𝐈𝐬𝐮 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐊𝐓𝐌 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐠𝐚𝐫: 𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐣𝐢𝐛
Tanjong Pagar Railway Station |
𝐈𝐬𝐮 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐊𝐓𝐌 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐣𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐠𝐚𝐫: 𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐮𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐣𝐢𝐛
- Isu tanah KTM di Tanjong Pagar di Singapura memang banyak disalah faham, terutama bila sebagian Rakyat Malaysia cepat sangat buat tuduhan tanpa tengok keseluruhan cerita. Seperti yang diterangkan, perjanjian untuk pindahkan stesen KTM bukan keputusan Dato' Seri najib Razak (Bossku). Tetapi sebenarnya sambungan dari perjanjian yang dah dibuat masa zaman PM4 (Tun Mahathir). Keputusan untuk pindah stesen dan tukar tanah itu memang menguntungkan Malaysia dengan tanah yang lebih bernilai, terutamanya kawasan seperti Marina Bay dan Ophir-Rochor yang sekarang ni jadi pusat perniagaan utama Singapura.
- Walaupun seperti itu, tuduhan kata Bossku "jual" tanah hak Malaysia memang tidak tepat sama sekali, sebab perjanjian itu just bawa keuntungan besar dengan aset yang lebih berharga untuk negara. Projek-projek macam Marina One dan DUO Residences pula sudah bagi pulangan yang sangat besar untuk Malaysia
- Tapi lepas PRU14-tahun 2018, kerajaan PH1.0 pula yang jual sebahagian tanah tersebut. Jadi nampak sangat ada percanggahan antara apa yang dituduh semasa zaman Bossku (DSNajib Razak) dan apa yang dibuat oleh kerajaan selepasnya.
- Kalau bukan sebab diplomasi dan rundingan yang dibuat zaman Bossku, Malaysia mungkin tak dapat nikmati kekayaan dari tanah-tanah tersebut dan projek RTS dan HSR yang tengah berjalan sekarang. So, sebenarnya siapa yang betul-betul bagi manfaat besar untuk negara, dan siapa yang betul-betul berusaha untuk tingkatkan kekayaan negara? Via,Hagia Sophia
FORTUNA MEDIA -- Nampaknya ramai yang masih kurang memahami isu tanah KTM di Tanjong Pagar, Singapura dan cepat menuduh bahawa Dato' Seri Najib Razak telah menjual tanah hak Malaysia.
Alangkah mudahnya untuk membuat tuduhan dan tohmahan.
Perjanjian asal untuk memindahkan stesen KTM di Tanjong Pagar dan menukar tanah itu sebenarnya bukan keputusan Dato' Seri Najib Razak. Ia dirunding dan ditandatangani oleh Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1990, bukan oleh Dato' Seri Najib Razak.
Berdasarkan perjanjian tahun 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindahkan stesen kereta api dari Tanjong Pagar ke Kranji. Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunkan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands melalui syarikat usaha sama dengan Singapura, dengan nisbah 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura.
Selepas perjanjian ini ditandatangani oleh kerajaan PM4 (Tun Mahathir), kerajaan beliau juga tidak mahu menghormati perjanjian tersebut dan meminta supaya tiga pakej tanah KTM di Bukit Timah turut dimasukkan dalam usaha sama tersebut.
Singapura bersetuju, tetapi Malaysia tetap enggan menghormati perjanjian itu kerana hubungan tegang antara kedua-dua negara ketika itu. Akibatnya, tanah-tanah KTM ini terbiar selama 20 tahun tanpa memberi sebarang pulangan keuntungan kepada Malaysia.
Tanah-tanah ini sebenarnya diberikan kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi ketika itu. Namun, ianya adalah tanah pajakan 999 tahun dan hanya boleh digunakan untuk kegunaan kereta api sahaja – tidak boleh dibangunkan untuk tujuan lain.
Sebahagian besar tanah ini juga terlalu sempit untuk sebarang pembangunan kerana ia hanya sebidang landasan kereta api. Jika Singapura tidak bersetuju untuk menukar syarat kegunaan tanah, Malaysia tidak boleh membangunkannya dan ia akan terus terbiar selama-lamanya.
Walaupun kita menunggu 999 tahun, ia tetap tidak akan memberi pulangan kepada kita – malah, Malaysia masih perlu membayar cukai tanah tahunan kepada Singapura.
