumber dana
politik yang diterima memandangkan adanya desakan yang meminta Barisan
Nasional (BN) berbuat demikian.
Namun cadangan tersebut ditolak dan tidak
dipersetujui oleh DAP yang sebelum ini merupakan salah satu parti
komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).
Kekecohan ini timbul ekoran pendedahan
Sarawak Report yang mendakwa Najib menerima sejumlah RM2.6 bilion ke
dalam akaun peribadinya pada Mac 2013.
Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu
berlangsung pada Mei tahun yang sama, iaitu beberapa bulan selepas
dakwaan menerima wang tersebut.
Baca juga;
Baca juga;
Sementara itu parti DAP tetap bertegas tidak akan mendedahkan siapa sumber dana politiknya berhubung cadangan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak supaya setiap parti politik dalam negara mendedahkan sumber dana politik yang diterima.
Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook mendakwa kononnya parti itu tidak pernah menentang cadangan itu tetapi ia sukar dilakukan kerana kebanyakan kebanyakan dana DAP diterima daripada mereka yang enggan dikenali.Benarkah demikian realitinya?
“DAP tidak pernah menentang sebarang usaha untuk memperbaharui peraturan berhubung dana politik di Malaysia. Bagaimanapun kebanyakan penyumbang kepada dana kami adalah `anonymous’ (tanpa nama),” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.
Siew Fook turut membuat alasan kononnya kebanyakan penyumbang dana politik DAP takut untuk memberitahu nama mereka kerana akan dizalimi oleh kerajaan Persekutuan.Setujukah Anda dengan alasan mengelirukan dan menggondolkan minda fikir Anda ini?
Begitu hipokritnya pimpinan DAP!.Apabila sesuatu isu yang menyudutkan dan merugikan mereka.Padahal kita lihat dan baca di media sosial bagaimana cybertrooper DAP begitu gencar memutar-belitkan fakta saranan PM Najib tersebut dengan memperbesar-besarkan isu dana politik Umno/BN dengan mengaitkannya denga isu #1MDB.
“Memang presiden parti boleh cari wang (dana) untuk parti. Saya boleh terangkan (punca dana UMNO) dengan syarat pembangkang pun terangkan punca kewangan mereka"
kelmarin Najib dipetik berkata demikian.
“DAP perlu terangkan, PKR perlu terangkan daripada mana mereka dapat (dana). Saya boleh terangkan kalau mereka terangkan…sama-sama kita terangkan barulah adil,” kata Najib.
Kesimpulannya disini,terus terang saya bukan menyokong jika benar adanya kasus penyelewengan dana politik pada parti Umno/BN seperti yang dituduh oleh media Sarawak report.
Namun dimana 'fair game' parti DAP yang berdolak-dalik dengan berbagai alasan.Kononnya jika mereka dedahkan konglomerat penyumbang dana politik besar mereka.Kerajaan BN akan melakukan sesuatu hukuman(kezaliman) kepada para konglomerat penyumbang tersebut. Adilkah cara DAP ini?
Setelah DAP berjaya memporak-porandakan Pakatan Rakyat dengan menghancurkan kesatuan Melayu/Islam dalam parti PAS,kini DAP telah merancang untuk 'partner politik' dengan Tun Mahathir.
Apa logikanya cara politik DAP ini.Tak lain tak bukan adalah merebut kuasa politik dahulu dengan memporakporandakan kekuatan Melayu/Islam di Malaysia.
Wallahua'lam.
No comments
Post a Comment