The Story of the "Alaska Purchase"

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="The Story of the "Alaska Purchase"">
Funny Cartoon Picture, Putin wants to pull Alaska back into Russia's lap, the first sale was unfair, he said..

The Story of the "Alaska Purchase"

  •  Synopsis: Pembelian Wilayah Alaska ialah pemerolehan (akuisisi) Alaska oleh Amerika Syarikat daripada Empayar Rusia pada tahun 1867 dengan harga $7.2 juta. Pada mulanya dipenuhi dengan keraguan dan digelar "Kebodohan Seward" ("Seward's Folly")  pembelian itu terbukti sebagai tambahan yang strategik dan kaya dengan sumber daya kepada Amerika Syarikat.

  • Berikut adalah pandangan yang lebih terperinci tentang at the story:

  • 1. Russia's Motivations: ( Motivasi Rusia )

Rusia -- lemah selepas Perang Crimea, takut kehilangan Alaska kepada Negara Great Britain.

Mempertahankan wilayah terpencil itu mahal dan sukar.

Menjual Alaska kepada USA, memberikan hasil yang sangat diperlukan dan mengeratkan hubungan dengan bakal sekutu.

  • 2. American Interest and Negotiations: ( Kepentingan dan Rundingan Amerika )

Setiausaha Negara USA. William Seward adalah penyokong kuat pengembangan ke arah barat dan melihat nilai strategik Alaska.

Dia berunding pembelian dengan Menteri Rusia ke USA, Edouard de Stoeckl.

Perjanjian itu ditandatangani pada 30 Mac 1867.

  • 3. Initial Public Reaction: ( Reaksi Publik Awal )

Ramai rakyat Amerika, termasuk tokoh yang berpengaruh, melihat pembelian itu sebagai satu pembaziran wang.

Mereka memanggilnya "Seward's Folly," "Seward's Icebox," atau "Andrew Johnson's Polar Bear Garden".

Pendapat umum dipengaruhi oleh ketidak-popularan Presiden Johnson dan ketegangan politik era Pembinaan Semula Amerika.

  • 4. The "Folly" Turns to Fortune: ("Kebodohan" Berubah Menjadi Keberuntungan )

Penemuan emas pada akhir 1890-an, terutamanya Klondike Gold Strike, mengubah persepsi orang ramai.

Penemuan sumber berharga lain seperti petrolium mengukuhkan lagi kepentingan ekonomi Alaska.

Alaska menjadi aset strategik semasa Perang Dunia II dan Perang Dingin.

  • 5. Alaska's Legacy:  ( Warisan Alaska )

Alaska resmi menjadi wilayah Amerika Syarikat (USA) pada tahun 1912 dan negara bagian ke-49 pada tahun 1959.

Ini adalah negara bagian USA terbesar berdasarkan luas daratan, kaya akan sumber daya alam, dan memiliki kepentingan strategik.

Pembelian Alaska merupakan bukti kekuatan pandangan ke depan dan perubahan persepsi nilai dari waktu ke waktu.  (Via, google.com/The+Story )

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="The Story of the "Alaska Purchase"">
Alaska Territory

FORTUNA MEDIA --  Di manakah terletaknya Alaska? Alaska terletak di barat laut Negara Kanada, berhampiran dekat dengan kawasan Kutub Utara (The North Pole).

Apa hubungan storynya dengan USA? Sama juga seperti "Louisiana Purchase". Ada negara hendak jual kawasan dingin beku ini yang seluas mata memandang, dengan keluasan 1.7 juta kilometer persegi.

Keluasan ini adalah satu pertiga keluasan negara India. Alaska ini telah ditawarkan penjualannya kepada USA. Siapakah penjualnya? Negara penjual tersebut adalah Empayar Rusia (Imperial Rusia)Empayar Rusia adalah pemilik Wilayah Alaska. Imperial Rusia ini memiliki Alaska pun seperti USA ("Uncle Sam")  juga, Rusia ("Uncle Bear") menjajah wilayah orang-orang Eskimo tersebut.

Pada tahun 1867, termeterailah "Alaska Purchase" ini diantara Imperial Rusia dan USA. Harga tersangatlah murah. Harga yang ditawarkan oleh Rusia pada mulanya adalah U$D10 juta, tetapi setelah tawar --menawar, harga berjaya diturunkan sehingga U$D 7.2 juta sahaja.

Inilah perjanjian jual beli yang boleh dikatakan antara yang terburuk di dalam sejarah oleh sang penjual, hanya U$D 7.2 juta. Jika di kirakan pada hari ini, ianya tetap terlalu rendah, sekitar U$D 135 juta sahaja. Padahal Alaska kini nilainya bertrillion dolar Amerika. Mengapa Imperial Rusia sanggup menjual dengan harga lelong murah-murah sahaja kepada USA?

Sebenarnya pada ketika itu, Imperial Rusia sedang menghadapi dilema. Pada tahun 1853, Imperial Rusia terbabit dengan perang besar iaitu "Perang Crimea". Rusia menentang Great Britain, Khilafah Uthmaniyah dan Perancis. Imperial Rusia kalah teruk di dalam perang tersebut. Hampir 500 ribu askarnya menjadi mangsa termasuk yang terbvnuh dan cedera.

Dan Imperial Rusia juga kehilangan wilayah dan terpaksa menandatangani perjanjian yang berat sebelah selaku pihak yang tewas dalam peperangan. Jadi lama kelamaan, Imperial Rusia diambang kebangkrapan. Imperial Rusia terpaksa menjana semula negara dan empayarnya, mereka perlukan wang, memerlukan wang besar.

Jadi, salah satu caranya ialah wilayah Alaska, berlaku berbagai perdebatan dikalangan pemimpin Imperial Rusia ini mengenai cadangan penjualan Alaska, ramai juga yang tidak bersetuju.
Tetapi akhirnya, Kekaisaran 
Tsar Rusia iaitu Alexander II memberi kata putus, Alaska perlu dijual. Pada masa itu, Moscow tidak berupaya untuk menjaga Alaska.

Tidak ada tentera yang mencukupi untuk mengawal Alaska. Dan juga, mereka masih bermusuh dengan Great Britain. Britain juga adalah kuasa dominan dibenua Amerika Utara dengan menguasai Kanada. Alaska dan Kanada wilayahnya berhampiran sebelah sahaja. Tsar Alexander II risau, jika Britain mula menjajah Alaska yang kaya dengan hasil bumi dan ikan itu, pasti mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Jadi pada pandangannya, adalah lebih baik mereka menjualnya kepada musuh lama Britain iaitu USA daripada berputih mata tidak dapat apa-apa. Dan akhirnya, USA berjaya menjadikan Alaska sebagai sebagai sebuah negeri terbaru mereka.

Nasib kaum Eskimo (Inuit, Yupik, Aleut dan lain-lain) di Alaska tetap sama sahaja seperti Etnik Red Indian di tanah besar Amerika. Hak-hak mereka diketepikan sama sekali. Pendatang-pendatang kulit putih mula datang berduyun-duyun dan menjadi penduduk majoriti di Alaska.

Mereka juga menempatkan kem-kem tentera besar mereka seperti di Anchorage untuk mengawasi Soviet Union pada era Perang Dingin dahulu. Wilayah Alaska kini adalah salah sebuah negeri terkaya di USA dengan sumber bumi, kayu balak, perikanan yang tidak ada noktahnya. Rusia kini hanya menggigit jari.😯.[HSZ]

Source: Lovers Of the World Military & Defense
Editor:  Helmy El-Syamza

Follow me at;
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz


 TAGS : Fortunapedia  

   RELATED POST:


No comments