Kes kedua #SRC: AGC tolak representasi DS Najib Razak
Kes kedua #SRC: AGC tolak representasi DS Najib Razak
- Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh bekas Najib Razak bagi menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Perkara itu dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul ketika kes berkenaan disebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy, hari ini.
“Yang Arif, saya hadir untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi telah ditolak dan pihak pendakwaan akan meneruskan perbicaraan.
“Saya diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada mahkamah serta mohon tarikh perbicaraan ditetapkan,” katanya.
Pada masa sama, pihak pendakwaan turut memohon tempoh yang lebih lama bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan menyediakan penyataan saksi. - Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Bhd, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
ADSPada masa sama, pihak pendakwaan turut memohon tempoh yang lebih lama bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan menyediakan penyataan saksi.Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Bhd, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014Untuk rekod Mohd Nazlan kini berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan. (Via, malaysiakini.com/news)
- Untuk rekod Mohd Nazlan kini berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan. (Via, malaysiakini.com/news)
AGC adalah Jabatan Peguam Negara (Attorney General's Chambers). Ini adalah agensi kerajaan Malaysia yang bertanggung jawab untuk memberikan nasihat hukum kepada pemerintah, mengurus pendakwaan kriminal, membuat draf undang-undang, dan menangani kasus sivil yang melibatkan pemerintah.
Sejak itu, AGC berulang kali gunakan alasan bahawa mereka masih mempertimbangkan surat representasi tersebut sebagai justifikasi untuk tangguh kes ini.
Bulan lepas (Mei 2025), Hakim memberi amaran terakhir kepada AGC, menyatakan bahawa mengambil masa hampir 2 tahun untuk menimbang surat representasi adalah tidak munasabah.
Hakim kemudian memberi tempoh akhir selama sebulan sehingga 11 Jun 2025 (hari ini).
Namun pagi tadi (11 June 2025), AGC mengumumkan keputusan mereka menolak surat representasi Dato" Seri Najib Razak dan meminta kes dibicarakan, tetapi turut menyatakan bahawa mereka belum bersedia sebab mereka perlukan lebih banyak masa untuk mengumpulkan bukti dokumen serta rekod kenyataan saksi.
Peguam Dato" Seri Najib Razak mempersoalkan keperluan masa tambahan itu untuk kumpul bukti, memandangkan Dato" Seri Najib Razak telah didakwa bagi kes ini sejak 6 tahun 4 bulan lalu.
Mereka sekali lagi meminta hakim untuk memberikan DNAA (pelepasan tanpa pembebasan) kepada Dato" Seri Najib Razak kerana kelewatan yang keterlaluan ini.
Akhrinya, Hakim memutuskan beliau perlukan masa sehingga 20 Jun 2025 untuk membuat keputusan sama ada akan memberikan DNAA kepada Dato" Seri Najib Razak atau menetapkan tarikh perbicaraan.
Kita sama-sama tunggu keputusan Hakim pada 20 Jun 2025 nanti.InsyaAllah. [HSZ]
TAGS : 1MDBCase DSNajibRazak Khazanah Nasional
Petronas
Source: Eric See-To - Lim Sian See
Editor: Helmy El-Syamza
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz

Petronas
RELATED POST
No comments
Post a Comment