Majlis Pernikahan Nooryana Najwa Najib dan Daniyar Kessikbayev

Fazryan87,blogspot.com-Majlis Pernikahan Nooryana Najwa Najib dan Daniyar Kessikbayev

Sudah pasti setiap ibubapa mahukan dan akan melakukan  yang terbaik buat anak-anaknya

Demikian juga bagi seorang pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak terhadap ananda tersayangnya Nooryana Najwa yang bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Daniyar Kessikbayev.

Sebagai seorang pemimpin negara dan juga seorang ayah, Najib meluahkan harapan dan berdoa agar anak perempuannya ini menjadi seorang isteri yang solehah.

Menurut seorang jurucakap, majlis akad nikah itu akan berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya berdekatan Kuala Lumpur.

http://fazryan87.blogspot.com/2015/03/majlis-pernikahan-nooryana-najwa-najib.html

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa menikahkan anaknya, Nooryana Najwa dengan pilihan hatinya, Daniyar Kessikbayev (kiri) pada majlis akad nikah di Seri Perdana,Putra Jaya malam ini. Dengan sekali lafaz Daniyar kini sah menjadi suami kepada Nooryana Najwa. - Foto Bernama


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata majlis ijab kabul puterinya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev malam ini akan disempurnakan oleh beliau sendiri, sungguh amat bermakna sekali baginya sebagai seorang bapa.

Gina (nama panggilan Nooryana Najwa) akan diijabkabulkan oleh saya sebentar lagi. Insya-Allah semua berlangsung lancar,” kata perdana menteri dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitter dan Facebook hari ini.

Dalam catatan terdahulu, Najib berdoa semoga perkahwinan anaknya bersama Daniyar akan diberkati Allah SWT.

“Saat bahagia yang dinantikan anak perempuan saya Gina akan berlangsung malam ini. Sebagai bapa, saya doa agar Gina menjadi seorang isteri yang solehah, Insya-Allah,” katanya.


http://fazryan87.blogspot.com/2015/03/majlis-pernikahan-nooryana-najwa-najib.html
                             

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa ketika di Majlis Khatam Al-Quran di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putra Jaya pada hariRabu.
Majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran bersama persembahan kumpulan Marhaban Muafakat. Majlis akad nikah telah berlangsung pada Khamis 19/3/2015 dan disempurnakan sendiri oleh Najib. -foto BERNAMA


Beliau turut berharap agar anaknya akan sentiasa bahagia di samping suami.

Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir berkata Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan anak mereka di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang.

Nooryana Najwa, 27, lulusan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University, Washington, Amerika Syarikat pada 2011, dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat ‘venture capital’.

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari negara Kazakhstan, ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat.


(Courtesy to Bernama via mynewshub.cc/therakyatpost.com)

No comments