Bagaimana Cara Kita Menghadapi Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun Depan.
Hey Dude,Pada artikel sebelum ini berkaitan 'Matlamat' :Bagaimana Cara dan Tips Targetkan Matlamat.Saya mengajak Anda untuk berfikir sejenak;Apakah matlamat yang anda ingin capai dalam tahun depan? Pernahkah terlintas di minda anda tentang perkara ini?
Matlamat ini semua memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih kreatif. Targetkan matlamat Anda dengan jelas dan membuat perubahan serta sanggup berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.
Sebelum saya melanjutkan thread 'Matlamat',ada baiknya kita muhasabah sebentar untuk merenungi dan mengkaji hasil dari satu perobahan tentang pendidikan anak-anak kita yang secara drastik dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
Mungkin semua rakyat Malaysia sudah memaklumi,terutama ibubapa yang masih mempunyai anak-anak yang belajar disekolah menengah.
Dimana beberapa bulan lepas pada tahun ini.Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat anjakan paradigma pendidikan baru tentang Pelaksanakan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yaitu perubahan sistem peperiksaan (ujian) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti ujian PMR (Pendidikan Menengah Rendah- setaraf kelas 3.SMP)
( Maksud PT3 adalah ujian kenaikan tingkatan-kelas dari tingatan 3 'setaraf SMP Indonesia' ke tingkatan 4'setaraf SMA Indonesia')
Dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR. Menurut KPM Beban kerja Guru berkurang:Ramai kalangan guru ber-analogi. Apakah hasil pembaharuan dan semakan pembaikan PBS yang telah dilakukan uji-coba pada Oktober tahun ini tidak lagi membebankan para guru.Apa pendapat Anda?
Persoalan diatas tentang bebanan kerja para pendidik yang semakin bertambah atau tidak membebankan?
Bagaimana pula tanggapan ibubapa tentang anak-anak mereka pada tahun ini yang mengikuti ujian peperiksaan PT3 tersebut dikatakan telah jadi korban 'kelinci percobaan' oleh pihak Kementrian Pendidikan Malaysia.!
Dalam persoalan ini saya pribadi tidak mahu menyalahkan sesiapapun dalam hal ini khusus para pemikir-perencana-penggubal dasar pendidikan di KPM yang membuat anjakan paradigma untuk kebaikan masa depan pendidikan anak-anak kita di negara tercinta ini.
Saya bersikap husnuzon- positive thinking dalam hal ini.Justru kita maklum ada ruang-ruang kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan PT3 ini;Setiap modernisasi dan perobahan drastik dalam sebuah pembangunan negara-mesti ada yang jadi korbannya.Justru kita-kita ini adalah 'kelinci-kelinci ujikaji' dalam kehidupan ber-demokrasi"
Berdasarkan pada laporan website MalaysiaGazette; Ramai para ibubapa yang anak-anak mereka pada tahun ini, mengikuti ujian peperiksaan PT3 merungut,mengeluh bahkan ada
yang komen sangat negatif ,;
“Ibu bapa seperti menerima apa adanya, Ikut saja apa kata penggubal yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PT3 ini akan gagal.
“Justru, tidak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di?? dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka hendak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih hebat nanti,” katanya.
Seorang lagi yang ditemui, berkata, gred F yang tercatat dalam sijil anak ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti membodohkan ibu bapa dan pelajar.
“Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak perlulah hendak guna istilah lain. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.
Ibubapa itu berkata lagi dengan nada penuh bimbang, "Pelajar-pelajar ini akan menjadi siswa tidak berkualiti untuk masa akan datang.Benarkah demikian?
Apakah pendapat Anda tentang ibubapa diatas coba bandingkan disini ;Bagaimana Cara Mengetahui, Apakah Anda Tergolong Orang Yang Bermulut Laser atau Bukan?
Kesimpulannya.
Berpandukan kepada laporan media tersebut,Apakah kita sebagai ibubapa yang mempunyai anak-anak yang akan mengikuti ujian PT3 pada tahun hadapan.Dan juga Anda sebagai pelajar yang akan berhadapan dengan situasi ujian peperiksaan PT3 ini harus pesimis,putus asa dalam melalui hal itu semua.?!
Mungkin ada diantara Anda yang telah mendapat 8A dalam peperiksaan PMR tahun lalu,sementara rakan-rakan atau mungkin keluarga Anda sendiri pada PT3 tahun ini langsung tak dapat nilai A.
Disinilah perlunya 'Matlamat' yang jitu dari sekarang.Yang berlalu biarlah berlalu,Anda perlu menetapkan matlamat dengan memandang ke hadapan.
Justru apa pun matlamat dan target sukses anda pada tahun depan. Anda perlu muhasabah diri anda beberapa tahun ke hadapan dan bayangkan apa sebenarnya yang Anda mahu capai. Sesungguhnya, tidak ada halangan untuk Anda mencapai apa sahaja yang anda inginkan.!
Dan kepada ibubapa dan pelajar yang akan mengikuti ujian peperiksaan PT3 tahun hadapan.Kita berharap Anda wajib punya motivasi tinggi,positive thinking berusaha belajar dengan gigih.Kerana kerajaan Malaysia melalui Kementrian Pendidikan(KPM) bukan mahu menganiaya Anda semua.
Apa yang dirancangkan kerajaan melalui KPM adalah bersesuaian dan beriringan dengan kehendak kemajuan pendidikan untuk pasaran peluang pekerjaan-kerjaya negara. Dimana kerajaan Malaysia akan menutup pintu ketergantungan total kepada tenaga buruh-pekerja dari negara asing menjelang 2020.
Wallahua'lam.
Mari kita syukuri nikmat Allah SWT kepada kita dengan cara ;Bagaimana Melancong Dapat Membuat Saya Menyadari Nikmat Allah SWT.
No comments
Post a Comment