Penswastaan MAHB: Mengapa BlackRock-GIP diberi akses kepada perniagaan hartanah?
![]() |
Image by The Malaysian Reserve |
Penswastaan MAHB: Mengapa BlackRock-GIP diberi akses kepada perniagaan hartanah?
- Analisis Lim Sian See sangat bernas dan menyoroti beberapa isu utama dalam penswastaan MAHB, terutama mengenai pemilikan aset strategik negara dan manfaat yang diperoleh oleh syarikat asing.
- Beberapa persoalan utama yang wajar dipertimbangkan:
- 1. Mengapa BlackRock-GIP diberi akses kepada perniagaan hartanah?
Pemisahan perniagaan hartanah sebelum penswastaan boleh memastikan aset strategik kekal di bawah kawalan kerajaan.
- 2. Adakah nilai aset tanah diambil kira dalam harga penswastaan?
Jika tanah KLIA Aeropolis dan Subang Skypark dijual pada nilai semasa pasaran, syarikat penswasta boleh mendapat semula modal mereka sepenuhnya dalam tempoh singkat.
Ini bermaksud mereka memperoleh perniagaan lapangan terbang secara percuma sambil masih mengaut keuntungan daripada operasi lapangan terbang.
- 3. Adakah kerajaan benar-benar mempertimbangkan kesan jangka panjang?
Kehilangan pegangan strategik dalam sektor penerbangan boleh memberi implikasi besar kepada kawalan policy kerajaan mas depan dalam industri yang berkaitan dengan keselamatan negara dan ekonomi.
Jika aset ini dijual secara berperingkat kepada pihak Asing, Malaysia akan kehilangan leverage dalam sektor penerbangan serantau.
Penswastaan sepatutnya memberi nilai tambah kepada negara, bukan membuka ruang untuk pemindahan aset kepada pihak luar dengan harga murah. Jika benar tanah ini dijual bagi membiayai penswastaan. Maka ia bukan sekadar pelaburan Asing biasa tetapi boleh dianggap sebagai pemindahan kekayaan negara.
Persoalannya sekarang: Adakah Kerajaan Madani akan memastikan aset ini kekal dalam kawalan negara, atau akan membiarkan pemilikan strategik ini tergadai kepada syarikat Asing dalam jangka panjang? Via, Hagia Sophia
FORTUNA MEDIA -- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebenarnya mempunyai dua perniagaan utama yang berasingan:
- Pengurusan 39 lapangan terbang di Malaysia dan di Turkiye
Sebelum penswastaan MAHB dimuktamadkan, saya (Lim Sian See) pernah mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk memisahkan perniagaan hartanah MAHB dan menyerahkan aset tanahnya kembali kepada kerajaan sekiranya alasan utama membenarkan BlackRock-GIP mengambil pegangan 30% dalam MAHB adalah kerana kepakaran mereka dalam mengurus lapangan terbang.
Jika kepakaran utama mereka adalah pengurusan lapangan terbang, mengapa mereka turut terlibat dalam pembangunan hartanah?
Pada tahun 2016, Dato' Seri Najib Razak telah melancarkan projek KLIA Aeropolis melibatkan tanah seluas 8,537 ekar (100 km²) di sekitar KLIA.
Projek ini dirancang sebagai hab ekonomi utama, menggabungkan Logistik, Penerbangan, E-dagang, Perniagaan dan Pelancongan.
Dengan potensi nilai ekonomi mencecah RM7 bilion setahun, KLIA Aeropolis menjadi salah satu projek infrastruktur paling penting di Malaysia, bertujuan memperkukuhkan Malaysia sebagai pusat logistik dan pelancongan serantau.
Pada tahun 2022, kerajaan PN-BN telah melanjutkan tempoh pegangan pajakan bagi tanah ini sehingga tahun 2121.
Dato' Seri Najib Razak merancang agar MAHB diberi peluang untuk menjadi syarikat yang mampu membiayai sendiri pembangunan dan naik taraf lapangan terbang tanpa memerlukan dana kerajaan.
Sebagai contoh, KLIA2 bernilai RM4.5 bilion dibina sepenuhnya dengan dana MAHB, tanpa menggunakan dana kerajaan pusat.
Kita percaya Dato' Seri Najib Razak tidak pernah merancang untuk memberi kelebihan kepada syarikat Asing sehingga membolehkan mereka memiliki 30% daripada peluang tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada MAHB.
Gabungan syarikat yang mengambil alih MAHB membayar RM18.4 bilion untuk penswastaan pada harga RM11 setiap saham.
Namun, selepas diswastakan, MAHB berpotensi menjual keseluruhan hak pembangunan 99 tahun bagi tanah 8,537 ekar KLIA Aeropolis pada harga RM50 psf, menjana hasil sebanyak RM18.5 bilion.
Tanah industri di sekitar KLIA kini dijual pada harga RM120 psf, namun MAHB boleh menjual hak pembangunan 99 tahun ke atas aset ini pada hanya RM50 psf.
Hasil penjualan tanah sahaja sudah cukup untuk menampung kos penswastaan sebanyak RM18.4 bilion, bermaksud syarikat yang menswastakan MAHB sebenarnya mendapat keseluruhan perniagaan lapangan terbang secara percuma.
Selain KLIA Aeropolis, MAHB turut memiliki 1,000 ekar tanah di Subang Skypark, yang kini bernilai sekitar RM300 psf.
Jika hak pembangunan dijual sepenuhnya, tanah ini boleh memberikan hasil sebanyak RM13.1 bilion.
Syarikat Asing yang mengambil alih MAHB boleh memperoleh keuntungan luar biasa besar melalui dua langkah penjualan aset tanah ini sekiranya dilaksanakan.
Mereka boleh membayar balik kos penswastaan MAHB secara sepenuhnya hanya dengan menjual tanah KLIA Aeropolis.
Lalu menjana keuntungan 30% daripada nilai RM13.1 bilion selepas menjual tanah Subang Skypart.
Pada masa yang sama, mereka masih memiliki keseluruhan perniagaan pengurusan lapangan terbang.
Penswastaan ini bukan sahaja mengurangkan pegangan kerajaan dalam sektor strategik, malah berpotensi mengalihkan keuntungan besar kepada pihak asing atas aset yang asalnya dimiliki oleh negara.
Jika MAHB memisahkan perniagaan hartanah sebelum penswastaan, ia dapat mengelakkan pemindahan aset bernilai tinggi kepada pihak luar.
Namun, dengan struktur penswastaan yang telah berlaku:
- Syarikat Asing mendapat manfaat besar dari hasil penjualan tanah.
- Pengurusan lapangan terbang masih kekal dalam kawalan mereka.
- Kerajaan kehilangan peluang untuk mengekalkan pemilikan tanah strategik dalam negara secara keseluruhan tanpa memberi manfaat 30% kepada orang Asing.
Ini menimbulkan persoalan besar, adakah kerajaan benar-benar mempertimbangkan kesan penswastaan ini terhadap kepentingan Negara Malaysia secara keseluruhan sebelum meluluskannya? [HSZ]
Sources: Lim Sian See
Editor: romymantovani
Follow me at;⭐
twitter.com/romymantovani
facebook.com/helmyzainuddin
pinterest.com/hsyamz
No comments
Post a Comment