Pada tahun 2010, Dato' Seri Najib Razak berunding semula dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru.
Dalam perjanjian ini, Singapura bersetuju untuk menukar enam pakej tanah KTM dengan enam pakej tanah baru:
Malaysia menyerahkan:
- 1 pakej tanah di Tanjong Pagar
- 1 pakej tanah di Kranji
- 1 pakej tanah di Woodlands
- 3 pakej tanah di Bukit Timah
Malaysia menerima tanah yang jauh lebih berharga:
- 4 pakej tanah di Marina Bay (berhampiran Marina Bay Sands)
- 2 pakej tanah di Ophir-Rochor (pusat perniagaan baru di Singapura)
Singapura juga bersetuju untuk membina dua jambatan baru bagi projek RTS (yang sedang dalam pembinaan) dan HSR (yang telah dibatalkan kerajaan selepas PRU14).
Sesiapa yang mengenali Singapura tahu bahawa tanah di Marina Bay adalah yang paling bernilai, manakala Ophir-Rochor merupakan kawasan perniagaan utama yang sedang pesat berkembang.
Tanah-tanah ini dibangunkan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Pte Ltd, dengan Malaysia memegang 60 peratus kepentingan melalui Khazanah Nasional, sementara 40 peratus lagi dimiliki oleh Temasek Holdings Singapura.
Biarpun kerajaan Singapura kemudiannya cuba kutip cukai tanah sebanyak S$1.4 bilion (RM4.5 bilion) dari Malaysia, Dato' Seri Najib Razak tolak dan kes di bawa kepada Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa di mana Malaysia menang pada tahun 2014.
Masa itu, warga Singapura amat marah dengan keputusan itu sebab Malaysia tak perlu bayar satu sen pun.
Projek Marina One
- Terletak di Marina Bay
- Nilai pembangunan: S$7 bilion (RM22.8 bilion)
- Saiz: 3.67 juta kaki persegi
- Mengandungi dua menara kediaman 34 tingkat mewah, dua bangunan pejabat 30 tingkat gred A, dan pusat membeli-belah "The Heart"
- Syarikat antarabangsa seperti Facebook, PWC, Grab, dan beberapa bank komersial telah berpindah ke Marina One dan mula membayar sewa kepada syarikat usaha sama ini, memberikan pulangan berterusan kepada Malaysia
Projek DUO Residences
- Terletak di Ophir-Rochor
- Nilai pembangunan: S$4 bilion (RM13 bilion)
- Juga berkembang pesat sebagai kawasan komersial utama Singapura
Kedua-dua projek ini telah siap sepenuhnya pada awal tahun 2018 dan memberikan pulangan keuntungan besar kepada Malaysia.
Oleh itu, tuduhan bahawa Dato' Seri Najib Razak menjual tanah hak Malaysia adalah tidak berasas, memandangkan perjanjian tersebut sebenarnya meningkatkan nilai aset dan kekayaan Malaysia di Singapura.
Tetapi projek DUO Residences serta Hotel 5 bintang di atasnya pula telah dijual sepenuhnya oleh kerajaan PH1.0 selepas PH1.0 menang pada PRU14-tahun 2018 ketika Tony Pua menjadi penasihat Menteri Kawangan, Guan Eng.
Ironinya bahawa apa yang Tony Pua tuduh Dato' Seri Najib Razak masa dulu, kerajaan dia juga yang buat.
Tanpa kepakaran rundingan dan diplomasi Dato' Seri Najib Razak masa itu, kekayaan Khazanah dan Malaysia di Singapura tidak naik berpuluh-puluh bilion Ringgit, projek RTS dan HSR tidak akan wujud. Jalan juga tidak akan terbuka untuk Malaysia dan Singapura menghasilkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebab Malaysia masih tetap bergaduh berkenaan isu tanah KTM.
Jadi, siapa yang sebenarnya jual negara seperti ditohmah ramai masa itu. Dan siapa pula yang benar-benar telah berjasa dan berusaha untuk memberi yang paling baik bagi kekayaan dan pembangunan Negara Malaysia serta memudahkan Rakyat Malaysia? [HSZ]
Sources: najibrazak.com
Editor: romymantovani
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz
Be Smart, Read More,
EMPAT TABUNG dibina masa DS Najib yang dikorek selepas PRU14
No comments
Post a Comment